Kerajaan negeri tanggung kos hantar pulang pelajar ke Mesir
Wednesday, 23 February 2011 | Ruangan: BeritaSHAH ALAM, 23 Feb – Kerajaan Negeri Selangor akan menanggung kos menghantar pulang pelajar rakyat negeri ini bagi menyambung kembali pengajian di Mesir.
Ia merupakan projek di bawah Operasi Ehsan Pelajar Mesir-Selangor dengan membabitkan kesemua pelajar yang berasal dari negeri ini yag dianggar lebih 600 orang.
Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali penghantaran pulang ke Mesir itu membabitkan tiga penerbangan dengan 15 Mac merupakan tarikh terakhir penghantaran pulang.
Menurut Dr Halimah bilik operasi dibuka mulai 25 Februari bagi membolehkan pelajar mendaftar untuk proses penghantaran pulang. Pendaftaran itu juga bagi membolehkan maklumat pelajar diperoleh kerana Kerajaan Negeri cuma mempunyai maklumat pelajar yang ditaja kerajaan Negeri sahaja.
assalamualaikum ummi..camne nak daftar nie?alhamdulillah
ReplyDeleteMendaftar di Bahagian pendidikan JAIS. Tel 03-55143600 samb 2056/2048.
ReplyDelete