Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth
1. Salam Eidulfitri. Maaf Zahir Batin. Taqabbal Allahu Minna wa Minkum. Semoga sentiasa didalam pemeliharaan Allah swt. Semoga Allah memberi keamanan serta perlindungan buat saudara2 kita di bumi Mesir. Semoga Allah kembalikan yang HAQ dan musnahkan yang BATIL dan Mesir kembali aman. Ameen.

2. Posting ini merujuk kepada hal-hal berkaitan tajaan anak-anak
MedicMesir untuk tahun 2013. Posting ini bukan sahaja ditujukan kepada
anak-anak Tahun 1 tetapi untuk kesemua yang masih belum mendapat apa jua
tajaan. Posting terdahulu yang ditujukan untuk anak-anak Mansoura Manchester
juga adalah dirujuk. Ini adalah kerana anak-anak MedicMesir di Universiti lain
turut perlu mengambil langkah yang sama. Rujuk Link http://medicmesir.blogspot.com/2013/06/keputusan-mansoura-manchester-tahun-1.html
3. Alhamdulillah, hampir kesemua Universiti telah mengumumkan keputusan
akhir tahun, kecuali Program Perubatan, Alexandria University (kedudukan
setakat 7hb Ogos 2013). TAHNIAH kepada yang BERJAYA, yang kurang
cemerlang atau bagi mereka yang berhadapan dengan Dhur Thani, gunakan PELUANG
KEDUA ini terbaik mungkin. Ummi akan tidak putus-putus mendoakan kejayaan
anak-anak kesemuanya.