Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167
Showing posts with label ops piramid. Show all posts
Showing posts with label ops piramid. Show all posts

Tuesday, 24 September 2013

NASIHAT BERKAITAN RUMAH DI MESIR BAGI PELAJAR YANG BERHAJAT MENERUSKAN PENGAJIAN DI MALAYSIA.

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada pelajar-pelajar yang berhajat untuk meneruskan pengajian di Malaysia. Dalam kesibukan menguruskan penempatan pengajian di dalam negara, beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh mereka yang terlibat.

2. Semua pelajar diminta untuk cakna atas beberapa perkara dibawah:
a. Yuran tertunggak dengan pihak Universiti. 
b. Sewa rumah dan segala bil yang tertunggak.
c. Baki akad rumah yang belum sempurna.
d. Barang-barang perabut yang tinggal. Jika ingin diinfaqkan , sila maklum pada rakan anda, agar mudah untuk diselesaikan. Jika tiada rakan yang berminat, sila berhubung dengan pihak MM melalui 'link' ini untuk diinfaqkan kepada pelajar-pelajar lain.
e. Pengurusan barang-barang peribadi dan buku-buku yang hendak dibawa balik ke Malaysia.
f. Akhirnya, hutang piutang dengan 'ahli bait :-)

3. Untuk urusan 2e diatas, MM akan membantu menguruskan perkara tersebut dengan syarat ianya mestilah dimasukkan didalam kotak dengan kemas. Urusan kargo dari Mesir ke Malaysia akan mengunakan perkhidmatan kapal. Makluman terperinci akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

4.  Urusan ini perlu diselesaikan agar pelajar-pelajar yang pulang ke Malaysia tidak menyusahkan rakan-rakan lain.  Hubungan dengan tuan rumah Arab juga amat penting agar nama baik pelajar Malaysia terpelihara. 

Semoga Allah terima segala amalan kebaikan kita.

Salam,
UmmiMM

Thursday, 19 September 2013

PELAJAR MESIR BOLEH SAMBUNG PENGAJIAN DALAM NEGARA

Putrajaya: Pelajar Malaysia dari universiti Mesir dibenarkan menyambung pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan sama ada awam atau swasta, berikutan pergolakan di negara itu dijangka berlarutan dan tidak berakhir dalam masa terdekat.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ia dilaksanakan melalui pemindahan kredit berdasarkan prinsip selari, ‘minus one rule’ (peraturan tolak satu) berdasarkan tahun pengajian secara sekali saja (one off).

“Ini bermakna kalau mereka (pelajar berada di) tahun empat di Mesir mereka memasuki tahun tiga di negara kita, kalau bidang perubatan di Mesir programnya enam tahun, jadi di Malaysia lima tahun sebab di Mesir tak ada program matrikulasi.

“Tawaran ini terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam, bagaimanapun ia tidak membabitkan pelajar yang mengikuti program klinikal bagi bidang perubatan dan pergigian,” katanya pada sidang media selepas majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), semalam.

Idris berkata, pemindahan kredit bagi bidang pengajian Islam pula perlu mengikut syarat ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Beliau berkata, kementerian juga berbincang dengan badan profesional termasuk Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia dan Lembaga Farmasi Malaysia supaya menambah kuota iaitu dengan menaikkan nisbah pelajar iaitu satu pensyarah untuk lapan pelajar (1:8) berbanding satu pensyarah bagi empat pelajar (1:4), sebelum ini. Menurutnya, kementerian turut meminta penaja seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakya (MARA) dan agensi kerajaan negeri supaya membantu pelajar yang memilih menyambung pelajaran dalam negara dari segi pembiayaan.

Malah katanya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga dibenarkan memberi pinjaman maksimum RM150,000 bagi setiap pelajar.

“Bagi melicinkan pengurusan pengajian pelajar meneruskan pengajian di IPT tempatan, satu jawatankuasa dinamakan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir ditubuhkan bagi merancang, menyelaras dan mengurus hal berkaitan pengurusan pengajian serta pemindahan kredit ini,” katanya.

Pelajar yang berminat boleh memohon menerusi http://www.moe.gov.my atau berdaftar dengan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir di Kementerian Pendidikan, Presint 5, di sini mulai 24 September sehingga 8 Oktober depan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PelajarMesirbolehsambungpengajiandalamnegara/Article/index_html

Sunday, 15 September 2013

SESI 2 JAM BERSAMA MM MENGENAI PELBAGAI ISU MESIR

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Atas permintaan ramai, MM akan mengadakan sesi 2 jam bagi menerangkan beberapa isu yang berkaitan dengan pengajian anak-anak di Mesir. Penjelasan ini khusus kepada anak-anak Sesi 2013 dan lepasan Tahun 1 dan 2 yang masih belum mendapat mana-mana tajaan. 

2. Antara isu yang akan diperjelaskan adalah :-
a. Pandangan terkini Kementerian Pendidikan Malaysia dan penaja.
b. Isu Pindah Kredit. Tatacara permohonan. Harapan serta realiti. 
c. Penjelasan mengenai isu tajaan samada meneruskan pengajian di Malaysia atau di Mesir.
d. Panduan bagi yang berminat menyambung pengajian di Malaysia.
e. Tatacara keselamatan bagi pelajar yang akan kembali ke Mesir.

3. Sesi yang telah ditetapkan adalah:-

Zon Pantai Timur
Ahad , 15hb September 2013, 11-1 tghri
Juita Inn, Kota Bharu, KELANTAN

Zon Tengah
Isnin, 16hb September 2013, 10-12 tghri
Dewan Auditorium, MAHSA UNIVERSITY, PJ
(sebelah Hospital Universiti)

Zon Utara
Akan di maklumkan kemudian.

4. Segala pertanyaan sila hubungi Dr Ahmad Rodzi di talian 013 3061313.  Diharapkan sesi penerangan ini akan memberi pencerahan kepada anak-anak dan ibubapa yang terlibat untuk membuat satu keputusan yang terbaik. InsyaAllah.

Salam,
UmmiMM

Saturday, 14 September 2013

PENDAFTARAN KE PROGRAM FOUNDATION dan MBBS MAHSA UNIVERSITY ~ ISNIN, 16hb SEPTEMBER 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting adalah merujuk kepada semua pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti program foundation/asasi sains atau MBBS Tahun 1.  

2. Sila ambil maklum, MAHSA akan mengadakan
pendaftaran khas untuk pelajar perubatan MESIR pada hari Isnin, 16hb September 2013 bermula jam 10-12 tghri. Pendaftaran ini terbuka kepada semua agensi (tidak terhad kepada MM sahaja). Mohon hebahkan kepada yang berminat.

2.Program Asasi Sains adalah terbuka kepada:

a. Pelajar lepasan SPM yang belum ke Mesir dan berhajat untuk meneruskan pengajian di Malaysia. (Intake 2013)
b. Pelajar lepasan SPM yang sudah ke Mesir, tahun 1 Sesi 2012/13, tanpa Foundation / Matrikulasi, tetapi mempunyai ujian ulangan Tahun 1. Ini adalah kumpulan pelajar yang bercadang untuk tidak kembali ke Mesir dan memulakan 'Foundation' di dalam negara.
c. Syarat kemasukan TIADA C didalam 4+1 sabjek utama
d. Yuran Pendaftaran adalah RM1,520
e. Yuran Pengajian adalah RM12,000 (dibayar mengikut 2 semester). 
f. Yuran tidak termasuk asrama. Asrama adalah RM240 sebulan.
g. Buat masa ini terdapat 100 tempat kekosongan.

Wednesday, 28 August 2013

KEMASKINI MANSOURA UNIVERSITI SETAKAT 27hb OGOS 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.


2. Bersama ini disertakan kemaskini dari Prof Dr Elsaid Abdel Hady, koordinator pelajar luar negara Mansoura University yang jelas maksudnya.  Bagaimanapun, anak-anak Mansoura diminta untuk menunggu pengumuman rasmi yang akan dikeluarkan oleh Education Malaysia Egypt dalam sedikit masa lagi.


3. Alhamdulillah, Mesir kembali tenang dan semoga anak-anak dapat meneruskan pengajian dengan tenang dan selesa. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Wednesday, 21 August 2013

PERJUMPAAN PELAJAR 'SENIORS' 2012 DAN TERDAHULU


Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Syukor kehadrat Allah atas segala nikmatnya. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat.


2. Posting merujuk kepada tarikh perjumpaan pelajar sesi 2012 dan terdahulu seperti didalam link ini. 

3.  Objektif perjumpaan ini adalah untuk menerangkan beberapa perkara antaranya;
       a. Perkembangan Terkini Mesir 
       b. Status tindakan susulan KPT / EME
       c. Status Imtihan Dhur Thani
       d. Status Kemasukan Sesi Akademik 2013/14
       e. Perkongsian 'Plan B' (sekiranya keadaan tidak menjadi lebih baik)

4.  Sila ambil maklum, perjumpaan akan diadakan pada:
        Tarikh    :  31hb Ogos 2013 (Sabtu)
       Jam       :  10 pagi hingga 1 tengahari 
       Tempat  :  Dewan Kuliah Utama, 
                          Fakulti Perubatan, UPM 

4. Semoga keadaan di Mesir akan pulih dalam masa terdekat , kembali aman dan tenang untuk membolehkan anak-anak meneruskan pengajian. Ameen.

Salam,
UmmiMM


KENYATAAN TARIKH MULA KULIAH ~ MANSOURA MANCHESTER


{TARIKH MULA KULIAH MANSOURA UNIVERSITY}

Salam,
1. Sila ambil maklum ketegasan pihak Mansoura University mengenai tarikh mula kuliah 2013/14.  Ini sekali gus memberi gambaran bahawa Imtihan Dhur Thani harus selesai sebelum tarikh mula kuliah.

2. Bagi yang tidak selesai Imtihan Dhur Thani, mana mungkin untuk memulakan kuliah didalam tahun pengajian yang baru.

Wallahulam

Sunday, 20 March 2011

Tuntutan wang tiket pulang dari Mesir ke Malaysia

LAST CALL!
Assalamualaikum wbth,
Kepada mana-mana pelajar MedicMesir yang masih belum menghantar tuntutan tiket semasa pulang dari Ops Piramid (dari Cairo ke KLIA) diminta untuk berbuat demikian sebelum Isnin, 21hb Mac,8pagi, waktu Malaysia. Sila rujuk hebahan terdahulu http://www.medicmesir.com/2011/02/tuntutan-wang-tiket-pulang-dari-mesir.html

Tuesday, 15 March 2011

Penerbangan ke3 Pelajar PERAK

Assalamualaikum,

Anak2 PERAK! Sila ambil maklum senarai terkini untuk penerbangan esok.

ETIHAD : 16Mac 240pm

Harap Maklum! Semoga semua selamat sampai ke destinasi :-)

PENTING ! Borang Peribadi Pelajar


Assalamualaikum wbth,


Jabatan Penuntut Kaherah Malaysia sedang dalam proses mengemaskini data pelajar. Setakat ini, senarai yang telah mengisi borang terdahulu. Sila semak nama masing-masing, jika nama anda tidak tertera didalam senarai mengikut universiti, sila pastikan anda mengisi borang yang dilampirkan.

Monday, 14 March 2011

TERENGGANU ;- MAKLUMAT PENERBANGAN PERTAMA & KEDUA

Update 14hb Mac 2011

Assalamualaikum wbth,

Sial rujuk link kepada makluman penerbangan untuk anak-anak Terengganu.

Harap Maklum ;-)

Friday, 11 March 2011

Isu Sumbangan RM500 UMNO Selangor.

Assalamualaikum wbt,

1. Dengan ini merujuk kepada makluman awal seperti link dibawah:
Alhamdulillah kepada yang telah menerima sumbangan yang dimaksudkan.

GULF AIR >>RM1599 (termasuk tax) masih ada

Assalamualaikum,

Tiket GULF AIR (KUL - CAIRO) , 19hb Mac 2011, dengan harga RM1599 (termasuk tax) masih ADA.
Sila hubungi En Shaiful 019 3106167 dengan kadar segera.

Link terdahulu:

Harap maklum,
UmmiMM

Thursday, 10 March 2011

Isu Sumbangan RM500 untuk Pelajar-pelajar Selangor

Salam,
Makluman ini merujuk kepada Majlis Program Sumbangan Saguhati untuk Pelajar-pelajar Selangor di DePalma Hotel Shah Alam pada 9hb Mac 2011.

SENARAI SEMAKAN PENERBANGAN PERTAMA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KENYATAAN EXCO PENDIDIKAN TINGGI SELANGOR:

8/3/11
SHAH ALAM

Bersama ini butiran terperinci mengenai jadual penghantaran pulang semula pelajar tajaan KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR ke Cairo menggunakan catar EGYPTAIR:

Jadual penerbangan bertarikh 14/3/11: KUL/CAI(0030/0600) iaitu (12.30tengah malam(wktu Malaysia)/6.00pagi (wktu Mesir)

semak nama disini

Tuesday, 8 March 2011

MEDICMESIR! MAKLUMAN FLIGHT ! PENERBANGAN TERAKHIR! PENTING!!

Assalamualaikum wbt,
Kepada semua yang telah mendaftar dan membayar untuk mendapatkan tiket dari MedicMesir. Dibawah terdapat 2 pilihan tarikh untuk penerbangan. Semua pelajar yang telah menempah (samada telah membayar atau tidak), sila SAHKAN penerbangan pilihan melalui SMS dengan kadar segera ke 019 3106167
Nyatakan: NAMA PENUH (seperti dalam passport) / Tarikh / Flight / email

PENGANGKUTAN PERCUMA ke muhafazah masing-masing disediakan mengikut kumpulan.

Pengumuman : Urusan Penghantaran Semula Pelajar Tajaan (Biasiswa Dan Pinjaman) JPA Ke Mesir


  • Pelajar-Pelajar Tajaan JPA (Biasiswa Dan Pinjaman) Yang Telah Mendaftar Secara Online Di Ruangan ‘Tiket Belum Dibeli’ Dan Tiada Masalah Berkaitan Visa Dikehendaki Untuk Menyerahkan Pasport Ke Jabatan Ini Bagi Tindakan Lanjut Pada 8 Mac 2011 Antara Jam 8.00 Pagi Hingga 6.00 Petang. Passport Perlu Diserahkan Di Kaunter Aras 5, Blok C1, Kompleks C, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA Putrajaya.

Status penerbangan MARA setakat 8hb Mac 2011

MAKLUMAN PENTING


Senarai Terkini Pelajar Tajaan MARA bagi penerbangan ke Mesir (tarikh paparan 7 Mac 2011)
Senarai Terkini (7 Mac 2011) > klik disini
Sila ambil perhatian perkara-perkara berikut:
1. Sila semak Nama, No K/P, Universiti, Tahun Pengajian dan No Passport masing-masing dan maklumkan pada MARA jika terdapat kesilapan.