Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167
Showing posts with label Mansoura. Show all posts
Showing posts with label Mansoura. Show all posts

Wednesday, 21 December 2016

{ NOTIS AKHIR BAYARAN YURAN KHAS UNTUK PROGRAM MANSOURA MANCHESTER }

                     
Assalamualaikum wbth, 

1. Sila ambil maklum, TARIKH AKHIR bagi memastikan yuran sampai ke pihak Universiti sebelum imtihan yang bermula 11.01.17 adalah pada 03.01.17. 

2. Yuran yang sampai selepas 03.01.17 tidak akan dijamin dapat di sampaikan ke pihak Universiti sebelum tarikh imtihan. 

3. Namun, pelajar tiada halangan untuk menyertai imtihan. Hanya, keputusan sahaja digantung jika tiada pembayaran pada saat keputusan imtihan diumumkan. 

4. Sila ambil maklum bahawa, 01.01.17 dan 02.01.17 adalah cuti umum di Malaysia. Oleh itu, MM akan hanya memproses semua yuran pada 03.01.17.

5. Mohon rujuk www.facebook.com/MedicMesir pada 03.01.17 untuk dapatkan kadar bayaran yang perlu dibayar.  Kadar yang digunakan sama seperti di Maybank. 

6. Harap Maklum & TerimaKasih atas kerjasama.
Kami doakan anak2 di Mesir diberi kekuatan dan berjaya didalam imtihan yang akan datang & seterusnya. 

7. Selamat Menyambut Tahun Baru. Semoga tahun 2017 akan lebih baik dan berjaya. Ameen.

Wassalam 

Yang Menjalankan Tugas,
Cik Shida, Akaun MM
+60 19 365 4555

Saturday, 30 April 2016

SENARAI NAMA PEMBAYARAN YURAN UNIVERSITI MANSOURA 2015/16 – JANUARI 2016 SEHINGGA 30 APRIL 2016

Assalamualaikum wbth,
Semoga pelajar-pelajar diMesir didalam pemeliharaan Allah swt.

Berikut merupakan senarai nama para pelajar yang telah menjelaskan yuran ke Universiti melalui MedicMesir.

Wednesday, 28 August 2013

KEMASKINI MANSOURA UNIVERSITI SETAKAT 27hb OGOS 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.


2. Bersama ini disertakan kemaskini dari Prof Dr Elsaid Abdel Hady, koordinator pelajar luar negara Mansoura University yang jelas maksudnya.  Bagaimanapun, anak-anak Mansoura diminta untuk menunggu pengumuman rasmi yang akan dikeluarkan oleh Education Malaysia Egypt dalam sedikit masa lagi.


3. Alhamdulillah, Mesir kembali tenang dan semoga anak-anak dapat meneruskan pengajian dengan tenang dan selesa. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Sunday, 30 December 2012

MAKLUMAN MANSOURA UNIVERSITY MENGENAI YURAN DAN PEPERIKSAAN

[BERITA MESYUARAT EXCO PELAJAR BERSAMA PIHAK MANSOURA UNIVERSITY]

Posting oleh wakil Tahun 1 MedicMesir ; Ummi Fatihah Rusli 

Assalamualaikum w.b.t

Susulan daripada mesyuarat bulanan bersama pihak Universiti Mansurah.

1. Mahasiswa/mahasiswi dikehendaki menyelesaikan yuran pengajian sesi 2012/2013 selewat-lewatnya selepas cuti musim sejuk (9hb Februari 2013) . Sesiapa yang gagal berbuat demikian, TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki sebarang bentuk peperiksaan.

2. Sistem kehadiran ke kuliah akan diperketatkan. Mahasiswa/mahasiswi TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki sebarang peperiksaan sekiranya kehadiran ke kuliah KURANG daripada 70%. Hanya sebab-sebab kecemasan dan mendapat kelulusan pihak universiti sahaja yang akan dipertimbangkan.

3. Tiada sistem ‘ta’jil’ pada tahun ini. Sesiapa yang tidak hadir pada hari peperiksaan, TIDAK DIBENARKAN untuk mengambil peperiksaan tersebut.

4. Pihak universiti telah menyediakan seorang pegawai penyelia bahagian visa pelajar. Sesiapa yang ingin berurusan, boleh berjumpa dengan Madam Marlene di Idarah ‘Ammah, hubungi di talian 012-23134137.

5. Layari laman sesawang rasmi Universiti Mansurah,http://www.mans.edu.eg/en dan facebook International Students Unit untuk sebarang maklumat terkini.

Terima kasih. Harap maklum.

Friday, 19 October 2012

JOM! Beribadah Qurban 1433H / 2012 di Mesir !


Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita sentiasa didalam pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah swt.
2. Alhamdulillah, tahun ini adalah  tahun ke 5, dimana MedicMesir merayakan ibadah qurban bersama anak-anak diMesir. Alhamdulillah, untuk tahun ini majlis akan diadakan di Mansoura dan di Tanta.  Anak-anak dari muhafazah lain akan diuruskan pengangkutan untuk sama-sama merayakan AidilAdha bersama rakan-rakan di Tanta atau Mansoura.
3. MedicMesir juga berterimakasih kepada pihak MARA atas sumbangan kepada Majlis Qorban MedicMesir diMesir. Alhamdulillah.
4. Bagi ibubapa yang berminat untuk menyempurnakan ibadah qorban di Mesir, bolehlah menyumbang melalui anak atau terus menghubungi MedicMesir di talian 019 6206167.
5. Untuk tujuan penyelarasan , Mohon mengisi BORANG IBADAH QORBAN DI MESIR 2012.


6. Semoga ibadah kita diterima Allah swt.  Ameen.

Salam,

Tuesday, 9 October 2012

JADUAL KULIAH MANSOURA CONVENTIONAL / REGULAR 2012


Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, bersama ini adalah jadual kuliah untuk Program Mansoura Conventional / Regular 2012.  Selamat menjalani kuliah dan sesi pembelajaran dengan tenang dan terbaik :-) Semoga dipermudahkan segalanya.

Salam,


Saturday, 6 October 2012

PENDAFTARAN JOM MUMTAZ UNTUK SESI PENGAJIAN 2012


Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,

1. Alhamdulillah, anak2 MedicMesir Sesi Pengajian 2012 telah selamat sampai ke bumi Mesir. 

2. Seperti yang anak2 serta ibubapa sedia maklum, MedicMesir menganjurkan Program JOM! Mumtaz bagi pelajar-pelajar yang BERMINAT SAHAJA. Perlu diingatkan bahawa kemasukan ke program ini adalah PILIHAN MASING-MASING dan TIDAK DIWAJIBKAN.  Ini adalah kerana MedicMesir ingin memberi tumpuan HANYA  kepada anak-anak yang berminat dan komited.

3. Untuk tujuan Program JOM! Mumtaz 2012, MedicMesir telah meluluskan peruntukan sebanyak 1,000,000LE.  Tempoh perlaksanaan adalah dari bulan November 2012- June 2013.  Oleh itu 'team JOM! Mumtaz ' untuk setiap muhafazah mesti menghantar 'budget atau kertas cadangan' sebelum 25hb Oktober 2012.  Hanya kertas cadangan yang dihantar sahaja yang akan ditimbangkan untuk mendapatkan peruntukan ini. 

4.  Untuk tujuan penyediaan 'Kertas Cadangan dan Budget' , sila ambil maklum bahawa, Peruntukan JOM! Mumtaz 2012 kategori perbelanjaan yang boleh diluluskan merangkumi semua aspek dibawah:

a. Kos Kelas Tambahan / Tutorial
b. Kuliah UMUM yang dijalankan selain dari pihak universiti
b. Makan Minum sepanjang program
c. Makan Minum sepanjang exam
d. Bahan Cetak yang terlibat
e. Pengurusan JOM! Mumtaz 2012
f. Kos Pemantauan oleh mentor-mentor rasmi.
g. Jemputan 'Doktor-doktor berpengalaman'  dari Malaysia untuk tujuan MOTIVASI dan PERKONGSIAN,
h. Jaulah selepas exam.

5. Kejayaan JOM! Mumtaz terletak ditangan anak2 sendiri .  Peranan MedicMesir atau 'seniors yang berpengalaman' hanya sebagai PANDUAN.  Oleh itu, berjaya ataupun tidak bergantung kepada kerjasama dan komitmen masing-masing. Memandangkan pelajar MedicMesir tahun ini agak ramai, maka, JOM! Mumtaz akan dibahagi kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Setiap kumpulan akan di berikan seorang Mentor.

5. Untuk tujuan ini, MedicMesir membuka pendaftaran JOM! Mumtaz.  Beberapa siri sesi perancangan akan diadakan sepanjang Oktober 2012 dan program akan bermula 1hb November 2012.

6. Pendaftaran akan dibuat melalui FaceBook Group mengikut program dan Universiti masing-masing.  Sila klik dilink dibawah sekiranya anda BERMINAT. Sila abaikan jika anda TIDAK BERMINAT.

FB JOM MUMTAZ ~ Mansoura Manchester Medic
FB JOM MUMTAZ ~ Mansoura Conventional Medic
FB JOM MUMTAZ ~ Mansoura Dentist
FB JOM MUMTAZ ~ Tanta Medic
FB JOM MUMTAZ ~ Tanta Dentist
FB JOM MUMTAZ ~Alexandria Medic
FB JOM MUMTAZ ~Alexandria Dentist
FB JOM MUMTAZ ~ AlAzhar Medic
FB JOM MUMTAZ ~ Al Azhar Dentist
FB JOM MUMTAZ ~ Zagazig Pharmacy 

7. Pendaftaran nama ke link FB akan tutup pada 12hb Oktober 2012. Ini bagi membolehkan perjumpaan dan pembahagian kumpulan dibuat.   Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan2 lain yang berminat.

8. Semoga kita sentiasa tergolong dari golongan mereka yang berUSAHA dengan mengharapkan PERTOLONGAN HANYA DARI ALLAH swt. InshaAllah, Allah tidak akan sia-siakan apa jua USAHA. Semoga USAHA ini menghasilkan gerak kerja yang MUNTIJAH. 

Salam Sayang, 



Thursday, 27 September 2012

ALHAMDULILLAH, KUMPULAN KETIGA PENERBANGAN TELAH SELAMAT SAMPAI KE CAIRO !

Assalamulaikum wbth,

1. Alhamdulillah kumpulan ketiga penerbangan telah selamat sampai ke destinasi masing-masing iaitu Mansoura, Alexandria, Tanta dan Ainsham Uni.


2. TerimaKasih atas sokongan serta bantuan seniors yang menyambut kedatangan adik masing-masing.  Anak-anak dinasihati agar menghubungi ibuayah masing-masing sebaik mendapat kad sim masing-masing.

3. Semoga urusan di bumi anbiya seterusnya dipermudahkan Allah swt.


All the best & Salam,

Tuesday, 17 April 2012

Academic Centre yang Lebih Besar diperlukan di Mansoura untuk perlaksanaan Program JOM! Mumtaz Sesi Akademik 2012/13



Assalamualaikum wbth.....kepada warga Mansoura
MedicMesir sedang dalam proses mendapatkan Academic Centre yang agak besar yang sesuai utk dijadikan 'Dewan Besar' dan 2 bilik untuk pejabat yang akan beroperasi juga untuk urusan dokumentasi pelajar dan kegunaan pegawai rumah2 negeri. 
Spesifikasi yang dicari adalah sebaiknya :-
1. Terletak di lantai paling bawah 
2. Dibenarkan oleh tuan bangunan untuk tujuan berkumpul
3. Bangunan baru
4. Boleh digunakan awal bulan Ogos 
5. Sewa sekitar 4000LE sebulan


Jika mana-mana warga Mansoura yang ada maklumat...sila kongsikan dengan Ummi melalui FB (ummiMedicMesir). MM membayar ganjaran bersamaan sewa 1 bulan bagi bangunan akhirnya diambil sebagai kos mendapatkannya. 
Buat masa ini program2 JOM! Mumtaz di Mansoura berjalan di dewan Rumah AK dan sebuah Academic Centre 3 bilik (sementara) yang dikhas untuk ikhwah.
Academic Centre ini adalah bagi mempersiapkan pelajar Sesi 2012 yang agak ramai yang akan datang disamping pelajar yang sedia ada di Mansoura.


Shukran atas bantuan


Salam,
uMMiMM

Friday, 20 January 2012

Makan Sempena Imtihan Mansoura untuk 20hb dan seterusnya

Assalamualaikum wbth,

Semoga semuanya didalam kekuatan dan kesihatan yang baik menghadapi imtihan. Alhamdulillah, pembekalan makanan bagi mereka yang telah mendaftar akan disambung semula hari ini.

Untuk hari ini, 20hb Januari 2012
Makanan boleh diambil di CAFE BARAKAH
Makan tengahari boleh diambil bermula jam 1-2 tghri
Makan malam boleh mula diambil dari jam 6-7 malam
(Sila pastikan makanan diambil pada waktu ditetapkan)

Untuk 21hb Januari seterusnya
Makanan boleh diambil di CAFE YAYASAN TRENGGANU (YT)
Makan tengahari boleh diambil bermula jam 12-1 tghri
Makan malam boleh mula diambil dari jam 6-7 malam
(Sila pastikan makanan diambil pada waktu ditetapkan)

TerimaKasih tak terhingga kepada team Mansoura Sem 1 yang menguruskan pengurusan makanan percuma ini. Semoga Allah swt memudahkan segala urusan.
Semoga imtihan ini memberikan natijah yang lebih baik dari sebelumnya. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Thursday, 19 January 2012

MANSOURA ~~ Hari ni TIADA MAKAN dan DISAMBUNG ESOK, INSHAALAH

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak2 MM Mansoura berada didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt.
2. Dukacita dimaklumkan, bahawa atas kekangan tenaga yang dihadapi oleh Cafe YT, maka bekalan makanan dari Cafe YT diberhentikan serta merta.
3. Oleh itu, utk hari ini, 19hb Jan, TIADA PEMBEKALAN makanan. Pembekalan akan bersambung esok.
4. Dengan sukacitanya, Cafe BARAKA akan mengambil alih. Oleh itu pengumuman akan dibuat malam ni InshaAllah.
5. Sila rujuk lagi blog MM ye ! Maaf atas kesulitan yg dihadapi. Jangan marah ya :-)

Salam,
UmmiMM

Sunday, 15 January 2012

Makan Sempena Imtihan Mansoura Jan 2012

Assalamualaikum wbth,

1. Alhamdulillah, bermula hari ni, MedicMesir akan menyediakan makan tengahari dan malam PERCUMA pada semua pelajar yang telah mendafatar nama masing-masing di www.facebook.com/MedicMesir.

Saturday, 7 January 2012

Mansoura University ~ Holiday 2012

Berita Mansoura : Siti Arfezah (1st sem Mansoura Manchester)

Announcement :)

1. Mansoura University will be closed on Saturday (7th of January 2012) for Coptic Christmas holiday.

2. Mansoura University will be officially closed for winter break starting from 27/1/2012 (Friday) to 10/2/2012 (Friday).

Tuesday, 9 November 2010

JOM! 'Qurban @ Mesir' 2010

Salam,

Menjelang Eidhul Adha yang bakal menjelang, MedicMesir mengelolakan Majlis Qurban di Mesir. Ibubapa yang berminat untuk mengambil bahagian di dalam Majli Qurban ini amatlah dialu-alukan.

Makluman mengenai Qurban: Unta / lembu : satu bahagian = 900LE atau RM540. Bagi yang berminat, sila isikan
Borang JOM! 'Qurban @ MESIR' 2010. Insyallah, Majlis kenduri akan diadakan disetiap Muhafazah pada masa yang akan dikenal pasti kelak.!

Semoga Eidhul Adha tahun meninggal pengertian yang bermakna untuk semua anak-anak MedicMesir. Insyallah.

Salam,
ummiMM

-------------

TAZKIRAH
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Tuesday, 17 August 2010

Mansoura Manchester Tahun 1 Sesi 2010/2011

Salam,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Mansoura University telah bersetuju untuk menurunkan yuran Tahun 1 sessi 2010 /2011 dari 8000USD ke 2000USD setahun.
Yuran tahun berikutnya adalah 9200USD setahun.

Memandangkan, tahun ini pihak Mansoura University tidak menerima sebarang kemasukan dari pelajar Mesir (atas sebab penstrukturan kemasukan ke universiti oleh kerajaan Mesir), maka masih terdapat banyak kekosongan di universti.

Oleh itu, sesiapa yang tak berkesempatan memohon , tetapi berminat, sila daftar di BORANG ONLINE sebelah dan sila hubungi Sekretariat MedicMesir di talian 019 6206167 untuk maklumat lanjut. Pendaftaran tutup 30hb Ogos 2010.

Semoga makluman ini mendatangkan manfaat.

Salam Iklas,
Siti Haniza Mohd Nazri @ ummiMM

Saturday, 3 October 2009

Mansoura Uni peeps!!

Salam..

Sila ambil maklum....

Warga Dentist - Tahun 1. Kelas pertama, Amali bermula hari ni jam 8 pagi. Seniors MM akan aturkan utk ke kuliah. Sila bersedia dgn lebih awal.

Warga Manchester - Sem 1. Sesi Taklimat akan bermula jam 9pagi, Lecture Tkt 3, Bangunan utama Mansoura Medic.

Warga Ordinary - Kelas akan bermula 10hb. 9pagi.

Warga Farmasi - Sila berkumpul di pintu Estad Gamaah jam 830pagi utk pendaftaran di pejabat Dekan hari ini.

Harap maklum & selamat belajar.

ummi

Tuesday, 15 September 2009

Mansoura Manchester Student Guide

Salam,

Kepada pelajar Mansoura Manchester sessi 2009/2010, sila download 2 dokumen penting dibawah yang telah dikeluarkan oleh pihak universiti.
2. Phase 1 Hand Book ( Makluman ini perlu dibaca betul2!. Insyallah sessi penerangan di Mansoura akan juga diadakan)

Student guide ini juga mengesahkan kenaikan yuran Program Manchester kepada 8000USD setahun (RM28,800 setahun) atau (RM172,800 utk keseluruhan program)

Harap Maklum

ummi (dari Mekah) :-)

Thursday, 3 September 2009

Kadar Yuran Mansoura - Manchester Sessi 2009/10

Salam,
Pejabat MedicMesir dihujani dengan pertanyaan samada yuran Mansoura-Manchester program untuk pelajar baru sesi 2009/10 akan turut naik sejajar kenaikan Program Mansoura Ordinary?

Jawapannya? Ya dan TIDAK...masih belum pasti...(tetapi jika ada kenaikan, ianya TIDAK LANGSUNG melibatkan pelajar lama)

Kami berharap agar, pihak universiti menimbangkan agar tidak menaikkan yuran Mansoura-Manchester kerana ianya akan membebankan pelajar persendirian Malaysia.

Bersama ini disertakan email komunikasi dengan Ketua Program Mansoura Manchester, Dr Elsaid Hady yang jelas maksudnya (klik imej di atas untuk bacaan yg lebih jelas)

Posting ini sebagai notis awal jika berlaku kenaikan yuran Program Mansoura Manchester dan membatalkan kadar yang telah dimaklumkan melalui surat tawaran yang dikeluarkan oleh Mansoura University.

Harap Maklum dan maaf atas kesulitan yang tidak dijangka.

salam,
SitiHaniza @ ummi

Notis Kenaikan Yuran Mansoura Ordinary

Salam,
Bersama ini disertakan email komunikasi pihak MedicMesir dengan Ketua Program Mansoura-Ordinary yang membawa maksudnya tersendiri mengesahkan kenaikan ini.

Oleh itu, pelajar bebas membuat pilihan, yakni untuk terus dengan Program Ordinary atau pindah program atau Universiti lain. Segala pertukaran hanya boleh dilakukan setakat Jumaat 12 tengahari. Kos pertukaran adalah PERCUMA.

Pihak MedicMesir masih dalam proses merayu agar dapat ditangguhkan kenaikan ini. Bagaimanapun, setakat ini tiada jaminan lagi.

Notis ini adalah sebagai membetulkan kadar yang diterima oleh pelajar seperti yang tertera didalam surat tawaran asal yang telah anda terima.

Ibubapa/Pelajar boleh membuat pertanyaan mengenai perkara diatas melalui email medicmesir@gmail.com atau terus ke Ketua Program Mansoura Ordinary (Prof Dr Nesrene di nsromar@yahoo.com)

Pihak kami mengucapkan maaf atas kesulitan yang dihadapi. Kenaikan ini adalah diluar jangkaan.


Klik pada imej dibawah supaya lebih jelas
Salam hormat,
sitihaniza @ ummi

Tuesday, 1 September 2009

Kenaikan Kadar Yuran Mansoura Ordinary

Salam,
Mansoura University telah menaikkan yuran pengajian bermula tahun ini, yakni sessi akademik 2009/2010. Sila ambil maklum, yuran yang tertera di dalam surat tawaran yang dikeluarkan sudah dikira TIDAK SAH. Diatas adalah email yang dihantar oleh Ketua Program Medic-Ordinary Mansoura Uni, Prof Dr Nesrene Salah (nsromar@yahoo.com) yang memaklumkan secara rasmi mengenai kenaikan tersebut.

Menurut universiti, kenaikan ini dikira sah kerana notis dikeluarkan sebelum pelajar mula mendaftar di universiti.

Oleh itu, yuran adalah :
8000USD setahun (sekitar RM28,800 setahun) atau RM172,800 untuk kesuluruhan 6 tahun.

Kenaikan ini TERHAD kepada pelajar baru dan tidak melibatkan pelajar lama.

Harap Maklum,
sitihaniza @ ummi

(sila klik di imej diatas untuk membaca email dari Mansoura Uni dengan lebih jelas)