Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday, 29 February 2012

TAKLIMAT MEDICMESIR di ZON UTARA (2 & 3Mac) dan PANTAI TIMUR (8 & 9Mac)

Assalamualaikum wbth,


1. Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt. 
2. TerimaKasih atas sokongan semua dan minat anda terhadap MedicMesir.  TerimaKasih juga kepada seniors di Mesir dan ibubapa yang banyak membantu berkongsi maklumat dengan teman-teman mengenai MedicMesir.  Doakan MedicMesir mampu buat yang TERBAIK untuk semua.
3. Syukor Alhamdulillah, UmmiMedicMesir akan menemui anak2 lepasan SPM / Matrikulasi yang berminat untuk melanjutkan pengajian dibidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Mesir pada September 2012.
3. Berikut adalah jadual Taklimat yang telah disusun ;-
  • a. Jumaat, 2Mac (10pagi) - Kolej MARA Kulim, KULIM
  • b. Sabtu, 3Mac (10 pagi) - Hotel Seri Malaysia, IPOH
  • c. Khamis, 8Mac (3 petang) - Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Trengganu, Kuala Trengganu
  • d. Jumaat,9Mac (9 pagi)- MRSM Pengkalan Chepa, KB
  • e. Sabtu,24Mac (10pagi) - Fak Perubatan, UPM (TAKLIMAT PERDANA)
  • f. Ahad, 25hb (10 pagi) - Pulau Pinang
  • g. Sabtu, 31Mac (10 pagi) - Fak Perubatan, UPM
  • h. Selasa, 3April(10pagi) - Sabah
  • i. Rabu, 4April(10 pagi) - Sarawak
  • j. Sabtu, 7 April (10 pagi) - Fak Perubatan, UPM
  • k. Sabtu, 14 April (10 pagi) - Fak Perubatan, UPM

RAYUAN AWAL JPA !


Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak2 MM sentiasa berada didalam pemeliharaan dan  rahmat Allah swt. 

2. Seperti yang semua sedia maklum bahawa hari ini, 29hb Februari adalah tarikh terakhir untuk memohon JPA ~  Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara Sesi 1/ 2012.  Sila pastikan apa jua keputusan Tahun 1 anda, permohonan secara online telah dibuat dan penghantaran dokumen  disempurnakan sebelum 7hb Mac. Kelazimannya, syarat yang dikenakan oleh pihak JPA adalah sekurang-kurang nya Jayyid Jiddan. Tapi, bagaimanapun, terdapat banyak kes dimana pelajar yang memperolehi Jayyid turut menerima tajaan JPA.

Tuesday, 28 February 2012

PERMOHONAN TAJAAN JPA AKAN BERAKHIR 2 HARI LAGI !

Assalamualaikum wbth,
Buat anak-anak serta keluarga MM yang dirahmati Allah swt.

Posting ini sebagai peringatan kepada posting terdahulu mengenai Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara Sesi 1/ 2012 http://medicmesir.blogspot.com/2012/02/assalamualaikum-wbth-alhamdulillah.html.

Sila ambil maklum bahawa permohonan akan tutup lagi 2 hari. Mohon sekiranya semua anak-anak MM memastikan permohonan dan berkaitan disiapkan hari ini, 28hb Feb 2012.

Bagi memudahkan usaha MedicMesir memantau permohonan ini, mhon sekiranya dapat memasukkan maklumat anda didalam LINK MAKLUMAN JPA 2012.  MM akan membuat 'follow up' seperti biasa untuk memastikan tiada permohonan yang LAYAK tercicir.

Ummi doakan agar semua permohonan anak-anak MM diluluskan dan dipermudahkan segala urusannya.
Ameen.

Salam,
UmmiMM

TAKLIMAT MEDICMESIR di ZON UTARA (2 & 3Mac) dan PANTAI TIMUR (8 & 9Mac)

Assalamualaikum wbth,
Warga Medicmesir yang dirahmati Allah swt !
Sukacita nya MedicMesir menjemput semua pelajar lepasan SPM 2011 dan Matrikulasi yang berminat untuk mengikut Pengajian Ijazah Perubatan, Pergigian dan Farmasi ke Taklimat MedicMesir di Zon Utara dan Zon Pantai Timur seperti dibawah:

1. Jumaat, 2hb Mac 2012 ~ 10-12tghri ~ Kolej MARA Kulim
2. Sabtu, 3hb Mac 2012 ~ 10-12tghri ~ Hotel Seri Malaysia, Ipoh
3. Khamis, 8hb Mac 2012 ~ 3-5 ptg ~ Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri, Kuala Trengganu
4. Jumaat, 9hb Mac 2012 ~ 9-11 pagi ~ MRSM, Pengkalan Chepa, KB, Kelantan

Sunday, 26 February 2012

Hargai ahli BAIT KITA !

Salam....
Semoga anak-anak semua didalam pemeliharaan dan keberkatan Allah swt! Semoga sentiasa diberi kesihatan dan kekuatan bermujahadah dijalanNYA.


Just sharing....Terjumpa VIDEO ni..rasanya mungkin dapat menyentuh hati anak-anak Ummi yang kini di Mesir.
Nice video untuk mengingatkan kita erti kehidupan diluar negara sesama ahli bait yang jauh dari ibubapa dan keluarga masing-masing. Setiap ahli rumah ada peranan masing-masing untuk menjadikan bait KITA  Baiti Jannati. Ahli Bait lah abang kakak dan penganti ibu ayah kita dikala suka dan duka.


"Man laa yar haminnaasa laa yarhamhullah".
Barang siapa tidak menyanyangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya (HR Tirmidzi)


Happy Viewing...Semoga mendapat ibrah :-)
Salam Sayang dari UmmiMM



Thursday, 23 February 2012

JOM! CIPTA LOGO MEDICMESIR !

Assalamualaikum wbth,
TERIMAKASIH KEPADA SOKONGAN SEMUA TERHADAP MEDICMESIR!

Alhamdulillah, Sempena ulang tahun yang ke 5 dan
Alhamdulillah juga, dengan jumlah 'hit' blog MedicMesir.com yang mencecah hampir 300,000.
MedicMesir menganjur kan pertandingan mencipta logo MedicMesir.com.

Berikut adalah terma pertandingan:-
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua , tidak kira dimana anda berada. (Tidak terhad kepada warga MM)
2. Skop Karya adalah bebas.
3. Peserta bebas menghantar sebanyak mungkin rekabentuk.
4. Setiap Rekabentuk perlu disertakan dengan penerangan.
5. Peserta perlu post setiap rekaan di FaceBook MedicMesir (http://www.facebook.com/MedicMesir)
6. MedicMesir berhak mengunakan logo ciptaan peserta dari masa kesemasa.

Pemenang akan dinilai 70% dari jumlah 'LIKE' dilogo anda. 30% pula dari permarkahan juri MedicMesir.
Segala pertanyaan sila inbox di FaceBook http://www.facebook.com/ummi.medicmesir
Pertandingan akan tutup pada 1hb May 2012 jam 5petang waktu Mesir.

Hadiah berupa wang tunai 1000LE hanya akan diberikan pada pemenang pertama.

Warwarkan kepada rakan-rakan yang berminat.  Selamat berkarya !

Salam,
UmmiMM

Wednesday, 22 February 2012

SENARAI NAMA NOC PELAJAR TANTA SESI 2011/12

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah...tamat sudah imtihan Mid year hari ni. Ummi doakan semuanya Najjah. Ameen
Merujuk kepada NOC, sila ambil maklum bahawa semua pelajar dibawah diminta untuk mengambil NOC masing-masing dari wakil2 dibawah bermula esok.
Koordinator : Balqish (01141449361 ) dan Salihin 01125200342

Sila pastikan scan dan email pada keluarga masing-masing untuk kegunaan rasmi pada masa hadapan.
Semoga dipermudahkan segala urusan.

Salam,
UmmiMM :-)

ANAK-ANAK SELANGOR MEDICMESIR YANG BELUM MENDAPAT MANA-MANA TAJAAN

Assalamualaikum wbth,


1. Semoga anak2 MedicMesir sentiasa berada didalam pemeliharaan Allah swt.


2. MedicMesir sedang berusaha mendapatkan bantuan tambahan untuk anak-anak Selangor yang masih belum mendapat tajaan samada JPA, MARA dan berkaitan.  Bantuan ini TERHAD kepada mereka yang masih belum mendapat sebarang tajaan.  Usaha ini termasuk untuk pelajar-pelajar Tahun 1 sesi 2011/12.


3. Oleh itu, mohon kerjasama semua yang terlibat untuk mengisi link ini.  Sila pastikan makluman ini diisi SEGERA sebelum 25hb Februari 2012.

4. Mohon warwarkan kepada semua rakan yang terlibat.  Doa agar urusan kita dipermudahkan dan semoga anak2 berjaya di Dunia dan Akhirat.


Salam,
UmmiMM

Sunday, 12 February 2012

Ya Allah! Aku memohon pertolonganMU buat anak2 kami di Mesir !

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim !

Disaat anak2 kami berada didalam fasa imtihan......samada bagi yang akan memulakannya esok atau yang baru selesai hari ini atau yang akan mula mendapat keputusan masing-masing bermula minggu depan....

SENARAI NAMA PEMBAYARAN YURAN UNIVERSITI TANTA SETAKAT 6HB FEBRUARI 2012

Assalamualaikum wbth,
Semoga anak-anak diMesir didalam pemeliharaan Allah swt.  Semoga diberi kekuatan dan dipermudahkan imtihan yang bermula esok.
Dibawah adalah senarai nama-nama yang telah membayar yuran melalui MedicMesir.  Sila buat semakan nama masing-masing. Ini adalah senarai setakat 6hb Feb 2012.  Jika anda telah membayar dan nama TIADA didalam SENARAI, sila maklum di link ini. 


Semoga dipermudahkan segala urusan dan Harap Maklum,


Salam,
UmmiMM


SENARAI NAMA PEMBAYARAN YURAN MELALUI MEDICMESIR SETAKAT 12HB FEB 2012

Friday, 10 February 2012

TAKLIMAT MEDICMESIR SESI 2012 ESOK, SABTU, 11hb FEB 2012 di FAKULTI PERUBATAN, UPM SERDANG

Assalamualaikum wbth,

MedicMesir mengadakan beberapa siri taklimat seperti yang tertera di blog ini.  Pelajar-pelajar lepasan SPM 2011 atau sebelumnya yang berminat untuk mengikuti pengajian perubatan diMesir adalah dijemput untuk menghadiri sesi taklimat ESOK, 11.02.2012, jam 10-12tghri.

Taklimat ini penting sebelum mana-mana pelajar membuat keputusan untuk keMesir. Masuk ke talkimat adalah PERCUMA.  Sila warwarkan kepada rakan-rakan lain.

Pihak MedicMesir memohon kerjasama agar pelajar yang berminat untuk hadir agar mengisi borang kedatangan di link ini.  Semoga taklimat ini mendatangkan manfaat.

Salam,
UmmiMM

Thursday, 9 February 2012

SLIP KEPUTUSAN TAHUN 1 ALEXANDRIA UNIVERSITY SESI 2010/11

Assalamualaikum wbth,
Semoga anak2 di Alexandria didalam kesihatan dan iman yang terbaik.
Alhamdulillah, setelah UmmiMM berbincang dengan Dekan, Fakulti Perubatan, Universiti Alexandria, pihak Universiti bersetuju untuk mengeluarkan slip keputusan bentuk format baru seperti dibawah.  Pihak Universiti akan mengambil masa selewat-lewatnya seminggu untuk menyiapkan slip untuk setiap pelajar, tetapi masih sempat untuk digunakan bagi tujuan permohonan JPA. InshaAllah.  
Mohon agar dipermudahkan segala urusan tajaan.  Rabbuna Yusahhil.


Salam,
UmmiMM

Wednesday, 8 February 2012

YURAN PROGRAM PERGIGIAN ~ TANTA UNIVERSITY

Assalamualaikum wbth,
1.  Semoga anak2 dan ibubapa MM semua didalam pemeliharaan Allah swt.  Alhamdulillah, MedicMesir telah mengadakan perbincangan dengan pihak Fakulti Pergigian, Tanta University mengenai isu yuran program MOU 'preDental' sesi 2011/12.
2. Memandangkan pada asalnya kebanyakan pelajar yang memohon sebelum tarikh permohonan KPT ditutup iaitu pada 31hb Mei 2011 telah ditawarkan program pergigian G2G. Pihak universiti kemudian mengeluarkan tawaran kepada beberapa pelajar dengan kadar yuran G2G.
3.  Namun, sebabkan pelajar G2G tidak ramai. Maka, pihak Universiti menempatkan kesemua pelajar Melayu didalam satu kelas khas yang terdiri dari semua pelajar Melayu dan mengenakan yuran kadar MOU pada kesemua pelajar, iaitu 8000USD setahun.
4.  Ekoran perkara diatas, pada asalnya, pihak Universiti secara dasar bersetuju untuk menurunkan sedikit yuran tahun pertama program pergigian, preDental.  Namun dukacitanya, pertemuan akhir Januari 2012, pihak Universiti menarik balik persetujuan awal atas alasan, kebanyakan pelajar, terutamanya dari agensi selain MedicMesir telah menjelaskan yuran masing-masing.  Dikacamata pihak Universiti, pelajar tidak menghadapi sebarang masalah untuk membayar yuran kadar MOU, 8000USD.
5.  Bagaimanapun, pihak tertinggi universiti hanya bersetuju yuran preDental 2000usd dan 8000 usd utk tahun 1-4 untuk pelajar preDental berkuatkuasa  sesi 2012 / 13.
6.  Oleh itu, yuran bagi pelajar preDental sesi 2011/12 perlu dibayar selewat-lewatnya 1hb Mac 2012.  Bagi yang memohon pengeluaran KWSP, surat bagi maksud tersebut akan dikeluarkan selewat-lewatnya, Ahad, 12hb Februari 2012. Yuran bagi yang membuat pengeluaran KWSP mesti sampai ke univesriti sebelum 1hb April 2012.
7. Pihak Universiti membenarkan bayaran 4000USD selewat-lewatnya 1hb Mac 2012 dan bakinya sebelum 1hb June 2012.
8. Cara membayar samada;
a. IbuBapa menyediakan deraf sendiri atas nama "Dean, Faculty Of Dentistry, Tanta University" atau
b. Melalui MedicMesir dengan cara bank in jumlah RM12800(4000USD) atau RM25600 (8000USD) ke akaun CampusCity Management, Maybank, 512802506800.
Sila fax ke 03 89423827 dengan menyatakan nama pelajar dan program serta NO HP penjaga.
9. Untuk urusan yuran, sila berhubung samada di email medicmesir@gmail.com atau Cik Norshahura di talian 9-5ptg.


MedicMesir mengucapkan jutaan maaf kerana kegagalan membantu menurunkan yuran utk tahun ini. Doa kami agar segala urusan selanjutnya dipermudahkan segalanya.


Salam,
UmmiMM

Monday, 6 February 2012

YURAN PROGRAM PERUBATAN ~ TANTA UNIVERSITY

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1.  Merujuk kepada notis yang dikeluarkan oleh pihak Universiti mengenai halangan untuk masuk ke dewan imtihan bagi pelajar-pelajar yang tidak menjelaskan yuran pengajian.  Sila ambil maklum, Ummi dan Exco MMTanta telah berbincang dengan pihak tertinggi Universiti Tanta dan Alhamdulillah, pihak Universiti telah menarik balik halangan tersebut.  Bagaimanapun, pihak Universiti Tanta berharap agar yuran dapat dijelaskan sebelum peperiksaan akhir tahun bermula.

2.  Oleh itu, sila beri fokus kepada imtihan yang akan bermula dalam seminggu dan jangan jadikan isu yuran sebagai sesuatu yang merungsingkan.  Khuatir akan menjejaskan prestasi imitihan ini.  MedicMesir selaku agensi yang bertangungjawab akan sentiasa membantu sedaya upaya bagi mendapatkan kelonggaran dari pihak tertinggi Universiti.

3. Semoga Berjaya semua dan Ummi doakan agar imtihan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Ameen.

Salam Sayang,
UmmiMM

PENERIMA ZAKAT SELANGOR 2012 dan RAYUAN BAGI ANAK-ANAK SELANGOR YANG TERCICIR DARI SENARAI

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Alhamdulillah, senarai nama bagi pemohon zakat Selangor untuk Tahun Dua dan keatas telah pun diumumkan melalui Blog HAL EHWAL PELAJAR SELANGOR MESIR (Klik di link).  TAHNIAH bagi yang BERJAYA dan berharap agar wang zakat ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

2. Tahun Dua keatas yang namanya tercicir dari senarai
Memandangkan ada juga nama-nama pelajar MedicMesir yang tercicir dari senarai ini.  Oleh itu, MedicMesir akan mengumpul semua nama-nama dan akan mengemukakannya kepada Zakat Selangor melalui pejabatnya di Shah Alam.  Sudah mendapat tajaan JPA dan MARA  bukan alasan bagi zakat tahun 2 ditolak, kecuali bagi pelajar yang ke Mesir melalui tajaan MARA atau JPA dari Tahun 1.  Untuk tujuan rayuan yang dikelolakan oleh MedicMesir, mohon sekiranya anda memaklumkan melalui borang ini dan sila email keputusan akademik tahun lepas anda ke medicmesir@gmail.com. 
Sila nyatakan didalam subjek email : 
RAYUAN ZAKAT SELANGOR 2012 (NAMA PENUH ANDA)
Untuk kes rayuan, MedicMesir akan menghantar senarai nama dan keputusan peperikasaan ke Pejabat Zakat , Shah Alam pada 15hb Februari 2011. Oleh itu sila pastikan nama dan dokumen diemail sebelum tarikh tersebut.

3.  Pelajar Tahun 1
Bagi yang belum melaporkan diri di rumah Selangor atau menghantar sebarang borang Zakat Selangor di Malaysia, anda dikehendaki berbuat demikian secepat mungkin di pejabat Shah Alam. Sila berhubung dengan Puan Maizatul di talian 03 55227700.  Bagaimana pun, bila waktu yang terluang atau waktu cuti, pelajar dinasihati untuk melapor diri untuk mengemaskini rekod di pejabat Hal Ehwal Selangor.
Bagi yang memerlukan 'Surat Pengesahan Tiada Tajaan'.  Sila nyatakan nama dan email anda di link ini.  Pihak MedicMesir akan menghantarnya melalui email kepada anda untuk urusan permohonan zakat.

Antara dokumen tambahan  yang diperlukan adalah :-
a. Surat Tawaran atau Terjemahan Tasdiq Kuliah yang disempurnakan di EME
b. Boading slip (scan memadai)
c. Chop muka hadapan semasa masuk ke Mesir (scan memadai)

4.  Pegawai rujukan untuk tujuan zakat di MedicMesir
Segala pertanyaan mengenai Zakat Selangor, sila berhubung dengan Cik Ain di talian 03 8945 9030 (pada waktu pejabat).  Semoga usaha ini membantu dan memberi natijah yang positif.

Salam,
UmmiMM


Sunday, 5 February 2012

Rasulallah saw sebagai 'ROLE MODEL' !

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum wbth, 


UMMATI…..UMMATI….UMMATI……
Syukor Alhamdulillah….kerana kita dilahir dikalangan Umat Rasulallah saw ! Betapa RasulAllah saw sayang kepada umatnya sehingga diakhir hayatnya beliau masih mengenangkan masa depan umatnya.  Rasulallah saw yang dibesarkan sebagai anak yatim melalui fasa kehidupan dari kanak-kanak, anak muda, suami, ayah, sahabat  dan  pemimpin.

Setiap fasa kehidupan beliau adalah perfect ‘role model’ buat kita yang idamkan satu kesempurnaan dalam kehidupan.  Sifat-sifat Idola yang ditampilkan oleh Rasulallah saw dalam setiap fasa kehidupannya dengan memiliki sifat rahmah, pemaaf, tolerasani yang tinggi, merendah diri, mengutamakan orang lain, amanah, kuat bekerja, bakat kepimpinan terhebat,  tidak mudah putus asa dan kebergantungan kpd Allah swt!

Allahu Akbar ! Harapan Ummi agar, ‘role model’ ini menjadi inspirasi kita dalam kehidupan sehari-hari.   Alangkah beruntungnya kita, sunnah Rasulallah saw yang tersedia menjadi sumber kedua bagi kehidupan setiap orang Muslim, tersedia untuk kita menjadikan ianya sumber tanpa kita perlu mencari idola-idola rekaan dan berubah-ubah.

Kita sering memperbaharui azam setiap tahun baru Hijrah atau Masihi.  Alangkah, cantiknya sempena Maulidur Rasul ini, kita cuba muhasabah diri kita. Di mana KITA sekarang jika dibandingkan dengan ‘role model’ yang ditinggalkan oleh Rasulallah saw. Jika KITA hanya 1%, berusahalah agar esok lusa peratusan ini meningkat dan terus meningkat. Jika perlu dipaksa, sesungguhnya ianya adalah lebih baik. 

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” [al-Ankabut, ayat 69]

Pasti InshaAllah, Kita akan menjadi insan tersayang dan sentiasa didalam Redha Allah swt
Selawat dan Salam serta Maqam yang terpuji bagi RasulAllah saw

Salam rindu dari Malaysia buat anak2 tersayang,
Nahnu Nuhibbukum Fillah
UmmiMM

Thursday, 2 February 2012

Pinjaman Yuran Luar Negara JPA 2012

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, Pinjaman Yuran Luar Negara telah dibuka lagi untuk sesi 2012. Permohonan ini TERBUKA semua pelajar yang telah memperolehi keputusan Tahun 1.

Mohon agar pelajar-pelajar MedicMesir menyegerakan proses permohonan. Sila ambil maklum tarikh tutup adalah pada 29hb Feb 2012.

Sila mohon di link ini. BORANG ONLINE PINJAMAN YURAN LUAR NEGARA 2012

Segala pertanyaan sila berhubung melalui email medicmesir@gmail.com

Wasallam,
UmmiMM