1 | MH 031 (MAS) | 3.00 petang | 7.00 pagi | 12 | ||
2 | MH 151 (MAS) | 9.20 malam | 10.55 pagi | 85 |
| |
3 | MH 8033 | 4.00 petang | 6.30 pagi | 354 |
| |
4 | * SQ 455 | 8.40 malam | 12.30 tghari | 50 |
| |
5 | Dari Jeddah ke Jakarta Dari Jakarta ke KLIA | 9.25 malam 6.50 petang | 11 pagi 9.50 malam | 110 |
* Penerbangan SV838 dan SQ455 akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Pengangkutan bas akan disediakan dan akan membawa para pelajar/warga Malaysia keKolej 5 dan Kolej 6, Universiti Putra Malaysia**. Walau bagaimanapun, mereka boleh memilih untuk turun di Johor Bahru, Seremban atau Melaka.
Pihak keluarga pelajar-pelajar dan warganegara Malaysia dipohon untuk sentiasa menyemak maklumatSenarai Nama Penumpang serta Tarikh dan Masa Ketibaan melalui laman web ini dan Kementerian Luar Negeri.
Kerajaan akan menyediakan penginapan transit sementara di Kolej 5 dan Kolej 6, Universiti Putra Malaysia atau Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) untuk pelajar-pelajar dan warganegara Malaysia yang tidak dijemput oleh pihak keluarga mereka. Para pelajar akan dimaklumkan oleh pihak urus setia mengenai perkara ini semasa ketibaan mereka.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara di talian telefon 03-8888 2010 dan emel ppon@mkn.gov.my.
** Sila abaikan makluman mengenai lokasi penghantaran ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya sebelum ini. Maaf atas kesulitan.
Majlis Keselamatan Negara
Jabatan Perdana Menteri
9 Februari 2011
No comments:
Post a Comment