Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167
Showing posts with label JPA. Show all posts
Showing posts with label JPA. Show all posts

Monday, 13 January 2014

DOKUMENTASI UNTUK PELAJAR YANG BARU MENERIMA KELULUSAN TAJAAN JPA 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

ALHAMDULILLAH, hari ini JPA telah memberi kelulusan kepada beberapa kes rayuan tajaan JPA untuk pelajar-pelajar Perubatan yang memperolehi Jayyid Jiddan.

TAHNIAH ! Sila lengkapkan dokumen anda. Dokumen serta 'medical check up' boleh diserahkan kepada pegawai MM di muhafazah untuk dihantar ke Malaysia dalam masa  terdekat.

Kepada yang tidak berjaya, sila semak terus dengan pihak JPA. Pastikan anda memohon semula pada sesi Februari 2014.

Harap Maklum dan Semoga dipermudahkan 

Salam,
UmmiMM

Thursday, 3 October 2013

RAYUAN AWAL TAJAAN JPA UNTUK PERMOHONAN SESI KEDUA 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada permohonan JPA pada bulan Julai 2013 seperti didalam LINK ini.

2. Seperti yang sedia maklum, keputusan tajaan JPA akan diumumkan pada 25hb Oktober 2013. Keputusan ini amatlah penting buat anak-anak yang mengharapkan tajaan JPA tersebut. 

3. Tajaan ini juga sekali gus, MUNGKIN, memberi peluang samada untuk anak-anak yang ingin meneruskan pengajian di Mesir, mahupun di Malaysia.

4. Untuk membantu MedicMesir membuat 'follow up' dan rayuan awal, mohon kerjasama semua pelajar MedicMesir yang memohon untuk mengisi BORANG MAKLUMAN dan RAYUAN JPA.  Buat masa ini, MedicMesir akan mengemukakan 'prioriti rayuan' kepada pelajar-pelajar mendapat Jayyid Jiddan dan MUMTAZ.  Bagaimanapun, pelajar selain dari itu digalak untuk mengisi borang ini. Rayuan ini akan dibuat melalui Persatuan. InshaAllah. Bagaimanapun, hak kelulusan adalah hak mutlak JPA.

5. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga Mesir kembali tenang bagi membolehkan anak-anak meneruskan pengajian dengan selesa. Ameen Ya Rab.

Salam,
UmmiMM

MAKLUMAN TAJAAN JPA / MARA UNTUK PELAJAR YANG MEMOHON PINDAHAN KREDIT

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. MedicMesir telah mendapat banyak pertanyaan dari ibubapa / pelajar berkaitan dengan persoalan samada pihak penaja terutamanya JPA / MARA masih meneruskan tajaan apabila anak-anak menyambung di Malaysia.
2. Bersama ini di kepilkan sedikit makluman dari mesyuarat di Kementerian Pendidikan Malaysia. Apa yang dinyatakan adalah satu keputusan kabinet Menteri. Ini merangkumi pelajar biasiswa mahupun pinjaman.  Bagaimanapun, sila berhubung dengan penaja masing-masing untuk perlaksanaan dan maklumat yang lebih terperinci.  Taklimat yang diadakan oleh pihak penaja adlah juga dirujuk.

3. Pelajar-pelajar diminta membuat penilaian yang terbaik didalam memilih samada menyambung di Malaysia atau meneruskan pengajian di Mesir. Sila ambil kira aspek silibus dan sistem di Malaysia, selain dari memikirkan isu keselamatan sahaja di Mesir. Semoga Allah berikan panduan buat semua. 

Semoga makluman ini bermanfaat. 

Salam,
UmmiMM

Thursday, 8 August 2013

URUSAN TAJAAN PELAJAR MEDICMESIR BAGI SESI 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Salam Eidulfitri. Maaf Zahir Batin. Taqabbal Allahu Minna wa Minkum. Semoga sentiasa didalam pemeliharaan Allah swt. Semoga Allah memberi keamanan serta perlindungan buat saudara2 kita di bumi Mesir. Semoga Allah kembalikan yang HAQ dan musnahkan yang BATIL dan Mesir kembali aman. Ameen.

2. Posting ini merujuk kepada hal-hal berkaitan tajaan anak-anak MedicMesir untuk tahun 2013. Posting ini bukan sahaja ditujukan kepada anak-anak Tahun 1 tetapi untuk kesemua yang masih belum mendapat apa jua tajaan. Posting terdahulu yang ditujukan untuk anak-anak Mansoura Manchester juga adalah dirujuk. Ini adalah kerana anak-anak MedicMesir di Universiti lain turut perlu mengambil langkah yang sama. Rujuk Link  http://medicmesir.blogspot.com/2013/06/keputusan-mansoura-manchester-tahun-1.html

3. Alhamdulillah, hampir kesemua Universiti telah mengumumkan keputusan akhir tahun, kecuali Program Perubatan, Alexandria University (kedudukan setakat 7hb Ogos 2013).  TAHNIAH kepada yang BERJAYA, yang kurang cemerlang atau bagi mereka yang berhadapan dengan Dhur Thani, gunakan PELUANG KEDUA ini terbaik mungkin. Ummi akan tidak putus-putus mendoakan kejayaan anak-anak kesemuanya.

Tuesday, 16 July 2013

Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara (SPYPLN) Sesi Julai 2013


Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth, 
1. Semoga dilimpahi keberkatan Ramadhan dan diberi kekuatan beribadah didalam bulan Ramadhan.
2. Posting ini merujuk kepada permohonan tajaan JPA bagi pelajar yang telah menamatkan Tahun 1 di Mesir.
3. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan Skim Yuran Pengajian Luar Negara (SPYPLN) bagi pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama akan dibuka mulai 16 Julai 2013 jam 5 petang hingga 18 Ogos 2013. Syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dalam borang permohonan online. LINK PERMOHONAN 

3. Dokumen sokongan yg diperlukan pihak JPA bg mereka yg layak dan terpilih seperti berikut : 

1. Slip pengesahan penerimaan permohonan online;
2. Salinan Kad Pengenalan (Pelajar, ibubapa/penjaga & adik-beradik);
3. Salinan Surat Beranak (Pelajar & ibubapa/penjaga);
4. Salinan Pasport (Pelajar);
5. Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti/institusi (Unconditional Offer) dan 
disertakan maklumat kos yuran pengajian setahun dan sepanjang pengajian;
6. Salinan keputusan peperiksaan peringkat Ijazah Pertama untuk tahun-tahun sebelumnya;
7. Salinan Sijil SPM / Sijil STPM / Matrikulasi / Diploma / A- Level / IB / Lain-lain;
8. Salinan slip gaji ibubapa / penjaga;
9. Salinan kad pencen ibubapa / penjaga; dan
10. Salinan Borang EA (Swasta) dan Borang EC (Kerajaan) ibubapa / penjaga untuk 2 tahun terkini.
11. Salinan “No Objection Certificate (NOC)” daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk kursus perubatan, pergigian dan farmasi sahaja.
12. Salinan bukti bagaimana pemohon dapat menampung kos sara hidup dan lain-lain kos semasa mengikuti pengajian di luar negara. Contoh: salinan buku penyata bank, ASB dan lain-lain.
13. Semua dokumen sokongan mestilah dikepilkan (binding) dan disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan dihantar ke alamat seperti berikut:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
(u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)

4. Pelajar MedicMesir yang membuat permohonan ini diminta mengisi makluman anda didalam link ini. Ini bagi memudahkan MedicMesir membuat tindakan susulan. InshaAllah.  Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan memohon tajaan ini. Ameen.

Salam,
UmmiMM


Wednesday, 12 June 2013

KEPUTUSAN / TAJAAN / PEPERIKSAAN ULANGAN ~ MANSOURA MANCHESTER TAHUN 1 SESI 2012

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Alhamdulillah ! Keputusan Tahun 1 & 2 Mansoura Manchester telah pun diumumkan. TAHNIAH kepada yang berjaya cemerlang. Yang kurang cemerlang, USAHA lagi. DON'T GIVE UP ! 

2. Untuk Tahun 1 Sesi 2012 / 2103, hanya seorang pelajar Malaysia sahaja yang BERJAYA menduduki di 'Top 10', selainnya adalah pelajar-pelajar dari bumi Mesir. Kita berharap lebih ramai pelajar Malaysia lagi akan berjaya mendapat tempat teratas didalam ranking Universiti pada masa hadapan. TAHNIAH Muhammad Azfar bin Adam !  MedicMesir tumpang berbangga dengan kejayaan anda.  MedicMesir didalam proses membuat analisa keputusan dan InshaAllah akan dikongsi kelak di blog ini.

3. Shukran kepada pasukan JOM! Mumtaz Mansoura Manchester. Semoga segala pengorbanan serta sumbangan diterima Allah sebagai amal soleh.


4. Alhamdulillah, MedicMesir mempunyai salinan keputusan Sem 1 dan Sem 2. Bagi ibubapa yang berminat mendapatkan salinan keputusan tersebut, sila isikan makluman anda disini. Pihak MedicMesir akan email salinan slip peperiksaan selepas jam 2 petang pada hari Khamis, 13hb June 2013. InshaAllah.

5. Bagi pelajar yang belum memperolehi NOC atas sebab C didalam SPM sebelum berangkat ke Mesir, dinasihati berbuat demikian dengan kadar segera. Sila 'download' borang NOC disini dan kepilkan keputusan peperiksaan anda. Sila hantar terus kepada pelajat KPT dialamat yang tertera didalam borang ini.

6. Permohonan JPA akan mula dibuka pada 1hb Julai 2013. Bagaimanapun, sila sediakan dokumen-dokumen yang berpatutan sebelum permohonan tajaan dibuka.

7. Bagi permohonan MARA, sila download borang MARA di link ini. Mohon agar difotokopi muka depan dengan warna ungu dan yang lain nya putih seperti biasa. Sila isi didalam 2 salinan. Salinan pertama dihantar terus ke ibu pejabat  MARA dan salinan kedua dihantar terus ke MedicMesir (hanya melalui pos). Untuk salinan MedicMesir, rayuan akan dibaut terus melalui pejabat Perdana Menteri.  Sampul pos tersebut, sila nyatakan di bahagian kanan belakang sampul <NAMA><MANSOURA MANCHESTER> <PERMOHONAN MARA 2013> yang akan dipos ke pejabat MedicMesir . Sila postkan ke MedicMesir , 17-1, Jalan Equine 9A, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan (Tel: 03 8945 9030). Sila hantar selewat-lewatnya 15hb Julai 2013.

8. Bagi pelajar yang mengulangi imtihan Sem 2, sila pastikan persiapan dibuat sebaiknya untuk imtihan ulangan. Mohon balik lebih awal dari tarikh peperiksaan bagi mengelakkan sebarang permasalahan lain.

9. TAHNIAH kerana berjaya naik ke Tahun 2.  Semoga dipermudahkan segala urusan. Berjaya DUNIA dan AKHIRAT. InshaAllah. Ameen.

Shukran dan Salam,
UmmiMM


Friday, 26 April 2013

KEPUTUSAN PERMOHONAN TAJAAN JPA ~ SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN LUAR NEGARA

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada permohonan tajaan JPA diatas serta link terdahulu mengenai perkara yang sama.

http://www.medicmesir.blogspot.com/2013/02/rayuan-tajaan-buat-pelajar-yang-lulus.html

3. InshaAllah, keputusan permohonan tajaan JPA ini boleh di dapati bermula dari hari ini di link ini http://www.jpa.gov.my/

4. TAHNIAH kepada yang BERJAYA. Kepada yang TIDAK, usaha lagi yang TERBAIK mungkin didalam IMTIHAN yang akan bermula tidak lama lagi.

RAYUAN JPA

5. Semua pemohon samada BERJAYA atau GAGAL diminta untuk mengemaskini makluman anda di LINK INI.

6. Bagi mereka yang GAGAL, sila emailkan kepada shida.medicmesir@gmail.com selewat-lewatnya Sabtu 27hb April , 12 tghri :-
     a. Paparan skrin yang menyatakan anda GAGAL dan
     b. Slip peperiksaan terakhir 
Nyatakan didalam 'SUBJECT' email : <NAMA><PROGRAM> <TAHUN PENGAJIAN><UNI> <Rayuan JPA 2013>

7.  MedicMesir akan berusaha untuk mengenegahkan RAYUAN SECARA BERKELOMPOK untuk mereka yang LAYAK tetapi GAGAL.

8.  Usaha dan DOA yang TERBAIK buat semua. Semoga Allah permudahkan segala urusan anak-anak untuk BERJAYA dunia dan akhirat.

Salam Ikhlas,
UmmiMM

Wednesday, 27 March 2013

RAYUAN BERKELOMPOK - TAJAAN JPA / MARA UNTUK PELAJAR TAHUN 2 /3 ( KEPUTUSAN JAYYID)


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt. Doa agar segala usaha kita dipermudahkan oleh Allah swt.

Rayuan Tajaan MARA
2. Posting ini merujuk beberapa posting yang awal mengenai usaha MedicMesir untuk mendapatkan tajaan MARA bagi pelajar-pelajar MedicMesir. 

Thursday, 7 March 2013

STATUS TAJAAN MARA ATAU JPA BAGI PELAJAR TAHUN 2 / 3 (MUMTAZ ATAU JAYYID JIDDAN)


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha.

2. Posting ini merujuk kepada semua pelajar Tahun 2 dan 3 yang MUMTAZ atau JAYYID JIDDAN.  Setakat semakan yang dibuat setakat hari ini, 7hb Mac 2013, semua nama-nama pelajar MedicMesir yang Mumtaz atau Jayyid Jiddan semasa Tahun 1 telah berjaya mendapat samada tajaan JPA atau MARA.


3. Senarai ini merujuk kepada Borang MARA yang telah dihantar akhir tahun lepas melalui MedicMesir atau terus kepada pihak MARA.

4. Untuk tujuan pengemasan rekod, MedicMesir memohon mana-mana pelajar yang didalam kategori diatas, tetapi masih belum mendapat surat kelulusan MARA atau apa jua tajaan untuk memaklumkannya melalui borang di link ini.  Sila maklum sebelum 15hb Mac 2013.  Makluman ini amat lah penting, sebab, ini adalah 'pusingan terakhir' sekiranya ada keciciran yang berlaku.  Ini adalah juga bagi merealisasikan komitmen MedicMesir  didalam memastikan semua yang MUMTAZ atau Jayyid Jiddan berjaya mendapat tajaan masing-masing. 

5. Sila ambil maklum, minggu ini terdapat satu batch kelulusan. Bagi sesiapa yang mempunyai dokumen untuk tujuan 'Medical Checkup' . Mohon ibubapa masing-masing untuk scan borang tersebut terus kepada pelajar untuk urusan selanjutnya.

6. Semua dokumen berkaitan 'Surat Perjanjian TAjaan serta Xray ', boleh dihantar ke Malaysia melalui pegawai MedicMesir di muhafazah masing-masing. 

7. TAHNIAH ! Usaha dengan lebih terkun, semoga peluang yang diberikan tidak disia-siakan begitu saja. Mohon doa, agar dipermudahkan segala urusan demi kejayaan dunia dan akhirat. 

Salam,
UmmiMM

Sunday, 17 February 2013

RAYUAN TAJAAN ELAUN SAKU TAMBAHAN PELAJAR JPA 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wtbh,

1. Semoga anak2 semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.


2. Posting ini dalah merujuk kepada rayuan pelajar-pelajar JPA yang dibawah Program Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara.
3. Untuk makluman, semasa pertemuan yang dibuat oleh UmmiMM bersama YAB Perdana Menteri di Mesir pada bulan Januari 2013 yang lepas, hanya isu pelajar MARA yang diketengahkan. Perbincangan yang berlaku pada waktu tersebut hanya berkisar kepada tajaan MARA dan dalam masa yang sama tiada wakil dari pelajar JPA yang mengutarakan permasalahan mereka. Rujuk posting terdahulu di link ini 
http://medicmesir.blogspot.com/2013/02/rayuan-tambahan-elaun-wang-saku-bagi.html

Thursday, 7 February 2013

RAYUAN TAJAAN BUAT PELAJAR YANG LULUS KE TAHUN 2 TAPI MASIH TIADA TAJAAN


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan untuk istiqamah didalam mujahadah ini.

2. Posting terdahulu mengenai usaha rayuan mendapatkan wang saku bagi mereka yang telah mendapat tajaan MARA dan JPA adalah dirujuk http://www.medicmesir.blogspot.com/2013/02/rayuan-tambahan-elaun-wang-saku-bagi.html

3.Oleh itu, posting ini merujuk kepada anak-anak MedicMesir yang masih belum mendapat tajaan.  Sila ambil maklum, seperti biasa tajaan JPA atau MARA adalah untuk mereka yang memperolehi Jayyid Jiddan dan Mumtaz. Namun, memandangkan ada juga beberapa kes sebelum ini kelulusan diberikan kepada mereka yang memperolehi keputusan Maqbul dan Jayyid. Oleh itu, MedicMesir mengambil peluang untuk menghantar rayuan untuk mereka yang memperolehi Maqbul dan Jayyid juga.

4. Sila ambil maklum bahawa, ini adalah usaha tambahan MedicMesir didalam memastikan anak-anak MedicMesir diberi peluang tajaan. Bagaimanapun, keputusan adalah HAK MUTLAK penaja.

5.  Rayuan ini dengan anggapan, anda telah memohon JPA atau MARA pada tahun 2012, tetapi keputusan GAGAL atau TIADA BERITA. 

6. Apa jua pun keputusan peperiksaan anda, sila pastikan anda memohon JPA yang kini dibuka sehingga 28hb Februari 2013. Segala permohonan sila berurusan terus dengan JPA.
Mohon di link ini http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PYLN

6. HANYA BAGI UNTUK TUJUAN RAYUAN, mohon kesemua anak-anak MedicMesir yang masih belum mendapat tajaan setakat hari ini mengisi makluman dilink ini.
BORANG RAYUAN TAJAAN JPA / MARA 2013

7. Untuk tujuan ini, mohon untuk email slip keputusan terakhir ke email zana.medicmesir@gmail.com sebelum 15hb Februari 2013. Untuk memudahkan urusan sila hantar email dengan subjek : NAMA PELAJAR (RAYUAN TAJAAN).

8. Segala pertanyaan sila email ke zana.medicmesir@gmail.com. Semoga usaha ini dimudahkan dan mendatangkan manfaat. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Monday, 4 February 2013

RAYUAN TAMBAHAN ELAUN WANG SAKU BAGI PELAJAR JPA DAN MARA


Assalamualaikum wbth,


1. Semoga anak2 serta semua warga MedicMesir sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada perbincangan UmmiMM bersama YAB Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa kunjungan beliau ke Mesir baru-baru ini.

3. Rayuan yang telah dikemukakan kepada YAB Dato' Seri adalah berkenaan dengan tajaan MARA dan JPA yang tidak merangkumi elaun wang saku. Setelah penerangan dan perbincangan mengenai hal ini secara peribadi, YAB Dato Seri Najib telah bersetuju untuk meneliti rayuan mengenai perkara diatas.


TINDAKAN LANJUT
4. Bagi memudahkan urusan pihak Jabatan Perdana Menteri, maka, dengan ini, MedicMesir menyediakan RAYUAN KHAS beserta dengan perangkaan peruntukan tambahan yang diperlukan mengikut permohonan yang diterima. 

5. Untuk tujuan belanjawan, MedicMesir ingin mengemukakan belanjawan sebenar yang diperlukan dan setiap permohonan dianggap sebagai permohonan individu.

TINDAKAN PELAJAR MEDICMESIR YANG BERMINAT
6. Setiap pelajar yang berminat, sila sediakan :
a. Surat rayuan untuk maksud diatas dialamatkan kepada YAB Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. Surat tersebut mestilah ditulis 'dengan tangan' dan terhad kepada 1 mukasurat sahaja. Surat berkenaan mestilah menyatakan nama penuh anda / alamat Malaysia / alamat Mesir dan No Kad Pengenalan. Sila nyatakan sebab-sebab rayuan.
b. Kepilkan keputusan terakhir anda 
c. Kepilkan muka hadapan surat kelulusan MARA atau JPA 
(sila pastikan di stapler mengikut turutan dan sila hantar tanpa envelope).
Ini memudahkan urusan kompilasi di MESIR.


7. Sila ambil maklum, surat berkenaan perlu diserahkan kepada ketua batch MedicMesir di semua muhafazah sebelum 7hb Februari 2013 jam 12 tghri. Segala rayuan atau dokumen selepas 7hb Februari tidak akan diterima.

8 Bagi mereka yang telah menghantar dokumen rayuan diatas, mohon isikan maklumat anda dilink ini MAKLUMAT RAYUAN MEDICMESIR .
Sila ambil maklum, rayuan tidak dihantar tanpa dokumen di para 6

9. Sila ambil maklum, bahawa ini adalah usaha tambahan MedicMesir didalam membantu pelajar-pelajar setelah perbincangan awal yang telah dilakukan terus dengan YAB Perdana Menteri.

10. Mohon doa semua agar usaha ini BERJAYA. Segala nikmat dan rahmat adalah dari Allah dan semoga dengan kelulusan ini menjadikan anak2 MedicMesir pelajar perubatan yang lebih bersedia untuk menyumbang tenaga kepada Ummah. Ameen

Salam Sayang,
UmmiMM

Tuesday, 16 October 2012

MAKLUMAN TAJAAN JPA / MARA dan PERMOHONAN MARA TERAKHIR SILA HANTAR DOKUMEN SEBELUM KHAMIS 18hb OKTOBER 2012


Assalamulaikum wbth,


1. Semoga anak2 serta semua warga MedicMesir sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada posting terdahulu mengenai TAJAAN 2012. Rujuk


3. Posting ini juga merujuk kepada perancangan MedicMesir untuk mengadakan TAKLIMAT MARA bagi pelajar-pelajar yang 'tidak' mendapat JPA. Rujuk http://medicmesir.blogspot.com/2012/08/taklimat-pinjaman-mara-2012-keputusan.html

Sila ambil maklum
4. Memandangkan proses JPA bermula lebih awal dari MARA, kebanyakan pelajar yang MUMTAZ atau JAYYID JIDDAN telah lebih awal mendapat kelulusan tajaan dari JPA. Dalam masa yang sama, bilamana MARA turut memproses semua borang MARA yang telah dihantar. Oleh itu, MedicMesir membatal keperluan taklimat ini.

PILIHAN JPA atau MARA
5. Status setakat hari ini,  semua permohonan yang dihantar sebelum tarikh 21hb September 2012 (rujuk link awal http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/08/taklimat-pinjaman-mara-2012-keputusan.html ) sepatutnya telahpun mendapat jawapan masing-masing.  Sila ambil maklum, buat masa ini kelulusan dihantar secara berperingkat.

6. Alhamdulillah, bagi pelajar yang samada MUMTAZ atau Jayyid Jiddan yang menghantar permohonan awal, mereka mendapat kedua-dua tajaan JPA dan MARA. Oleh itu, anda diperlukan untuk memilih salah satu. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. 

Kelebihan JPA : Dari segi penempatan 'housemanship', pelajar JPA akan diberi keutamaan. Bagaimanapun, ini bukan satu isu kerana semua pelajar yang mendaftar kelak dengan Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan perlu menjalani proses 'housemanship'. Kontrak ditetapkan selama 10 tahun.

Kelebihan MARA : Jika anda LULUS setiap tahun, anda hanya perlu membayar balik hanya 20% dari kos yang telah dikeluarkan.


Saranan MM, sesiapa yang telah mendapat JPA, sebaiknya menerima JPA agar memberi laluan kepada peruntukan MARA kepada yang gagal mendapat JPA.

KELULUSAN MARA UNTUK PELAJAR JAYYID

7. Alhamdulillah, atas nikmat Allah, MARA telah banyak meluluskan pelajar yang mendapat keputusan tahun pertama yang JAYYID juga.  Anak-anak hanya perlu memastikan permohonan telah disempurnakan.

PERMOHONAN MARA KUMPULAN TERAKHIR

8. Dalam masa yang sama, dukacita dan amat dikesali kerana ramai pelajar yang tidak ambil cakna untuk memohon tajaan MARA ini sungguhpun telah diberi makluman beberapa kali.

9. Oleh itu, MedicMesir berharap agar mana-mana pelajar yang masih belum memohon tajaan MARA agar dapat menghantar terus ke pejabat MARA borang permohonan masing-masing selewat-lewatnya Khamis, 18hb Oktober 2012. Sila hantar juga secara POS LAJU satu salinan kepada MedicMesir untuk memudahkan urusan susulan dengan pihak MARA.
Sila download borang MARA dari link ini. Sebaiknya muka depan sila cetak mengunakan kertas warna ungu cair.  Ini bagi membezakan ianya adalah permohonan dibawah ADHOC.  http://eduloan.mara.gov.my/themes/e-FORM.pdf

MINGGU TERAHIR URUSAN TAJAAN MARA 2012

10. Sila ambil maklum bahawa ini adalah minggu TERAKHIR MedicMesir menguruskan urusan Tajaan MARA. Mohon kerjasama anak-anak MedicMesir yang layak untuk mengambil cakna urusan tajaan masing-masing. 

MOHON KEMASKINI STATUS MASING-MASING DISINI

11. Kerjasama anda amatlah dihargai untuk mengemaskini status masing-masing.  Ini akan membantu MedicMesir membantu dan memastikan anak-anak MedicMesir tidak ketinggalan menerima tajaan. ISI DI LINK INI



INFO LANJUT
12. Segala pertanyaan mengenai urusan tajaan boleh lah berhubung dengan Cik Tini di talian 019 365 3444 (pada waktu pejabat )

13. MedicMesir mendoakan agar segala urusan tajaan anak-anak MedicMesir dipermudahkan Allah swt. Ameen Ya Rab !

Salam,


Wednesday, 3 October 2012

KEPUTUSAN TAJAAN JPA DAN MARA BAGI SESI 2012


Assalamulaikum wbth,

1. Semoga anak2 serta semua warga MedicMesir sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada anak2 yang kini sudah berada diTahun 2 keatas yang telah memohon tajaan JPA / MARA baru-baru ini (terutamanya Sesi Pengambilan 2011) .  Posting terdahulu adalah dirujuk iaitu:

a. Makluman TAJAAN JPA / MARA
http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/07/permohonan-tajaan-pengajian-perubatan.html
b. Permohonan MARA 
http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/03/permohonan-pinjaman-mara-bagi-sesi-2012.html
c. Borang AD HOC MARA
http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/08/taklimat-pinjaman-mara-2012-keputusan.html

3. Alhamdulillah, keputusan JPA telah pun diumumkan. TAHNIAH kepada yang BERJAYA.  Bagi yang TIDAK BERJAYA, usaha lagi.  

4. Alhamdulillah juga, MARA telah mengeluarkan SURAT TAWARAN TAJAAN MARA secara berperingkat seperti dibawah. 


5. Mohon anak-anak yang BERJAYA ataupun TIDAK untuk 'UPDATE STATUS TAJAAN' anda disini.

6. MedicMesir akan sentiasa memberi komitmen membantu anak-anak yang BERJAYA Cemerlang, sekurang2nya dengan keputusan MUMTAZ dan JAYYID JIDDAN.  Oleh itu, bagi mana-mana pelajar yang mendapat CEMRLANG tetapi masih tidak mendapat tajaan JPA atau MARA, Mohon dapat memberi update melalui borang yang disediakan untuk rayuan berkelompok.


7. TerimaKasih atas sokongan semua terhadap MedicMesir. Doakan agar MedicMesir terus diberi kekuatan dan kesabaran untuk melaksanakan kebaikan buat semua. 

Allahumma Yassir, Wala Tu'Assir. Rabbi Tammim BikKheir. Birohmatikaya Arhamarohimin.

Salam Sayang,




Monday, 24 September 2012

KEPUTUSAN Tajaan JPA 2012 / 2013

Assalamulaikum wbth,


1. Semoga anak2 MM sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.
2. Posting ini merujuk kepada pelajar Tahun ke2 dan keatas yang telah memohon tajaan JPA.  Sila ambil maklum bahawa keputusan Tajaan JPA yang sepatutnya diumumkan pada 21hb September 2012 di tangguh kepada 28 atau 29hb September  2012.


3.  Makluman terkini mengenai Pinjaman MARA akan di buat sebaik sahaja keputusan Tajaan JPA diumumkan.  Doakan agar segala urusan dipermudahkan Allah swt. Ameen

Salam Sayang ,



Friday, 14 September 2012

SLIP PEPERIKSAAN PROGRAM PERUBATAN TAHUN 1 ALEXANDRIA UNIVERSITY SESI 2011/12 ~ JPA

Assalamualaikum wbth,
1. Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt.
2. Alhamdulillah, Semua slip peperiksaan Tahun 1 2011/12 telah berada ditangan wakil pelajar MedicMesir di Alexandria. Slip tersebut telah diemail kepada semua pelajar MedicMesir. 
3. Bagi pelajar yang telah memohon JPA tetapi tidak menghantar keputusan keseluruhan Tahun 1 tempoh hari, diminta untuk menghantarnya dengan KADAR SEGERA selewat-lewatnya pada hari Selasa, 18hb September 2012.  Sila ambil maklum bahawa keputusan rasmi Tajaan JPA akan diumumkan pada 21hb September 2012. InshaAllah 

4. Bagi pelajar yang kini berada di Mesir atau diluar Kuala Lumpur, mohon SEGERA email slip berkenaan ke ummi.medicmesir@gmail.com untuk dihantar ke JPA dengan kadar segera.
5. Semoga dipermudahkan segala urusan tajaan anak-anak MM.

Salam,


Saturday, 3 March 2012

PERMOHONAN PINJAMAN MARA BAGI SESI 2012


Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak-anak MM sentiasa berada didalam pemeliharaan dan  rahmat Allah swt. Semoga terus diberi kekuatan untuk bermujahadah di jalanNYA.


2. Alhamdulillah, permohonan Pinjaman Pelajaran MARA untuk Program Perubatan dan Pergigian Luar Negara 2012 akan mula dibuka secara online di laman web www.mara.gov.my dari 17hb Mac sehingga 30hb Mac 2012.


3. Sila ambil maklum, pihak JPA akan menghantar nama-nama yang LULUS TAJAAN JPA 1/2012 kepada MARA.  Ini bagi mengelakkan duplikasi calon yang berjaya mendapat kedua-dua tajaan JPA dan MARA,  seperti tahun-tahun lepas.

Wednesday, 29 February 2012

RAYUAN AWAL JPA !


Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak2 MM sentiasa berada didalam pemeliharaan dan  rahmat Allah swt. 

2. Seperti yang semua sedia maklum bahawa hari ini, 29hb Februari adalah tarikh terakhir untuk memohon JPA ~  Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara Sesi 1/ 2012.  Sila pastikan apa jua keputusan Tahun 1 anda, permohonan secara online telah dibuat dan penghantaran dokumen  disempurnakan sebelum 7hb Mac. Kelazimannya, syarat yang dikenakan oleh pihak JPA adalah sekurang-kurang nya Jayyid Jiddan. Tapi, bagaimanapun, terdapat banyak kes dimana pelajar yang memperolehi Jayyid turut menerima tajaan JPA.

Tuesday, 28 February 2012

PERMOHONAN TAJAAN JPA AKAN BERAKHIR 2 HARI LAGI !

Assalamualaikum wbth,
Buat anak-anak serta keluarga MM yang dirahmati Allah swt.

Posting ini sebagai peringatan kepada posting terdahulu mengenai Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara Sesi 1/ 2012 http://medicmesir.blogspot.com/2012/02/assalamualaikum-wbth-alhamdulillah.html.

Sila ambil maklum bahawa permohonan akan tutup lagi 2 hari. Mohon sekiranya semua anak-anak MM memastikan permohonan dan berkaitan disiapkan hari ini, 28hb Feb 2012.

Bagi memudahkan usaha MedicMesir memantau permohonan ini, mhon sekiranya dapat memasukkan maklumat anda didalam LINK MAKLUMAN JPA 2012.  MM akan membuat 'follow up' seperti biasa untuk memastikan tiada permohonan yang LAYAK tercicir.

Ummi doakan agar semua permohonan anak-anak MM diluluskan dan dipermudahkan segala urusannya.
Ameen.

Salam,
UmmiMM

Thursday, 2 February 2012

Pinjaman Yuran Luar Negara JPA 2012

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, Pinjaman Yuran Luar Negara telah dibuka lagi untuk sesi 2012. Permohonan ini TERBUKA semua pelajar yang telah memperolehi keputusan Tahun 1.

Mohon agar pelajar-pelajar MedicMesir menyegerakan proses permohonan. Sila ambil maklum tarikh tutup adalah pada 29hb Feb 2012.

Sila mohon di link ini. BORANG ONLINE PINJAMAN YURAN LUAR NEGARA 2012

Segala pertanyaan sila berhubung melalui email medicmesir@gmail.com

Wasallam,
UmmiMM