Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka sehingga 1hb Ogos 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, 28 April 2011

Surat Tawaran Universiti dan Pengesahan Penerimaan Tawaran

Assalamulaikum wbth,
Semoga didalam rahmat Allah swt.  Bersama ini beberapa update mengenai status permohonan ke Universiti.
MedicMesir mengucapkan MAAF atas kelewatan update ini.  Ini adalah kerana permohonan yang diterima diluar jangkaan pihak kami.  MedicMesir mengucapkan jutaan terimakasih atas sokongan serta minat semua terhadap MedicMesir.
MedicMesir juga ingin merakamkan jutaan terimakasih atas sokongan pelajar-pelajar yang kini di Mesir dan ibubapa pelajar yang banyak memberi 'lead' kepada MedicMesir.
Pihak MedicMesir akan sentiasa cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memperbaiki kelemahan demi masa depan anak-anak yang bersama MedicMesir.  Doa agar usaha kita dipermudahkan Allah swt!.

Pemohonan Mansoura Manchester dan Tanta University
1. Sila ambil maklum bahawa semua surat tawaran ASLI dari pihak Universiti bagi pemohon ke Mansoura-Manchester dan Tanta University telah pun berada di pejabat MedicMesir.
2. Semua pemohon akan dihubungi melalui email makluman untuk tindakan selanjutnya.
3. MedicMesir telah menetapkan tarikh 8hb Mei 2011, 10 pagi, sebagai tarikh untuk mengambil surat tawaran ASLI masing-masing di Fakulti Perubatan, UPM, Serdang.  Sila ikuti langkah seperti didalam email.
4.  Semua pemohon mesti membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam masa 7 hari dari penerimaan email tersebut. Ini adalah kerana tempat adalah TERHAD dan penempatan hanya diberikan kepada mereka yang membuat pengesahan penerimaan tawaran sahaja.
5. Harap bersabar untuk menerima email tersebut, kerana jumlah permohonan yang tinggi dari yang dijangkakan.  Kerjasama semua amat kami hargai.


Pemohonan ke ALEXANDRIA / AZHAR / ZAGAZIG University
1. Semua pemohon akan diberikan surat tawaran MedicMesir melalui email. Ini adalah kerana TEMPAT adalah TERHAD.  Oleh itu, pemohon yang berminat perlu memberi maklum balas pengesahan PENERIMAAN TAWARAN dan memastikan dokumen yang dipohon lengkap kesemuanya.
2. Surat tawaran Universiti akan dikeluarkan kepada yang MENGESAHKAN PENERIMAAN SAHAJA DAN DOKUMEN YANG LENGKAP TELAH DISEMPURNAKAN.  Surat tawaran ASLI akan disampaikan semasa preMedic berlangsung di UPM.

Permohonan ke AZHAR Medic (Banat ) dan AINSHAM
1.  Untuk permohonan kedua-dua universiti ini, hanya surat MedicMesir digunapakai.  Ini adalah kerana pihak Universiti tidak mengeluarkan sebarang surat tawaran sehingga pelajar mendaftar dan yuran dijelaskan.

UNTUK SEMUA PERMOHONAN, TOLONG PASTIKAN ANDA MELENGKAPKAN 3 SET BORANG KPT (KPT / SSLN / CLEARANCE), sebelum 15hb May 2011.

Harap Maklum.  Semoga maklumat ini membantu.

Salam,
UmmiMM












urat Tawaran ASLI Universiti Mansoura , Manchester dan 

No comments:

Post a Comment