Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday 29 September 2010

Peruntukan 100,000LE untuk program pelajar MedicMesir

Salam,

Sukacita dimaklumkan, pihak MedicMesir memperuntukkan sebanyak 100,000LE untuk menjayakan program yang dianjurkan atas inisiatif pelajar bagi sesi akademik 2010/2011. Program ini, samada berbentuk peningkatan akademik, peningkatan kendiri atau kemahiran tertentu, program peningkatan khidmat sosial / ilmu agama dan program meningkatkan 'ukhuwah fillah' sesama warga MedicMesir khasnya dan warga Mesir umumya.

Belanjawan akan diberikan mengikut muhafazah. Oleh itu wakil pelajar setiap muhafazah perlu menghantar cadangan program untuk kalendar akademik 2010/2011 yang berakhir Julai 2011. Cadangan mestilah dihantar selewat-lewatnya 15hb Oktober 2010.

Cadangan program dan pembentangan mengikut muhafazah perlu diadakan antara 20-30hb Oktober 2010 di Mesir bersama Ummi sebelum kelulusan dapat dibuat. Oleh itu, setiap muhafazah perlu kreatif dan proaktif didalam mempastikan peruntukan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Semoga peruntukan ini memberi keselesaan didalam melatih diri antum kearah pembentukan ikon Doktor Muslim yang dinanti oleh ummah. Semoga dimudahkan segala urusan ! Ameen.

Salam Sayang,
ummiMM

5 comments:

  1. salam..
    tahniah2 ummi.
    meskipun wang tersebut bukan 100% daripada ummi tetapi wang pelajar..
    saya sangat bersyukur kerana ummi sentiasa menjada amanah dan hak pelajar..
    semoga ummi akan sentiasa jujur dan diberkati..
    wassalam..
    -luwoh-

    ReplyDelete
  2. Dr Asyraf @ luwoh!

    Thanks for support sungguhpun Dr Asyraf dari agensi lain. Students program must be fully supported by agents supaya students bebas untuk berprogram esp...dalam nak meningkatkan 'prestasi akademik'....and dah jadi Doktor nanti...bukan sekadar guna IQ...but EQ...and PQ (people's quotient!)..

    Insyallah, terus ceriakan life as 'medical student'....the best experience is one's life-path.

    Thanks again...and may coming academic calendar is a better year AHEAD for all!

    love,
    ummiMM

    ReplyDelete
  3. Salam

    Saya ucapkan terima kasih diatas penat lelah dan kegigihan Ummi didalam mengatur dan merencanakan aktiviti anak anak kita. Seronok juga kalau ummi boleh upload gambar gambar siswa/i semasa mereka beroientasi sekiranya tidak keberatan. Semoga Allah subhanahu wa ta'ala memberikan keredhaan kepada kita semua ameen.

    Ummi Muhammad 'Ali Hashimi

    ReplyDelete
  4. mabruk ummi!!
    sy tgk ummi nie mcm bkn agent da tp lbih cm yayasan pulak..
    smoga usaha mperkukuh kkuatan ummah diteruskn hingga ke akhir hayat!!
    chaiyok ummi!!

    ReplyDelete
  5. mabruk ummi..
    semoga diberkati Allah dlm menjayakan program nie..
    luqme harap semoga inisiatif ummi nie memberi 1001 manfaat kepada pelajr..
    semoga pelajr juga menanfaatkannye..
    Semoga kite semua sama2 berjaya..amin..

    ReplyDelete