Usaha pelajar MedicMesir membersihkan kawasan kejiranan di Mansoura, Egypt mendapat perhatian dan viral di media Mesir. Semoga usaha mereka berterusan dan mendapat manfaat.
Tawaran skim Biasiswa untuk Pelajar Lepasan SPM 2016 daripada Yayasan Tabung Haji Malaysia telah pun dibuka. Orang ramai yang mempunyai kelayakan seperti mempunyai keputusan minima 7A dalam SPM boleh memohon. Antara bidang yang dianjurkan ialah:
*Sains Kejuruteraan Teknologi Maklumat,Sains,Fizik, Sains Teknologi Makanan,Arkitek dan semua bidang kejuruteraan
*Umum Semua bidang dalam pengajian Islam ,Komunikasi,Psikologi,Perladangan,Sumber Manusia,Undang-Undang
*Proffesional CIMA,ACCA,CPA,ICSA,MACPA
Kritirea Calon *Pendeposit TH *Pendapatan isi rumah dibawah RM2500 *Berumur tidak lebih 19 tahun semasa membuat permohonan atau mendapat tawaran *Mendapat tawaran daripada Kolej Matrikulasi, atau mana mana Institusi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara secara sepenuh masa *Berstatus Bujang *Diperakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan Panel Doktor yang dilatik YTH *Tidak mempunyai rekod jenayah *Aktif dalam kokurikulum dan berketerampilan sebagai pemimpin serta mempunyai komunikasi yang baik. Borang permohonan lanjut boleh didapati di http://www.tabunghaji.gov.my/yayasan-th
Dah download borang?Hantarkan ke alamat berikut
YAYASAN TABUNG HAJI Lantai 27,Bangunan Tabung Haji 201 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur