Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167
Showing posts with label Al Azhar. Show all posts
Showing posts with label Al Azhar. Show all posts

Saturday, 30 April 2016

SENARAI NAMA PEMBAYARAN YURAN UNIVERSITI AL-AZHAR 2015/16 – JANUARI 2016 SEHINGGA 30 APRIL 2016

Assalamualaikum wbth,
Semoga pelajar-pelajar diMesir didalam pemeliharaan Allah swt.

Berikut merupakan senarai nama para pelajar yang telah menjelaskan yuran ke Universiti melalui MedicMesir.

Friday, 4 January 2013

VIDEO CAM UNTUK UNIT MEDIA DISEMUA MUHAFAZAH


Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,

1. Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt.

2. Posting ini merujuk khas kepada semua unit media di setiap muhazafah.


3. Untuk tujuan dokumentasi program2 di Muhafazah, MedicMesir merancang untuk menyediakan peruntukan khas membekal 'video cam' yang sesuai dengan peringkat kegunaan di muhafazah masing-masing. 

4. Mohon, muhafazah yang berminat, menghantar permohonan ringkas kertas cadangan beserta dengan senarai ahli 'Media Team' di muhafazah masing-masing. 

5. Satu sesi latihan khas akan dirancang khas untuk AJK Media semasa cuti musim sejuk ini nanti. InshaAllah.

6. Permohonan ini tutup 31hb Januari 2012. Semoga anak2 MedicMesir akan bertambah bakat untuk berkarya untuk menyebarkan perkara-perkara kearah kebaikan :-) Ameen

Salam,
uMMiMM
21Safar 1434 H | 4 Januari 2013

Monday, 17 December 2012

MAKLUMAN BUAT PELAJAR TAHUN 1 UNIVERSITI AL AZHAR


Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita sentiasa didalam pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah swt.
2. Posting ini merujuk kepada urusan Tasdiq / Visa Pelajar / Yuran / NOC anak-anak di Universiti Al Azhar.
TASDIQ KULIAH
3. MedicMesir dimaklumkan oleh pihak Embassy Malaysia di kaherah dan pihak Universiti bahawa Tasdiq Kuliah Universiti Al Azhar akan siap dalam masa 3 minggu lagi.  Oleh itu, kita diminta untuk menunggu lagi.
VISA PELAJAR
4. Sebaik sahaja, Tasdiq Kuliah selesai, maka urusan VISA pelajar akan terus dilaksanakan oleh pegawai MedicMesir di Kaherah, Ustaz Yudi (+201066425010). Segala kos adalah dibawah tanggungjawab MedicMesir.
YURAN PENGAJIAN
5. Sila ambil maklum, yuran perlu dibayar selewat-lewatnya 3hb Januari 2013. Yuran boleh dibayar samada:
     ~ Pertama: Bank in RM6400 ke akaun Maybank, Management (512802506800)                 
                  Sila fax slip bayaran ke 0389423827
     ~Kedua: Sediakan deraf atas nama  "President, Al Azhar University"
NOC
6.  Semua pelajar sepatutnya sudah mendapat NOC masing-masing. Jika anda masih tidak mendapatkannya , sila maklumkan melalui email ke medicmesir@gmail.com

Shukran. Semoga dipermudahkan segara urusan dan bertungkus lumus bagi menghadapi imtihan mid year!

Salam,
uMMi MM 


Saturday, 6 October 2012

PENDAFTARAN JOM MUMTAZ UNTUK SESI PENGAJIAN 2012


Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,

1. Alhamdulillah, anak2 MedicMesir Sesi Pengajian 2012 telah selamat sampai ke bumi Mesir. 

2. Seperti yang anak2 serta ibubapa sedia maklum, MedicMesir menganjurkan Program JOM! Mumtaz bagi pelajar-pelajar yang BERMINAT SAHAJA. Perlu diingatkan bahawa kemasukan ke program ini adalah PILIHAN MASING-MASING dan TIDAK DIWAJIBKAN.  Ini adalah kerana MedicMesir ingin memberi tumpuan HANYA  kepada anak-anak yang berminat dan komited.

3. Untuk tujuan Program JOM! Mumtaz 2012, MedicMesir telah meluluskan peruntukan sebanyak 1,000,000LE.  Tempoh perlaksanaan adalah dari bulan November 2012- June 2013.  Oleh itu 'team JOM! Mumtaz ' untuk setiap muhafazah mesti menghantar 'budget atau kertas cadangan' sebelum 25hb Oktober 2012.  Hanya kertas cadangan yang dihantar sahaja yang akan ditimbangkan untuk mendapatkan peruntukan ini. 

4.  Untuk tujuan penyediaan 'Kertas Cadangan dan Budget' , sila ambil maklum bahawa, Peruntukan JOM! Mumtaz 2012 kategori perbelanjaan yang boleh diluluskan merangkumi semua aspek dibawah:

a. Kos Kelas Tambahan / Tutorial
b. Kuliah UMUM yang dijalankan selain dari pihak universiti
b. Makan Minum sepanjang program
c. Makan Minum sepanjang exam
d. Bahan Cetak yang terlibat
e. Pengurusan JOM! Mumtaz 2012
f. Kos Pemantauan oleh mentor-mentor rasmi.
g. Jemputan 'Doktor-doktor berpengalaman'  dari Malaysia untuk tujuan MOTIVASI dan PERKONGSIAN,
h. Jaulah selepas exam.

5. Kejayaan JOM! Mumtaz terletak ditangan anak2 sendiri .  Peranan MedicMesir atau 'seniors yang berpengalaman' hanya sebagai PANDUAN.  Oleh itu, berjaya ataupun tidak bergantung kepada kerjasama dan komitmen masing-masing. Memandangkan pelajar MedicMesir tahun ini agak ramai, maka, JOM! Mumtaz akan dibahagi kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Setiap kumpulan akan di berikan seorang Mentor.

5. Untuk tujuan ini, MedicMesir membuka pendaftaran JOM! Mumtaz.  Beberapa siri sesi perancangan akan diadakan sepanjang Oktober 2012 dan program akan bermula 1hb November 2012.

6. Pendaftaran akan dibuat melalui FaceBook Group mengikut program dan Universiti masing-masing.  Sila klik dilink dibawah sekiranya anda BERMINAT. Sila abaikan jika anda TIDAK BERMINAT.

FB JOM MUMTAZ ~ Mansoura Manchester Medic
FB JOM MUMTAZ ~ Mansoura Conventional Medic
FB JOM MUMTAZ ~ Mansoura Dentist
FB JOM MUMTAZ ~ Tanta Medic
FB JOM MUMTAZ ~ Tanta Dentist
FB JOM MUMTAZ ~Alexandria Medic
FB JOM MUMTAZ ~Alexandria Dentist
FB JOM MUMTAZ ~ AlAzhar Medic
FB JOM MUMTAZ ~ Al Azhar Dentist
FB JOM MUMTAZ ~ Zagazig Pharmacy 

7. Pendaftaran nama ke link FB akan tutup pada 12hb Oktober 2012. Ini bagi membolehkan perjumpaan dan pembahagian kumpulan dibuat.   Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan2 lain yang berminat.

8. Semoga kita sentiasa tergolong dari golongan mereka yang berUSAHA dengan mengharapkan PERTOLONGAN HANYA DARI ALLAH swt. InshaAllah, Allah tidak akan sia-siakan apa jua USAHA. Semoga USAHA ini menghasilkan gerak kerja yang MUNTIJAH. 

Salam Sayang, 



Tuesday, 15 May 2012

MAKAN PERCUMA SEBULAN SEMPENA IMTIHAN UNTUK ANAK-ANAK DI ALAZHAR / AINSHAM

Assalamualaikum wbth,
1. Semoga anak-anak di Mesir diberi kekuatan untuk berhadapan dengan IMTIHAN FINAL! Posting terdahulu mengenai makanan sempena IMTIHAN adalah dirujuk.  http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/04/makanan-percuma-sempena-imtihan-final.html
2. Oleh itu tertera dibawah adalah nama-nama yang telah mendaftar untuk mendapatkan MAKANAN PERCUMA SEMPENA IMTIHAN. Untuk makluman, makanan ini akan dibekalkan selama sebulan bermula hari ini sehingga 14hb June 2012. Makan tengahari akan mula diambil jam 11 tengahri dan makan malam jam 6 petang.  Makanan PERCUMA ini terbuka kepada semua tanpa mengira tahun pengajian.  Segala perbincangan sila rujuk di FaceBook MedicMesir Kaherah .  Mana-mana nama yang tidak mengambil makanan masing-masing 2 hari berturut-turut akan DIBATALKAN SECARA OTOMATIK.

Sunday, 8 January 2012

BITAWFIQ wa NAJJAH FIimtihan ALAZHARIAN !!

Assalamualaikum wbth,

Ummi dan semua warga MedicMesir serta ibubapa diMalaysia semua mendoakan agar anak-anak Al Azhar yang akan mula menduduki imtihan bermula esok dengan Tahun 1 Banat dan Isnin Tahun 1 Banin....dan seterusnya Tahun 2 dan Tahun 3.

Ya Allah! Engkau permudahkan segala urusan imtihan anak2 kami.....Berikan natijah yang mengembirakan ...Ya Allah! Engkau jauhkan mereka dari lupa atau silap walau sesaat...Ya Allah! Janganlah engkau jadikan imtihan ini sesuatu yang mendukacitakan.

Ya Allah! Berikan mereka jalan mudah dalam liku2 muhajadah untuk menjadi Doktor Muslim buat Ummah....Ameen..Ameen...Ameen!

BiTawfiq WaNajjah Fi Imtihan

Uhhibbukum Fillah
ummiMM

Friday, 3 June 2011

TAHNIAH PICOM & UNIVERSITI ALAZHAR

Assalamulaikum wbth,


ALHAMDULILLAH dan TAHNIAH kepada Pusrawi International College of Medical Science (PICOM) dan Universiti AlAzhar atas kerjasama yang dimeterai pada 1hb June 2011.


PICOM adalah IPTS yang dimiliki penuh oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan kini adalah organisasi dibawah Jabatan Perdana Menteri. Hubungannya dengan Hospital Pusrawi memberikannya satu posisi yang mantap untuk masa depan graduan PICOM. Kerjasama strategik antara kedua badan ini mampu menawarkan satu lonjakan baru didalam bidang pendidikan perubatan.


Seperti yang dimaklumkan lebih awal, kerjasama yang dirancang adalah untuk 3+3. Bagaimanapun, program di Malaysia disingkatkan , maka ianya telah diubah kepada 1+5 (1 tahun di Malaysia dan 5 tahun di Mesir).
InshaAllah, kerjasama strategik akan diadakan juga dengan beberapa universiti-universiti lain di Mesir.


Makluman pendaftaran secara rasmi masih belum diumumkan. Bagaimanapun, jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang maklumat, sila DAFTAR DILINK INI. Sila ambil maklum, MedicMesir hanya membuka pendaftaran ini dan akan diserahkan kepada PICOM. Tiada apa2 caj dikenakan untuk urusan ini.


Doa agar Allah swt mempermudahkan kejayaan untuk merealisasikan hasrat untuk meramaikan Muslim Doktor di Malaysia, khasnya dan di negara Islam, umumnya. Semoga kerjasama ini juga menjadikan Malaysia sebagai 'Muslim Medical Education Hub' untuk umat Islam dari seluruh pelusuk dunia. Ameen.


Salam,
UmmiMM

Tuesday, 9 November 2010

JOM! 'Qurban @ Mesir' 2010

Salam,

Menjelang Eidhul Adha yang bakal menjelang, MedicMesir mengelolakan Majlis Qurban di Mesir. Ibubapa yang berminat untuk mengambil bahagian di dalam Majli Qurban ini amatlah dialu-alukan.

Makluman mengenai Qurban: Unta / lembu : satu bahagian = 900LE atau RM540. Bagi yang berminat, sila isikan
Borang JOM! 'Qurban @ MESIR' 2010. Insyallah, Majlis kenduri akan diadakan disetiap Muhafazah pada masa yang akan dikenal pasti kelak.!

Semoga Eidhul Adha tahun meninggal pengertian yang bermakna untuk semua anak-anak MedicMesir. Insyallah.

Salam,
ummiMM

-------------

TAZKIRAH
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Friday, 13 August 2010

Tib Asnan Banat - AlAzhar - Surat Tawaran Universiti berserta Penyataan Yuran TERKINI (untuk Tahun 1 sessi 2009/2010)

Salam,

Alhamdulillah, dokumen diatas telah diterima oleh MedicMesir. Dokumen ini penting bagi tujuan permohonan JPA dan lain-lain tajaan.

Untuk memudahkan urusan, sila isi borang makluman dibawah. Dokumen akan dihantar secara email dan dokumen asal akan di courier kepada setiap pelajar!.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Tib Asnan Al Azhar yang mencapai keputusan AMAT CEMERLANG. Ini membuktikan, penghijrahan dari Mansoura ke Al Azhar bukan satu usaha yang sia-sia. Alhamdulillah! Semoga Allah swt terus memudahkan urusan kita dunia dan akhirat.


Salam,
ummiMM

Salinan keputusan Imtihan Tahun 1 dan Surat Tawaran Banin Tib Asnan (pergigian ) AlAzhar Sesi 2009/10

Salam,

Ramadhan Kareem! Semoga kita terus diberkati Allah swt didalam bulan yang mulia ini. Ameen!

Semua keputusan tahun 1 serta salinan surat tawaran yang menyatakan penyata yuran telah di hantar ke email masing-masing. Semoga dokumen ini dapat diserahkan kepada JPA pada hari ini.

MedicMesir telah menyerahkan semua dokumen NOC kepada KPT (yang telah disertakan surat tawaran dan slip keputusan). Sila rujuk kepada KPT untuk urusan ini dan pelajar (atau wakil mesti mengambilnya sendiri.

MedicMesir mohon maaf atas kelewatan mendapatkan Slip Keputusan. Harap semua faham dengan karenah arab Mesir (aduhai!!...). Terima Kasih, tak terhingga kepada Ustaz Ameer yang sabar dan sabar!

Sama-sama kita berdoa agar urusan tajaan dipermudahkan. Sekali lagi, TAHNIAH diucapkan kepada semua yang BERJAYA! Insyallah, teruskan usaha untuk tahun-tahun yang akan datang. Rabunna Yusahhil.

Salam Sayang,
ummiMM

Friday, 9 July 2010

Keputusan Peperiksaan Universiti Al-Azhar

Keputusan Peperiksaan Universiti Al Azhar sesi pengajian 2009/2010 akan diumum melalui lama web www.waagazhar.org. Pelajar yang ingin mendapatkan natijah melalui web tersebut perlu mendaftar terlebih dahulu melalui pautan http://www.waag-azhar.org/stud_2010.aspx. Sumber: http://www.alazhar.gov.eg/news/news_view.aspx?articleid=460

Wednesday, 14 April 2010

YM Conference Banin Tibb Asnan Al Azhar

Salam......kpd semua pelajar2 lelaki Dentist Al Azhar!!

Semoga sentiasa didalam pemeliharaan Allah swt!! Sila ambil maklum, satu YM conference akan diadakan antara ummi and semua pelajar dentist Al Azhar.

Pls be online and add YM: medicmesir , Thursday, 15th April, 8pm (Mesir time).

Kehadiran online wajib! huhu!!

take care and salam:-)
ummi

Sunday, 8 November 2009

Ijazah Pergigian Al Azhar - Pengambilan November 2009

Salam,

Universiti Al Azhar mempelawa mana-mana lepasan SPM yang berminat mengikuti Program Pergigian di Al Azhar untuk kemasukan akhir November.

Tempat adalah terhad, 10 untuk perempuan dan 20 untuk lelaki. Sila isi borang disebelah>>>>>>>>>>>>>

Jika anda mempunyai masalah mengisi borang ini, sila email terus Slip Keputusan SPM dan Sijil Lahir ke medicmesir@gmail.com ATAU Fax ke 03 89423827. Sila nyatakan alamat tempat tinggal dan nombor talian tetap atau HP anda

Untuk bantuan terus, sila hubungi talian 019 6206167

Sekian TerimaKasih

Cik waheeda,
Sekretariat MedicMesir