Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, 24 February 2011

Kelantan Setuju Biayai Hantar Balik Semua Pelajarnya Ke Mesir

Berita Timur


February 24, 2011 16:07 PM
Kelantan Setuju Biayai Hantar Balik Semua Pelajarnya Ke Mesir
KOTA BAHARU, 24 Feb (Bernama) -- Kerajaan PAS Kelantan bersetuju membiayai penghantaran pulang semua 1,006 penuntut anak negeri itu di Mesir untuk meneruskan pengajian mereka berikutan pergolakan di negara itu yang kembali pulih.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco di Kuala Lumpur, malam tadi, yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Mereka yang terbabit terdiri daripada pelajar di bawah tajaan sama ada berbentuk biasiswa atau pinjaman dari Kerajaan Persekutuan atau negeri," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata mesyuarat exco itu diadakan di Kuala Lumpur berikutan berlangsungnya Mesyuarat Majlis Raja-Raja di ibu negara.

Mohd Amar berkata keputusan itu juga sebagaimana yang dipersetujui kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang yang akan menghantar balik anak negeri masing-masing ke Mesir untuk menyambungkan pengajian mereka apabila keadaan negara itu kembali pulih.

Sebahagian besar penuntut Malaysia di Mesir dibawa pulang sama ada menerusi Ops Piramid oleh Kerajaan Persekutuan ataupun pembiayaan sendiri berikutan krisis yang berlaku di negara itu.

-- BERNAMA

2 comments:

  1. assalamualaikum.
    ummi.?? kalo bdk kelantan yg bukan under tajaan kerajaan persekutuan x dibiayai ke.??

    ReplyDelete
  2. Aslm... Ummi ...kalau pelajar anak kelantan yang pergi ngan Medicmesir dapat tajaan tiket ke tidak ... camne ni...harap2 dapat ye...

    ReplyDelete