Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167
Showing posts with label k. TIPS sebelum berangkat. Show all posts
Showing posts with label k. TIPS sebelum berangkat. Show all posts

Thursday, 2 October 2008

OXFORD English-Arabic Dictionary


Ramai yang tanya fasal buku bahasa arab, samada pocket mini version atau mana-mana keluaran yang lain.....
Tapi apahal, ummi cadangkan beli aja...OXFORD English-Arabic Dictionary. Insyallah, this is still the best reference.
salam, ummi

VISA Pelajar

Salam,
Sila ambil maklum semua pelajar yang diuruskan oleh MedicMesir telah mendapat VISA pelajar 3 bulan sebelum berangkat ke Mesir. Visa utk setahun akan diuruskan selanjutnya sebaik sahaja pelajar mendaftar di universiti. Ini biasanya mengambil masa 2-3 bulan.

MedicMesir tidak bergantung kepada VISA on Arrival, selama 2 minggu, yang biasanya diberikan kepada Tourist. Ini adalah kerana process untuk mendapat VISA 1 tahun akan mengambil masa 2-3bulan dan ini untuk mengelakkan pelajar-pelajar tinggal di Mesir tanpa VISA . Ini melanggar peraturan Imigresen Mesir dan risiko ditangkap oleh pihak Imigresen (macam PATI di Malaysia lah....)

Tuesday, 30 September 2008

EGYPT AIR PLUS

Salam,
Anda pertama kali menaiki Egypt Air ...why not? daftar aja dengan Egypt Air PLus. So boleh lah kita collect points everytime kita travel.....and claim for FREE ticket later....
so easy>>>register online>>save your membership number kat dalam handset...

so everytime bila nak travel, before check in...just produce the number...

Selepas mendaftar, sila SMS ke 019 3106167
Ha..Ha...sikit2....lama2 jadi bukit!

ummi

MUATAN BAG YG DIBENARKAN

HAND BAGGAGE: Pelajar dibenarkan membawa 1 bag Hand Baggage. Size yang ideal adalah 12inci (jarak A ke B). Saiz maksima adalah 2o inci. Hanya 1 bag dibenarkan. Tapi, tambahan bag laptop dibenarkan. Berat yang dibenarkan 7kg. Sebaiknya Hand Baggage diisi dengan buku2 dan satu persalinan baju (small towel / mini toileteries spt tooth brush dll) yang mungkin perlu ditukar bila sampai di airport kelak

Sebaiknya, laptop dibawa mengunakkan 'racksack' sahaja.

CHECKIN BAGGAGE: Pelajar dibenarkan 'check in' maksima 2 bag. Jumlah berat yang dibenarkan adalah 40Kg. Setiap satu bag tidak boleh melebihi 32kg.Pastikan anda tidak membawa satu bag besar yang bermuatan > 32kg.

Selamat Mengemas

UMMI

Thursday, 25 September 2008

Nak ke MESIR? Nak bawak apa ya...

Salam... kat sini ummi coretkan antara benda2 yg perlu bawak besama...

TOP PRIORITY
1. Cash. Sampai aja nanti d Cairo, MedicMesir akan bantu tukarkan ke Egypt pounds (LE).
2. Gambar MAK AYAH & ADIK BERADIK yang sudah pasti menjadi PEMBAKAR SEMANGAT
3. Buku2 yg telah dicadangkan utk dibeli (mana lagi jika bukan store gula2 Dr Kamal!...)
4. Laptop (bawak sekali Warranty Card tuh!)
5. HSBC / Public Bank / Maybank ATM kad (yang telah diactive VISA facility)
PAKAIAN
1 .Pakaian Formal satu set dgn tie (utk lelaki)
2. Satu set Baju Melayu dgn sampin (utk lelaki)
3. Tudung & Baju kurung secukupnya
4. Pakaian Sukan (satu set cukup)
5. Kasut ke kuliah berkualiti tinggi &Kasut sukan (sebab kualiti di Malaysia jauh lebih baik)
6. Pakaian Solat
7. Pakaian Sejuk tak perlu beli disini. Memadai dgn jacket aja
(Medicmesir akan bawak shopping tempat 'winter clothing' yg boleh beli murah dan cantik2 di Mesir nanti)

TOILETERIES/ UBAT2

1. Facial Wash/Toner/ Shampoo & Lotion and lain2 yg berkaitan (yg biasa dipakai....takut2 jenama yg biasa diguna susah nak dpt di Mesir..)

2. Satu set ubat2 Selsema/Batuk/Eye Drop/Mopiko / Ubat Dirrhea (or ill Chi-Kit Teck Aun)/Paracetamol, Minyak Cap Kapak, VICKS Inhaler, Lip Balm

BARANG2 DAPUR (...maklumlah lepas ni semua rajin masuk dapur belaka...)

1. Rempah2 Kari Ayam /Ikan/Kurma/ Serbuk Kunyit

2.Rempah spt Kayu Manis, Bunga Lawang, Palaga , Halba Campur
3. Sup Bonjot (beli sepapan)
4. Tom Yam paste (beli sepapan)
5. Nasi Goreng paste (sepapan juga)
6. Belacan (ha..ha.. utk yg suka makan sambal belacan) /orBudu...(pack elok ya..takut pecah!)
7. Ikan Sardin dlm Tin & Serunding
8. Serbuk Santan (belilah dlm 20 pack.....he..he..murah sgt di TESCO/GIANT...)
9. Serbuk kunyit
10. Ikan Bilis / Ikan masin ikut minat masing2 (ini amat penting)
11. Milo /12. Kicap / 13. Sos Cili/ Sos Tiram (beli yg plastic pack tu)
14. Dried daun kari(kpd yg tak boleh kalau x kena kari) / Dried Limau Purut (kpd yg minat tomyam ler...)

Tambahan>>>kepada yg dah confirm housemate...bolehlah pakat2 beli rice cooker/ kettle/ iron siap2 dari Malaysia....( ini tak penting...coz boleh beli dari Mesir....tapi kualiti Malaysia..tak der tandingan...)

itu aja...buat kali ini...sapa2nak tambah...leh lah gi kat comment area ya...

ummi