Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Sunday 14 June 2015

Graduan Pergigian Jalani Penempatan Wajib Setahun Berkuat Kuasa Julai - Subramaniam

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) --
Penempatan wajib bagi semua graduan pergigian akan dikurangkan daripada dua tahun kepada satu tahun berkuat kuasa Julai, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata graduan yang telah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) akan ditempatkan dalam kementerian untuk menjalani latihan.

Katanya langkah itu adalah disebabkan oleh peningkatan ketara bilangan graduan sehingga 30 peratus serta memastikan graduan baharu akan terus berkhidmat dalam kementerian.



"Dalam penempatan wajib setahun itu, kami akan beri latihan yang mencukupi supaya mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi doktor gigi yang kompeten.

"Bagi mereka yang telah menjalani penempatan wajib selama satu tahun, mereka boleh menyertai sektor swasta atau jika ingin meneruskan latihan di tempat lain atau melanjutkan pengajian peringkat ijazah lanjutan, mereka boleh berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Pameran dan Persidangan Pergigian Antarabangsa Malaysia (MIDEC) di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah Bahagian Kesihatan Mulut Kementerian Kesihatan Datuk Dr Khairiyah Abdul Muttalib dan pengerusi penganjur MIDEC Dr Shalini Kanagasingam.

Untuk rekod, Subramaniam berkata, terdapat 5,888 pengamal pergigian yang aktif dan 896 yang baru berdaftar tahun lepas.

Sementara itu, beliau berkata arahan henti kerja akan dikeluarkan serta-merta terhadap semua tapak pembinaan yang didapati menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes sebagai langkah tegas untuk membasmi denggi.

Beliau berkata berdasarkan penemuan kementerian, hampir 90 peratus daripada tapak pembinaan menjadi tempat pembiakan Aedes.

"Kami pernah mengenakan kompaun terhadap mereka tetapi sekarang kami akan mengeluarkan perintah penutupan sementara di tapak pembinaan sehingga pemaju atau kontraktor membersihkan tapak untuk meneruskan operasi," katanya.

Subramaniam berkata kementerian juga meramalkan bahawa jumlah kes denggi akan meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang berdasarkan peralihan streotaip 2 denggi tahun lepas kepada stereotaip 1 tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Nor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam berkata, jumlah kematian akibat denggi dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini meningkat 100 peratus berbanding tahun lepas.

Katanya, dari Januari hingga 6 Jun tahun ini, 144 kematian direkodkan berbanding 72 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Mengenai Sindrom Pernafasan Koronavirus Timur Tengah (MERS-CoV), Subramaniam berkata daripada hasil pemeriksaan yang dilakukan di pintu masuk antarabangsa, tiada seorang pun didapati berisiko tinggi menghidapnya setakat ini.

-- BERNAMA

>> Senarai Berita

No comments:

Post a Comment