Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Sunday 25 July 2010

PANDUAN PERMOHONAN JPA

Salam,

Untuk urusan Permohonan Tajaan JPA yang tutup pada akhir bulan ini. Sila ambil perhatian atas perkara-pekara dibawah:

1. Tarikh Tutup
Pastikan memohon online sebelum tarikh tutup. Jauhkan mendaftar pada tarikh terakhir, sebab talian ke laman web biasanya 'zahmah'.

2. Jumlah di Pohon
Pada ruang jumlah yang dipohon. Sila masukkan yuran mengikut kadar didalam RM. Jika USD , kadar yang digunakan 1USD = RM 3.6 dan jika GBP , gunakan kadar 1GBP= RM 6.0. Sila jumlahkan yuran serta elaun bulanan sebanyak RM12,000 setahun. JUMLAHKAN!

3. Dokumen untuk dihantar ke JPA
Sila pastikan semua salinan dokumen yang dikehendaki dihantar sebelum 10hb Ogos 2010. Andaikata, ada dokumen yang tidak lengkap, sila pastikan mana yang ada dihantar tanpa menunggu kesemuanya lengkap. Anda boleh menghantarnya kemudian ke JPA ( TerimaKasih JPA!!.)

4. Untuk urusan NOC
a. Bagi pelajar yang menerima surat KPT pada awal Januari 2010. Sila berhubung dengan KPT secara terus untuk tujuan pengeluran NOC dengan membawa surat yang diterima.

b. Bagi pelajar yang masih belum menerima apa2 maklumbalas. Anda mempunyai 2 pilihan iaitu:
PERTAMA : Menghantar sendiri dengan mengisi borang SSLN semula dan kepilkan keputusan Tahun 1. Bagi pelajar Tahun 2. Kepilkan keputusan Tahun 1 & 2. Cara pertama ini lebih cepat kerana ianya bukan berkumpulan.

Sila ambil maklum, hanya 'KEPUTUSAN TERAKHIR TAHUN 1' yang diambil kira. Untuk pelajar Alex / Mansoura, sila jangan guna keputusan Sem 1.

Sila ambil maklum, MAKLUMAT EJEN di LAMPIRAN C:
Nama Syarikat : MEDICMESIR (Campus City Sdn Bhd)
cukup dengan mengisi maklumat teratas dan tak memerlukan cop syarikat.

KEDUA: Diuruskan oleh MedicMesir akan menghantar semua keputusan Tahun 1 pada Isnin 26hb Julai 2010. Salinan NOC yang berjaya akan dihantar ke rumah masing-masing atau di ambil sendiri selepas 2 minggu. Oleh itu jika anda masih belum mendapatkan apa2 maklum balas pada 9hb Julai, sila berhubung dengan pihak KPT secara terus.

Sila ambil maklum, kelulusan NOC adalah hak mutlak KPT. Kelulusan bergantung kepada keputusan SPM dan keputusan Tahun 1. Menurut tahun-tahun yang lepas, ramai yang berjaya mendapatkan tajaan tanpa NOC, termasuk JPA.

Sila ambil maklum, NOC tidak akan diproses tanpa keputusan Tahun 1. Pastikan anda menghantar salinan keputusan Tahun 1 ke email medicmesir@gmail.com (kecuali pelajar Tanta Uni, sebab semuanya telah ada di pejabat MM)

Tuliskan subjek email mengikut format ini
contoh : ( MUMTAZ BIN JAYYID / KEPUTUSAN TAHUN 1 / AL AZHAR UNi / NOC )

Harap maklumat ini membantu

salam,
ummiMM



1 comment:

  1. salam, ummi. Saya tak faham sgt la pasal NOC tu.. Borang tu mmg kene hantar ke? kalau tak hantar x pe?
    And surat kpt tu yg mana?

    ReplyDelete