Bismillahirrahmanirahim.
Ya Allah Ya Tuhanku, di hari Jumaat yang barakah ini aku pohon kepadaMu agar Kau berkatilah kehidupanku,keluargaku, ibubapaku, adik beradik dan saudara maraku, sahabat2ku serta semua anak2 Muslim yang senang menuntut ilmu.
Ya Allah! Anak2 kami di Mesir dan dimana jua pun mereka berada, Engkau limpahkan kekuatan dan istiqamah didalam diri mereka. Berikanlah HIDAYAH dan PETUNJUK agar mereka sentiasa faham tujuan mereka hadir di dunia ini.
Berikanlah kesudahan yang terbaik atas apa jua USAHA mereka.
Ya Allah! JAdikan mereka sentiasa membimbing diantara mereka. Jauhkan mereka dari sebarang persengketaan yang meleraikan Ukhuwah sesama mereka.
Ya ALlah! JAdikan mereka bersedia untuk menjadi pemimpin buat Ummah. Kau berikanlah mereka kesihatan yang terbaik agar kesinambungan ilmu mereka dapat diteruskan selamanya.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah tempat kami memohon pertolongan. Amin amin ya Rabb al alamin...
"Rabbi Yassir Wala tu 'Assir, Rabbi Tammim bil Khoir"
Bi Taufiq WaNajjah Fi Imtihan !
Salam.Ikhlas,
UmmiMM
No comments:
Post a Comment