- Senarai penumpang yang akan tiba di KLIA Gate A2 pada 11 Feb 2011 @ 2.20 pagi menaiki pesawat MH8031
* Pelajar yang menaiki RMAF C-130 boleh dijemput di Kolej ke 5 UPM
** Pesawat SV838 akan mendarat di Lapangan Terbang Changi, Singapura. Bas akan disediakan untuk pengangkutan pelajar ke Kolej ke 5 dan ke 6 UPM.
Pihak keluarga pelajar-pelajar dan warganegara Malaysia dipohon untuk sentiasa menyemak maklumatSenarai Nama Penumpang serta Tarikh dan Masa Ketibaan melalui laman web ini dan Kementerian Luar Negeri.
Kerajaan akan menyediakan penginapan transit sementara di Kolej 5 dan Kolej 6, Universiti Putra Malaysia atau Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) untuk pelajar-pelajar dan warganegara Malaysia yang tidak dijemput oleh pihak keluarga mereka. Para pelajar akan dimaklumkan oleh pihak urus setia mengenai perkara ini semasa ketibaan mereka.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara di talian telefon 03-8888 2010 dan emel ppon@mkn.gov.my.
Majlis Keselamatan Negara
Jabatan Perdana Menteri
11 Februari 2011
No comments:
Post a Comment