Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday, 1 March 2017

Penempatan doktor pelatih dipercepatkan


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mempercepatkan kemasukan doktor pelatih ke dalam program penempatan pegawai perubatan di hospital kerajaan.


Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata pihaknya sedang berbincang dengan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung cadangan itu.


"Ketika ini, kemasukan doktor pelatih ke program pegawai perubatan mengambil masa agak lama dan kita dalam proses mempercepatkannya. MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.


"Bagaimanapun, ia bergantung kepada kekosongan jawatan. Ia sedang dibincangkan dengan JPA dan SPA," katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Untuk Penyelidikan Klinikal Ke-10, di sini, hari ini. 


Seramai 24 peserta menyertai seminar dua hari itu membabitkan penceramah dari Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat.


Credit to : http://www.bharian.com.my/node/177737

No comments:

Post a Comment