Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, 5 June 2014

Pendaftaran Program preMEDIC MM/UPM 2014

Assalamualaikum wbth,

Semoga didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.



1. Program preMEDIC MM/UPM 2014 adalah satu program persediaan asas yang telah dirumus sebaik mungkin terutamanya untuk lepasan SPM sebelum melangkah ke tahun pertama pengajian Perubatan khususnya di Mesir. Program ini merangkumi aspek akademik dan bukan akademik. InsyaAllah, Tahun 2014 ini merupakan tahun ke 7 MedicMesir menjalankan kerjasama dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Serdang. Alhamdulillah.

2. Untuk bidang bukan akademik, pelajar akan didedahkan mengenai suasana kehidupan sebagai pelajar perubatan samada di Turki ataupun di Mesir. Untuk bidang akademik, kuliah dan kerja makmal di fokuskan terus mengikut subjek yang akan belajar semasa di Tahun 1. Kuliah merangkumi subjek HISTOLOGI / ANATOMI / FISIOLOGI / BIOKIMIA

3. a. Program akan diadakan dalam 2 sesi;
  • Sesi I:29/06/2014–18/07/2014 (3 minggu) - Pelajar Turki& Mesir
  • Sesi II:03/08/2014–22/08/2014 (3 minggu)-Pelajar Mesir sahaja
b. Pendaftaran adalah pada hari Ahad, 29hb Jun 2014 (10pagi - 12 tengahari)
c. Program dibahagi kepada dua: 
         Isnin - Jumaat : 9 – 5 petang (Subjek Perubatan)
         Sabtu dan Ahad : 9 – 12 tengahari (Kelas Bahasa Arab/Turki)
d. Pelajar yang akan berangkat ke Turki hanya akan mengikuti Sesi 1 preMEDIC MM/UPM 2014 sahaja.

4. Program preMEDIC MM/UPM 2014 ini amat sesuai untuk lepasan SPM. Ini adalah kerana: 
a. Pelajar lepasan SPM tidak mempunyai sebarang asas Silibus Perubatan seperti pelajar-pelajar Matrikulasi. Oleh itu pendedahan ini adalah yang terbaik sebelum mereka memulakan sessi pengajian sebenar.
b. Pada kebiasaannya, pelajar yang baru sampai akan menerima pelbagai kejutan dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Oleh itu program preMEDIC MM/UPM 2014 menyingkatkan proses penyesuaian pembelajaran ini kelak.
c. Program ini juga mampu mengisi masa terluang dari Julai hingga Ogos 2014 dapat di manfaatkan.
d. Program akan diadakan di Fakulti Perubatan, UPM. Oleh itu pelajar boleh mendapat pendedahan awal di Fakulti Perubatan di Malaysia dan membuat perbandingan bila berada di Fakulti Perubatan di Universiti Mesir / Turki.
e. Kuliah preMedic dikendalikan 100% oleh pensyarah perubatan UPM.

5. SESI BERSAMA PAKAR 
Sesi bersama pakar bertujuan untuk memberi pendedahan awal berinteraksi dengan doktor pakar didalam bidang tertentu. Yang pentingnya, pelajar boleh mendapatkan tips untuk menjadi ‘pelajar perubatan yang berjaya dari setiap doktor pakar jemputan ini nanti 

6. KOS PENGURUSAN, MAKANAN DAN ASRAMA 
a. Yuran Program adalah seperti berikut:
      Yuran Sesi I : RM1700 (Pelajar Turki sahaja)
       Yuran Sesi i & II : RM3500 (Pelajar Mesir sahaja)
b. RM4000 utk pelajar bukan MedicMesir
c. Makan tengahari dan malam disediakan pada setiap hari 
d. Asrama disediakan. Jarak antara asrama dan kuliah adalah dekat 

Tempat adalah TERHAD kepada 200 pelajar yang terawal memohon sahaja. ‘First Come-First Registered’

7. JIKA BERMINAT: 
i. Sila isi borang pendaftaran ONLINE preMEDIC MM/UPM 2014 di link ini : http://goo.gl/2rKOQ1
ii. Sertakan samada deposit pendaftaran RM500 (non refundable dalam apa jua keadaan). Deposit hendaklah diemailkan ke medicmesir@gmail.com berserta nama penuh & No. IC pelajar
(No akaun Maybank: CampusCity Management 5128 0250 6800)
iii. Deposit TIDAK DIKEMBALIKAN. Oleh itu, sila pastikan anda betul-betul berminat sebelum mendaftar.
iv. Bayaran baki RM3000 mesti dijelaskan selewat-lewatnya 20hb Jun 2014
v. Agensi lain boleh menyertai dengan kadar yuran RM4000
v. Fax slip bayaran beserta dengan borang pendaftaran preMEDIC MM/UPM 2014 ke 03 89423827. Borang pendaftaran boleh didapati melalui blog secara muat turun.
vi. Makluman terperinci dan pendaftaran di UPM akan dihantar dua minggu sebelum program bermula. 

8. Segala pertanyaan sila rujuk Cik Shikin di talian 019 310 6167 / Cik Maimunah 013 302 3030 / Pejabat MM 03 8945 9030. Sila rujuk FB www.facebook.com/MedicMesir dan laman web www.medicmesir.com

Semoga program berjalan lancar. Allah Yusahhil

Salam, 
UmmiMM

No comments:

Post a Comment