Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday 26 May 2011

MAKAN SEMPENA IMTIHAN 2011 !

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, seperti tahun-tahun yang lepas, InshaAllah, tahun ini juga MedicMesir berhajat untuk memberi MAKANAN SEMPENA IMTIHAN (Makan Tengahari dan Malam) untuk semua pelajar MedicMesir disemua muhafazah (Alexandria, Tanta, AlAzhar, Ainsham, Mansoura, Zagazig). Untuk urusan ini peruntukan sebanyak 300,000LE telah diluluskan. Sumbangan makan ini dijangka bermula minggu kedua June 2011. Sumbangan TERHAD kepada mereka yang mendaftar sahaja. Terbuka untuk TAHUN 1-3 !

Sumbangan ini adalah dengan harapan semua pelajar MedicMesir dapat menumpukan perhatian terhadap musim imtihan, disamping mempastikan makanan yang bekhasiat dan bersih dibekalkan. Doa agar usaha ini mampu meningkatkan prestasi kecermelangan akademik anak-anak MedicMesir. InshaAllah!

Untuk urusan ini, setiap wakil pemimpin disemua muhafazah harus membincangkan dalam pemilihan pembekal dan modus operandi pembekalan. Cadangan agar, di lantik 2 pembekal agar dapat pilihan variasi menu yang lebih baik. Sila discuss di FB group masing-masing dan email cadangan sebelum 30hb May 2011.

Semoga usaha mendatangkan kebaikan untuk semua anak-anak MM.

Shukran dan Salam Sayang,
UmmiMM


No comments:

Post a Comment