Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, 10 February 2011

Siri Pertama - Kuliah Fiqh Perubatan - anjuran PPIM / IMAM

Salam,
Anak-anak Perubatan Mesir yang kini pulang bercuti dijemput untuk mengambil peluang bersama-sama menyertai Program Perasmian & Kuliah Siri Pertama (1/10) daripada Siri Kuliah Fiqh Perubatan PPIM / IMAM.

Sila daftar disini . Untuk makluman lanjut, sila hubungi Koordinator untuk siswi Mesir, Saudara Izzuddin Azaharuddin di talian 0138804719.

NOTA : Diharapkan dapat mendaftar awal. Penyertaan walk-in tidak digalakkan penganjur demi memudahkan urusan logistik. Tempat TERHAD

Bagi yang masih belum mengenali Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM). Sila rujuk laman web IMAM disini. Makluman program :

Kuliah Fiqh Perubatan Siri 1/10
Tarikh : Sabtu, 19 Februari 2011
Tempat : Auditorium Fakulti Perubatan, UPM (dewan berlangsung preMedic MedicMesir)

a) The Concept of Health & Illness in Islam
by Prof. Dr. Abdul Rashid Abdul Rahman, President PPIM
http://www.cybermed.edu.my/cucms-web/new_web/deanpostgrad_profile.html

1. Health & Wellbeing Definition
2. Islamic Presciption on Health Preservation & Seeking treatment
3. Defining Sickness
4. Islamic perception towards sickness (Affliction, Trials, Bala, Qada’ Qadar)
5. Treatments in Islam
6. Rules to seek treatment
7. Any related information.

b) Islamic Medical Ethics, Codes & Oaths

by Dr. Wan Hazmy Che Hon, Vice Pres. PPIM
http://www.scribd.com/doc/16354603/Leadership-Role-of-Muslim-Scientists

1. Islamic Medical codes & conduct
2. Other Medical codes (Hippocratic, Geneva, Human Rights etc)
3. History of Islamic Medicine & glorious era of Muslim medical practitioners
4. Roles of Islamic physicians
5. Any related information.

Semoga mendatangkan manfaat.

Salam,
ummiMM

Senarai jadual penerbangan dari Jeddah ke Kuala Lumpur beserta dengan nama pelajar-pelajar yang menaiki pesawat.

1

MH 031 (MAS)
(Dari Istanbul ke Kuala Lumpur)

3.00 petang
9 Feb 2011
(waktu Istanbul)

7.00 pagi
10 Feb 2011

12

Muat turun

2

MH 151 (MAS)

9.20 malam
9 Feb 2011
(waktu Jeddah)

10.55 pagi
10 Feb 2011

85

Muat turun



3

MH 8033

4.00 petang
9 Feb 2011
(waktu Jeddah)

6.30 pagi
10 Feb 2011

354

Muat turun



4

* SQ 455

8.40 malam
9 Feb 2011
(waktu Jeddah)

12.30 tghari
10 Feb 2011

50

Muat turun



5

Dari Jeddah ke Jakarta
SV816

Dari Jakarta ke KLIA
QZ7694 (AirAsia)

9.25 malam
9 Feb 2011
(waktu Jeddah)

6.50 petang
10 Feb 2011

11 pagi
10 Feb 2011 (Jakarta)

9.50 malam
10 Feb 2011

110

Muat turun

* Penerbangan SV838 dan SQ455 akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Pengangkutan bas akan disediakan dan akan membawa para pelajar/warga Malaysia keKolej 5 dan Kolej 6, Universiti Putra Malaysia**. Walau bagaimanapun, mereka boleh memilih untuk turun di Johor Bahru, Seremban atau Melaka.

  • Pihak keluarga pelajar-pelajar dan warganegara Malaysia dipohon untuk sentiasa menyemak maklumatSenarai Nama Penumpang serta Tarikh dan Masa Ketibaan melalui laman web ini dan Kementerian Luar Negeri.

  • Kerajaan akan menyediakan penginapan transit sementara di Kolej 5 dan Kolej 6, Universiti Putra Malaysia atau Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) untuk pelajar-pelajar dan warganegara Malaysia yang tidak dijemput oleh pihak keluarga mereka. Para pelajar akan dimaklumkan oleh pihak urus setia mengenai perkara ini semasa ketibaan mereka.

  • Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara di talian telefon 03-8888 2010 dan emel ppon@mkn.gov.my.

** Sila abaikan makluman mengenai lokasi penghantaran ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya sebelum ini. Maaf atas kesulitan.


Majlis Keselamatan Negara
Jabatan Perdana Menteri
9 Februari 2011

Email dari Dekan Pergigian Banat Al-Azhar Mengenai Tarikh Permulaan Kuliah

Salam, Khas untuk Kuliah Pergigian Perempuan Alazhar,

Dibawah adalah email yang diterima dari Dekan Universiti Az Azhar yang mengumumkan kuliah akan dimulakan pada 19hb Februari 2011. Ini juga adalah tarikh yang dimaklumkan untuk kesemua kuliah pergigian (lelaki) dan kuliah perubatan. Namun seperti yang telah Ummi jelaskan dari awal, MedicMesir tidak akan mengikuti sebarang tarikh yang diberikan oleh Universiti,TETAPI akan menetapkan tarikh setelah Kerajaan Malaysia menetapkan tarikh yang selamat untuk pulang ke Mesir.

Pihak kami juga berpendapat, masih ramai pelajar Mesir yang masih berada di Jeddah menunggu giliran untuk diterbangkan ke Malaysia. Oleh itu, ramai ibubapa tidak dapat menerima tarikh permulaan kuliah yang tinggal beberapa hari dan dalam masa yang sama, anak mereka sedang menunggu giliran untuk pulang ke Malaysia.

Wallahualam. Semoga dilema tarikh permulaan kuliah dan tarikh selamat untuk pulang keMesir akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Semoga dipermudahkan urusan semua yang terlibat.

Harap Maklum,
UmmiMM

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
email Dekan Kuliah Pergigian AlAzhar(perempuan)

salam,
winter break has been expended for on week.
The classes will start on sat. "19/2/2011"
keep in touch,
Good Luck
Dean : Dr.Eatemad
Co-coordinator: Dr. Samir & Dr.Mervat
Sec. : ranya

Wednesday, 9 February 2011

Pelajar Mesir yang terkandas di UK / Europe

Salam,
Pelajar Mesir yang sedang bercuti di UK / Europe boleh mendapatkan bantuan dari Embassy UK di London. InshaAllah, anda boleh tinggal di Malaysian Hall, London dan mendapatkan kupon makanan PERCUMA sementara menunggu kepulangan ke Malaysia / Mesir. Sesiapa yang hendak pulang ke Malaysia boleh mendapatkan tuntutan tiket . Sila berhubung dengan En Mahathir Hussin Shaukat di talian +44(0)207 919 0226.
Harap ibu bapa yang terlibat memaklumkan kepada anak masing-masing yang masih di UK / Europe .

Salam,
ummiMM, dari Malaysian Hall, London

Senarai jadual penerbangan dari Jeddah ke Kuala Lumpur beserta dengan nama pelajar-pelajar yang menaiki pesawat.


1

MH8031 (MAS)
(KT 03)

5.20 petang
8 Feb 2011

7.10 pagi
9 Feb 2011

357

Muat turun

2

SV6256 (Saudi Airlines)

6.00 petang
8 Feb 2011

7.30 pagi
9 Feb 2011

480

Muat turun

3

SV6254 (Saudi Airlines)

9.00 malam
8 Feb 2011

10.30 pagi
9 Feb 2011

452

Muat turun

4

* SV838 (Saudi Airlines)

11.25 malam
8 Feb 2011

3.30 petang
9 Feb 2011

150

Muat turun

5

MH 031 (MAS)
**Dari Istanbul ke Kuala Lumpur

3.00 petang
9 Feb 2011
(waktu Istanbul)

7.00 pagi
10 Feb 2011

12

Muat turun

* Penerbangan SV838 akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Pengangkutan bas akan disediakan dan akan membawa para pelajar/warga Malaysia ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Walau bagaimanapun, mereka boleh memilih untuk turun di Johor Bahru, Seremban atau Melaka.

  • Pihak keluarga pelajar-pelajar dan warganegara Malaysia dipohon untuk sentiasa menyemak maklumatSenarai Nama Penumpang serta Tarikh dan Masa Ketibaan melalui laman web ini dan Kementerian Luar Negeri.

  • Kerajaan akan menyediakan penginapan transit sementara di Kolej 5 dan Kolej 6, Universiti Putra Malaysia atau Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) untuk pelajar-pelajar dan warganegara Malaysia yang tidak dijemput oleh pihak keluarga mereka. Makluman tersebut akan dimaklumkan kepada pelajar semasa ketibaan di KLIA oleh pihak urusetia.

  • Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara di talian telefon 03-8888 2010 dan emel ppon@mkn.gov.my.


Majlis Keselamatan Negara
Jabatan Perdana Menteri
9 Februari 2011

Tuesday, 8 February 2011

Jadual Permulaan Kuliah selepas Ops Piramid!

Salam,
Setakat hari ini, Ummi telah menghubungi Dekan semua Fakulti (perubatan, pergigian dan farmasi). Setakat ini dibawah adalah jadual permulaaan kuliah. Ini masih tertakluk kepada perubahan.

Mansoura
Program Manchester Sem 2 dan 4 akan bermula 1hb Mac 2011
Sem yang lain akan bermula 19hb Feb 2011

Program dan Regular belum ada kepastian

Alexandria University
Perubatan dan Pergigian akan bermula 5hb Mac 2011

AlAzhar University
Perubatan dan Pergigian akan bermula 1hb Mac 2011

Tanta University
Perubatan dan Pergigian akan bermula 8hb Mac 2011

Zagazig University
Perubatan dan Farmasi akan bermula 1hb Mac 2011

Sungguhpun ini tarikh tentatif yang telah diputuskan oleh Universiti setakat ini, namun, pada hakikatnya, kita semua perlu akur dengan keputusan dari kerajaan Malaysia mengenai tarikh yang selamat untuk semua pelajar pulang ke Mesir. Kita perlu faham, Universiti agak kelihatan tergesa-gesa memulakan kuliah kerana agak 'panic' dengan pelan evakuasi secara besar-besaran oleh kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun pada 20hb Februari 2011, Ummi secara peribadi akan ke Mesir untuk meninjau keadaan semasa dan akan memberi komen selanjutnya hasil dari scenario lawatan tersebut. (Doakan Ummi OK!)

Teruskan berdoa. Semoga Allah swt memberi kemudahan didalam segala urusan kita. Ameen Ya RAb!

Salam sayang,
UmmiMM



Tiket Jeddah - Kuala Lumpur

Salam,
Bagi pelajar-pelajar yang masih di Jeddah dan ingin pulang dengan segera atas tanggungan sendiri, bolehlah mendapatkan perkhidmatan tiket dari MedicMesir. Ibu bapa di Malaysia boleh berhubung terus dengan saya di talian di bawah

Berikut adalah maklumat mengenai penerbangan yang dicadangkan.:
Saudi Airlines
Tarikh- Khamis (10 Feb)/Sabtu (12 Feb)/Ahad (13 Feb)
Harga- RM1346 (Sehala)
Semoga usaha ini membantu.
Salam Hormat,
Saiful dari Bilik Sekretariat,Ops Piramid MedicMesir
019-3106167


Dari bilik sekretariat Ops Piramid MedicMesir

Berita terkini pendaratan

Hazwan Hairudin (pelajar perubatan Tanta )
flight Malaysia airlines..MH151
telah selamat sampai di KLIA pada jam 11.20am(waktu tempatan(malaysia))

Alhamdulillah!

Bila nak balik ke Mesir?

Salam...anak2 yang Ummi kasihi semua...
Nampaknya hampir semua berat hati nak meninggalkan Mesir....tapi, bila sudah ARAHAN, keselamatan diri perlu kita utamakan. Mana mungkin kita mampu utk mencapai cita-cita untuk Ummah tanpa diri kita sendiri terbela.

Soalan cepu emas sekarang. Bila nak balik Mesir? Ummi dapat merasakan semuanya sedaya upaya tidak mahu ketinggalan kuliah walau seharipun. Semangat kita tidak akan luntur walau apa jua ujian yang kita hadapi!

Untuk menjawab persoalan ini, Ummi ingin jelaskan:
Pertama: Ini adalah isu keselamatan. Oleh itu, pihak kerajaan Malaysia adalah badan yang terbaik dan tahu mengenai perkembangan semasa. Oleh itu kita harus akur dan patuh atas arahan kerajaan mengenai tarikh yang diistihar sebagai selamat untuk pulang ke kampung kedua kita, Bumi Anbiya Mesir!

Kedua: Isu exam ambil dimana? Apa pun keputusannya samada di Malaysia atau Mesir, isu keselamatan akan didahulukan. Apapun keputusannya, MedicMesir akan sentiasa memberi sokongan, selagi ianya keputusan yang terbaik untuk anak-anak semua.

Ketiga: Ummi sendiri akan meninjau keadaan TERKINI pada 20hb Februari 2011. InshaAllah pemergian Ummi ke Mesir ini nanti ditemani juga dengan beberapa pegawai kerajaan. Doakan yang TERBAIK. Lawatan ke semua Universiti ini dapat sedikit sebanyak memberi peluang Ummi meninjau keselamatan sebelum membenarkan anak2 Ummi sendiri pulang ke rumah masing2 di Mesir.

Doakan agar segala urusan dipermudahkan Allah swt!

Salam sayang,
UmmiMM


Ketibaan Kumpulan Pertama Ops Piramid - 7hb Feb 2011 - Kompleks Bunga Raya, KLIA



Salam semua yang dikasihi,
Alhamdulillah, Ummi sempat bersama-sama 784 pelajar kumpulan pertama yang sampai di Kompleks Bunga Raya, KLIA, jam 10pagi tadi. Terimakasih tak terhingga kepada pejabat PM kerana memberi laluan kepada Ummi untuk bersama-sama didalam Kompleks Bunga Raya.
TerimaKasih kepada semua yang terlibat didalam operasi Ops Piramid. Semoga Allah swt membalasnya dengan balasan yang baik.

Alhamdulillah, Ummi sempat membuat perbincangan awal secara ringkas dengan beberapa Menteri yang berkaitan di Kompleks Bunga Raya mengenai masa depan isu akademik pelajar-pelajar perubatan di Mesir. Perbincangan yang telah diadakan tadi adalah dengan Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Tan Sri Mohamad Sidek, Ketua Setiausaha Negara. InshaAllah perbincangan lanjut akan diadakan esok dengan pegawai yang telah dipertanggungjawabkan.

YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut meminta MedicMesir untuk membuat perbincangan lanjut dengan MARA.

Mengenai tarikh bila sepatutnya balik ke Mesir. MedicMesir akan menyerahkan sebulat-bulatnya kepada pihak kerajaan Malaysia. Biar apapun tarikh permulaan Universiti, pihak MedicMesir merasakan isu keselamatan harus diutamakan. Oleh itu, kita akan menunggu pengumuman selanjutnya. InshaAllah
(gambar diatas bersama-sama anak2 Mesir yang sampai di dalam kumpulan pertama ini)

Semoga penghantaran semua pelajar yang masih di Jeddah akan berjalan dengan lancar. Ameen!

Syukor Alhamdulillah,
UmmiMM



Duduki peperiksaan di Malaysia

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH (pengarang@utusan.com.my)

PUTRAJAYA 7 Feb. - Kementerian Pengajian Tinggi akan berunding dengan pihak universiti di Mesir bagi membenarkan pelajar Malaysia yang terpaksa pulang ke tanah air, menduduki peperiksaan di negara ini.

Ini berikutan sebahagian besar pelajar terbabit telah dibawa pulang oleh kerajaan berikutan konflik dan ketegangan yang berlaku di negara itu baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rundingan itu bertujuan membolehkan penuntut dari Malaysia dalam bidang perubatan mengambil peperiksaan di universiti tempatan, pertengahan bulan ini.

Menurut beliau, kira-kira 1,100 pelajar perubatan dijadualkan menduduki peperiksaan pada 12 Februari ini membabitkan, masing-masing 800 orang dari Universiti Tanta dan 300 orang di Universiti Al-Azhar.

"Sepatutnya universiti di sana menyambung semula kuliah dan sebahagiannya perlu menghadapi peperiksaan, ini isu utama masa kini.

"Kita nak selesaikan masalah ini dulu, kita akan berbincang dengan universiti di Mesir sama ada boleh atau tidak peperiksaan dilaksanakan di Malaysia,'' katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis kecemerlangan sukan kementerian di sini hari ini.

Pada majlis itu, pihak kementerian menyerahkan skim kecemerlangan sukan kepada atlet-atlet institusi pengajian tinggi yang cemerlang dalam pertandingan kebangsaan dan antarabangsa pada tahun lalu.

Ia membabitkan penglibatan dalam Sukan Asia, Guangzhou; Sukan Komanwel, New Delhi dan Sukan Universiti Asean (SUA).

Mohamed Khaled berkata, peperiksaan itu boleh dilaksanakan lewat dari jadual asal pada Februari dan jika dipersetujui universiti tempatan, ia boleh dilaksanakan Mac ini.

"Kita sudah tulis surat kepada semua universiti di sana dan kini menunggu persetujuan mereka.

"Pihak kementerian akan beri segala kerjasama untuk memungkinkan peperiksaan itu diambil di sini tanpa mereka perlu pulang ke Mesir,'' ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan menghentikan serta-merta sebarang permohonan sijil sokongan luar negara (NoC) kepada pelajar perubatan ke Mesir.

"Maksudnya, tidak ada pelajar ke Mesir untuk bidang perubatan dan dia kena ada NoC baru. Kita gantung NoC, kita tidak akan keluarkan sebarang NoC, maknanya tiada pelajar baru,'' katanya.

Katanya, terdapat kira-kira 11,000 pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti Mesir iaitu 5,000 pelajar dalam bidang perubatan dan 6,000 orang lagi dalam jurusan agama.