Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday, 30 July 2010

Summer Holiday - QATAR / GULF AIR tickets

Salam,

MM students, back for Summer Holiday and currently holding Qatar or Gulf air ticket, pls contact the numbers below if u wanna change or confirm your returning date.

QATAR: 03 21186100 or GULF AIR : 03 21412676

It Suppose to be FREE for 1st time change. Pls mention MedicMesir. If they wanna charge u....call ummi lah..(as usual)

Enjoy ur holiday!!...(Jangan lupa daftar JOM SPIES!!)

salam & lots of luv,

ummiMM

Wednesday, 28 July 2010

Imtihan AKHIR preMedic 2010 & Sessi bersama SENIOR

Salam....
Alhamdulillah, seperti yang dimakluman, imtihan FINAL dengan tumpuan kepada subjek ANATOMI, topik 'UPPER LIMB!' akan diadakan seperti dibawah:

Sessi pertama
Tarikh :Isnin , 9hb Ogos 2010, Jam 9-10.30 pagi
Tempat : ILSAS (Sebelah UNITEN)
Format soalan:
100 soalan MCQ & 5 soalan 'fill in the blank"

Sesi kedua
11 .00- 1.00 tengahari. >>Sesi bersama senior
Pelajar akan dibahagi ikut universiti masing-masing dan akan dikendalikan oleh senior
1.00- 2.00tengahari >> Taklimat TERAKHIR sebelum berangkat
2.00 tengahari : Makan Tengahari dan bersurai

-----------------

MAKLUMAN TAMBAHAN
1. Sila ambil maklum, sesi imtihan FINAL ini tidak WAJIB.
2. Pelajar yang tidak menyertai SPIES, Boleh datang lebih awal dan menginap bersama kawan-kawan yang menyertai SPIES.
3. Sesiapa yang akan menghadiri Sesi Imtihan , sila daftar diborang dibawah:

Semoga mendatangkan manfaat dan membantu persiapan memantapkan diri menjadi pelajar MUMTAZ dunia dan akhirat.

Salam,
ummiMM

JOM SPIES 2010 ! Menuju Mahasiwa MUMTAZ!

Salam,

Alhamdulillah, MedicMesir dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan SPIES. Segala kos program, makan/minum dan penginapan diTANGGUNG sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor. (Shukran Awi-Awi!)

Makluman program adalah seperti dibawah:
Tarikh: 7-8 hb Ogos, Sabtu & Ahad )
Tempat: ILSAS (sebelah UNITEN KAJANG)...map akan diupload!
Aturcara Program: Makluman lanjut disini
Insyallah, objektif SPIES adalah:
  1. Mengaplikasi nilai spiritual dalam kehidupan sebagai pelajar cemerlang
  2. Memahami peranan utama pelajar sepanjang menimba ilmu di luar negara
  3. Menguasai ilmu & kemahiran 5S (Membaca, Menulis, Mengira, Memikir & Melaksa) dlaam kontek pelajar MUMTAZ!
  4. Pengurusan EMOSI dan persekitaran baru diMesir
  5. Mempunyai kepedulian dan rasa tanggung jawab kepada agama, bangsa, negara dan negeri sewaktu belajar di luar negara.
Program TERHAD kepada 100 orang sahaja. Keutamaan diberikan kepada pelajar Selangor. Pelajar luar Selangor, digalakkan menyertai SPIES.

DAFTAR SEKARANG! ( pendaftaran akan ditutup sebaik jumlah permohonan mencecah 100)

Alhamdulillah....semoga SPIES mendatangkan menafaat luar biasa ! MUMTAZ DUNIA & AKHIRAT!

Salam,
ummiMM


Sunday, 25 July 2010

PANDUAN PERMOHONAN JPA

Salam,

Untuk urusan Permohonan Tajaan JPA yang tutup pada akhir bulan ini. Sila ambil perhatian atas perkara-pekara dibawah:

1. Tarikh Tutup
Pastikan memohon online sebelum tarikh tutup. Jauhkan mendaftar pada tarikh terakhir, sebab talian ke laman web biasanya 'zahmah'.

2. Jumlah di Pohon
Pada ruang jumlah yang dipohon. Sila masukkan yuran mengikut kadar didalam RM. Jika USD , kadar yang digunakan 1USD = RM 3.6 dan jika GBP , gunakan kadar 1GBP= RM 6.0. Sila jumlahkan yuran serta elaun bulanan sebanyak RM12,000 setahun. JUMLAHKAN!

3. Dokumen untuk dihantar ke JPA
Sila pastikan semua salinan dokumen yang dikehendaki dihantar sebelum 10hb Ogos 2010. Andaikata, ada dokumen yang tidak lengkap, sila pastikan mana yang ada dihantar tanpa menunggu kesemuanya lengkap. Anda boleh menghantarnya kemudian ke JPA ( TerimaKasih JPA!!.)

4. Untuk urusan NOC
a. Bagi pelajar yang menerima surat KPT pada awal Januari 2010. Sila berhubung dengan KPT secara terus untuk tujuan pengeluran NOC dengan membawa surat yang diterima.

b. Bagi pelajar yang masih belum menerima apa2 maklumbalas. Anda mempunyai 2 pilihan iaitu:
PERTAMA : Menghantar sendiri dengan mengisi borang SSLN semula dan kepilkan keputusan Tahun 1. Bagi pelajar Tahun 2. Kepilkan keputusan Tahun 1 & 2. Cara pertama ini lebih cepat kerana ianya bukan berkumpulan.

Sila ambil maklum, hanya 'KEPUTUSAN TERAKHIR TAHUN 1' yang diambil kira. Untuk pelajar Alex / Mansoura, sila jangan guna keputusan Sem 1.

Sila ambil maklum, MAKLUMAT EJEN di LAMPIRAN C:
Nama Syarikat : MEDICMESIR (Campus City Sdn Bhd)
cukup dengan mengisi maklumat teratas dan tak memerlukan cop syarikat.

KEDUA: Diuruskan oleh MedicMesir akan menghantar semua keputusan Tahun 1 pada Isnin 26hb Julai 2010. Salinan NOC yang berjaya akan dihantar ke rumah masing-masing atau di ambil sendiri selepas 2 minggu. Oleh itu jika anda masih belum mendapatkan apa2 maklum balas pada 9hb Julai, sila berhubung dengan pihak KPT secara terus.

Sila ambil maklum, kelulusan NOC adalah hak mutlak KPT. Kelulusan bergantung kepada keputusan SPM dan keputusan Tahun 1. Menurut tahun-tahun yang lepas, ramai yang berjaya mendapatkan tajaan tanpa NOC, termasuk JPA.

Sila ambil maklum, NOC tidak akan diproses tanpa keputusan Tahun 1. Pastikan anda menghantar salinan keputusan Tahun 1 ke email medicmesir@gmail.com (kecuali pelajar Tanta Uni, sebab semuanya telah ada di pejabat MM)

Tuliskan subjek email mengikut format ini
contoh : ( MUMTAZ BIN JAYYID / KEPUTUSAN TAHUN 1 / AL AZHAR UNi / NOC )

Harap maklumat ini membantu

salam,
ummiMM



TAHNIAH PELAJAR TAHUN 1 2009/2010 TANTA UNIVERSITY


Salam,

Syukor kehadrat Allah swt atas KEJAYAAN LUAR BIASA pelajar2 Tahun 1 TANTA University. Sama2 kita berdoa agar kejayaan ini dapat dipertingkatkan pada sehingga Tahun Akhir.! Sukacita dikongsikan disini ANALISA NATIJAH TAHUN 1. Semoga ianya menjadi panduan kepada semua.

PRESTASI MENGIKUT GRED
MUMTAZ : 20 orang (9.3%)
JAID JIDDAN : 82 orang (38.1%)
JAID :47 orang (21.9%)
MAKBUL :2 orang(0.9%)
DURTHANI :57 orang
GHAIB : 7 orang
JUMLAH PELAJAR: 215 pelajar

PRESTASI MENGIKUT SUBJEK
PHYSIOLOGY (Mumtaz:55 / JJ:78/ J:42/M:18/D:14/G:8)
ANATOMY (Mumtaz:9/JJ:39/J:59/M:47/D:53/G:8)
HISTOLOGY (Mumtaz:16/JJ:47/J:55/M:46/D:35/G:16)
BIOCHEMISTRY (Mumtaz:131/JJ:45/J:15/M:9/D:8/G:7)

BILANGAN JUMLAH DHUR THANI
1 subjek:23 orang
2 subjek:21 orang
3 subjek:7 orang
4 subjek:6 orang

Semoga kecemerlangan ini sama-sama akan menaikkan nama .TANTA UNIVERSITY....Insyallah! TerimaKasih kepada semua yang menyumbang kepada KEJAYAAN ini. Hanya Allah swt yang memberi balasan baik!

salam,
ummiMM

Friday, 9 July 2010

Keputusan Peperiksaan Universiti Al-Azhar

Keputusan Peperiksaan Universiti Al Azhar sesi pengajian 2009/2010 akan diumum melalui lama web www.waagazhar.org. Pelajar yang ingin mendapatkan natijah melalui web tersebut perlu mendaftar terlebih dahulu melalui pautan http://www.waag-azhar.org/stud_2010.aspx. Sumber: http://www.alazhar.gov.eg/news/news_view.aspx?articleid=460

Saturday, 3 July 2010

Pengsijilan ICDL

Salam,

Seperti yang sedia maklum, pengsijilan ICDL adalah WAJIB bagi semua graduan perubatan Mesir. Untuk tujuan itu, semua pelajar yang pulang bercuti dimestikan mengambil ujian ICDL sebelum memulakan pengajian tahun 2010/2011.

Untuk pelajar Alexandria, ICDL diuruskan oleh pihak universiti dan PERCUMA (termasuk didalam Yuran).

Untuk pelajar Tanta, pihak MedicMesir telah menguruskan pihak universiti untuk mengadakan ujian pada awal sesi 2010/2011.

Untuk pelajar lain-lain Universiti yang berminat untuk mendapatkan pengsijilan ICDL. Sila dapatkan maklumat di laman web JOM ICDL

Semoga makluman ini membantu!

Salam,
ummi