Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Saturday 26 February 2011

Perhatian Pelajar Selangor - Ops Ehsan


OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR Dijangka Bermula Awal MAC 26.2.11 SHAH ALAM

Mesyuarat khas mengenai pelajar Selangor yang mahu dihantar balik untuk melanjutkan pelajaran di Mesir memutuskan kemungkinan operasi hantaran akan bermula se awal 3.3.11 sekiranya keadaan di Mesir terus reda dan urusan tempahan penerbangan selesai.Mesyuarat bersama EXCO Pendidikan Tinggi, SUK, JAIS, LZS, Tourism Selangor dan Air Asia serta wakil persatuan pelajar bersetuju akan menghantar pelajar perubatan dan pelajar yang perlu menduduki peperiksaan dalam masa terdekat akan diutamakan.

Untuk itu mereka harus mendaftarkan diri dalam program holistik tajaan kerajaan Selangor bagi mempastikan kebajikan mereka terpelihara dan tersenarai dalam pangkalan data BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM(BPI) JAIS untuk urusan selanjutnya.
Program terdekat ialah 28.2-1.3.11; 2-3.3.11;
Tempat:AMPANG PECAH ,KUALA KUBU BARU Bas akan disediakan di Masjid negeri SHAH ALAM (bertolak 7.30pagi)

Wajib bawa PASSPORT ANTARABANGSA(untuk urusan penerbangan)
Sebarang pertanyaan sila hubungi SYAZWANI 0193806478 / Us Fauzan 0193855634 / DAN BAHAGIAN PENDIDIKAN JAIS

rujukan :http://drhalimahali.blogspot.com/2011/02/ops-ehsan-pelajar-mesir-selangor.html

1 comment:

  1. Mengapa perlu mengikuti kursus holistik itu. Apakah isi kandung kursus holistik itu. Adakah ianya masih mengikuti akidah. Ianya sangat saya kuatiri kerana ops EHSAN itu sepatutnya adalah keikhlasan dari kerajaan negeri selangor TANPA mengenakan syarat mengikuti program holistik itu,.

    ReplyDelete