Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Taklimat MedicMesir, Zon Tengah, Dewan MedicMesir Bangi, 8 Julai , 10-12tengahari. Hubungi Cik Nadirah 0133023030. Zon Utara, Hotel Seri Malaysia Ipoh, 8 Julai , 10-12tengahari. Hubungi Dr Ahmad 0133061313. Zon Pantai Timur, Hotel Habib KB, 7 Julai, 9-11pagi . Hotel Kenangan KT, 8 Julai , 10-12tengahari. Hubungi Encik Fakrul 0197586167

Sunday, 24 August 2014

PENGHANTARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TAHUN 2013/2014 BAGI PERMOHONAN ZAKAT SESI PENGAJIAN 2014/2015.


24|08|2014 (Ahad)

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT

FASA 1 : 
PENGHANTARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TAHUN 2013/2014 BAGI PERMOHONAN ZAKAT SESI PENGAJIAN 2014/2015.

Pejabat Atase Selangor Mesir ingin memaklumkan bahawa penghantaran keputusan peperiksaan bagi fasa 1 telahpun dibuka dan akan berakhir pada 31 Oktober 2014.

Penghantaran keputusan peperiksaan hendaklah disertakan bersama dokumen-dokumen berikut :
i. Salinan passport
ii. Borang Penghantaran Keputusan Peperiksaan. (Borang penghantaran keputusan peperiksaan disertakan bersama posting ini)

Keputusan peperiksaan hendaklah dihantar terus ke Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir di Kaherah. Penghantaran melalui email tidak diterima.
Bagi pelajar yang berada di Malaysia atau di luar Mesir, anda boleh mewakilkan penghantaran keputusan peperiksaan anda kepada rakan-rakan anda yang berada di Mesir.

Hanya dokumen yang lengkap sahaja akan diproses.
Sekian. Wassalam.

Sumber: Atase Pendidikan Selangor Mesir



No comments:

Post a Comment