Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday 18 February 2011

Kerajaan P.Pinang & MAIPP Sumbang RM2,000 Untuk Pelajar Pulang Ke Mesir

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) akan memberi sumbangan RM2,000 kepada setiap pelajar dari negeri itu untuk kembali menyambungkan pelajaran mereka di Mesir.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, terdapat 318 pelajar yang akan menerima bantuan tersebut.

“Kerajaan Negeri akan menyumbang RM1,000 seorang manakala MAIPP akan menambah RM1,000 lagi," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut menyeru kerajaan persekutuan agar menghulur bantuan yang serupa kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

1 comment:

  1. Kenapa tiada cerita-cerita dari pelajar-pelajar Faculty of Medicine Cairo University? yang lain semua ada.

    ReplyDelete