Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday 17 February 2011

MedicMesir usaha dapatkan diskaun tiket ke Kaherah

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Sebuah agensi pengurusan penuntut Malaysia ke Mesir yang dikenali sebagai MedicMesir sedang berusaha mendapatkan diskaun bagi harga tiket penerbangan buat penuntut yang mahu kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian mereka.Jurucakap agensi itu, Muhd. Farees Mohd. Faizal berkata, sehingga kini beberapa syarikat penerbangan seperti Egypt Air, Gulf Air dan Etihad Airways pada dasarnya bersetuju untuk memberi diskaun bagi tiket penerbangan tersebut."Apa yang kita sedang lakukan adalah mengumpulkan penuntut yang mahu kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Seramai 8,341 penuntut dan rakyat Malaysia di Mesir dibawa pulang ke tanah air melalui Ops Piramid yang dilancarkan kerajaan sejak 3 Februari lalu ekoran krisis politik yang mencetuskan keadaan huru-hara di negara itu.Kata Muhd. Farees, tarikh penerbangan akan diumumkan sebaik sahaja kerajaan mengumumkan keadaan di Mesir adalah selamat untuk penuntut kembali ke negara itu.Katanya, penuntut-penuntut Malaysia yang terlibat boleh mendaftar dengan agensi itu di lamanweb www.medicmesir.com untuk membolehkan mereka kembali ke Mesir melalui usaha yang dilakukan agensi itu.Jelasnya, wakil MedicMesir juga berada di Kaherah bersama-sama Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membuat rundingan dengan universiti-universiti di negara itu berhubung tarikh permulaan kuliah."Mereka berada di sana untuk berbincang bagi membolehkan tarikh kuliah atau peperiksaan dilanjutkan supaya memudahkan penuntut-penuntut yang berada di Malaysia kembali ke sana sebaik sahaja keadaan pulih," katanya.Sementara itu, maklumat di laman web agensi itu menyatakan pengangkutan percuma akan diuruskan dari Kaherah ke tempat tinggal penuntut apabila kembali ke Mesir kelak.

2 comments:

  1. Alhamdulillah. kalu berjaya usaha mendapatkn diskaun nih, ucapan terima kasih didahulukan.

    InsyaALlah memudahkan urusan org lain, Allah akan memudahkan urusan mereka yg terlibat~ Amin

    ReplyDelete