Assalamualaikum wbth,
Alhamdulillah pada 31hb Julai, Kelab MedicMesir telah dijemput oleh pihak Kedutaan Malaysia di Mesir ke Majlis berbuka Puasa bersama YB Dato' Seri Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan. Majlis berbuka puasa diadakan di DMAK(Dewan Malaysia Abasiyah Kaherah).
Didalam majlis berbuka ini Kelab MedicMesir telah menerima sumbangan berjumlah 1000USD YAB Menteri. Satu-satunya agensi yang dijemput, pihak MedicMesir merakamkan penghargaan yang tidak terkira dan akan memastikan sumbangan ini dapat dimanfaat kan sebaiknya.
Kelab MedicMesir juga ingin merakam jutaan TerimaKasih atas sumbangan 1000USD yang diterima dari Dato' Mohd Poad bin Jelani, Setiausaha Sulit Perdana Menteri, di Jabatan Perdana Menteri diatas lawatan beliau ke Academic Centre MedicMesir Tanta baru- baru ini.
InshaAllah sumbangan ini mampu meyumbang kearah memantapkan prestasi pelajar-pelajar MedicMesir melalui program-program yang bermanfaat.
Semoga Allah swt membalas denagna balasan yang baik atas sumbangan yang diberikan.
Salam,
Ahmad Samhan Awang,
PENGERUSI
No comments:
Post a Comment