Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday, 8 February 2011

Semakan Senarai Nama Yang Pulang keMalaysia

SENARAI KETIBAAN WARGANEGARA MALAYSIA DARI JEDDAH

Bil

No. Penerbangan

Pelepasan
(waktu tempatan)

Ketibaan
(waktu tempatan)

Jumlah Penumpang

Senarai Nama Penumpang

1

AirAsia X D72999

9.00 malam
6 Feb 2011

10.30 pagi
7 Feb 2011

327

Muat turun

2

MH 8029 (MAS)

7.00 malam
6 Feb 2011

10.00 pagi
7 Feb 2011

448

Muat turun

3

MH 151 (MAS)

9.00 malam
7 Feb 2011

10.25 pagi
8 Feb 2011

119

Muat turun

4

MH 8031 (MAS)

9.30 malam
7 Feb 2011

10.55 pagi
8 Feb 2011

362

Muat turun

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian telefon: 03-88882010 dan 03-88882104 atau emel kepada ppon@mkn.gov.my.


Majlis Keselamatan Negara
Jabatan Perdana Menteri
7 Februari 2011

Thanks TONY! Now, EveryONE can FLY Mesir!!

Dear Tony!
On behalf of the Malaysian-Mesir community, I would like to extend my greatest appreciation to you and all AirASIA's crew involved in transporting our kids back home!

Now, Everyone can FLY MESIR!!........Many thanks Tony! and hope you will get AirAsia's landing rights in Egypt soon! We surely support you! We were very upset with how Egypt Air treated the Malaysian at the Airport! Thanks for your support!

Rgds,
CTH @ UmmiMM



Monday, 7 February 2011

Update dari Jeddah! (wakil Tahun 1 Tanta University)

Tasneem Salehdn 07 February at 23:00 Report
Ada mslh air.jap x de air. jap ada. kami nk mandi pun sush.
makanan superb ummi. kelas la. mcm kfc pun ada tp nama (albaik)
Ramai sgt org .smp pening kpala.
kadang2 pengumuman x smp kat kami. bangunan jauh.

kwn2 tanta okay . semua ada kat jeddah. ada yg da blik skit2. sbb ikut adik beradik. panas sgt kat sini Ummi

kerajaan sgt care. bgus. semua lengkp la. dr katil , tilam,bantalm, berus gigi, sabun tuala, air panas pun ada. Sapa nkk buat air.

gerai pun ada , nk bli apa2 ke sng. Legaaa.

Update dari Jeddah! dari wakil Tanta University!

Nadhirah Kharudin (Pelajar Perubatan Tahun 2, Tanta University)
Kawan2! Skg ada kat jeddah. 5hb aritu sampai. Now duduk kat jeddah dulu. Kat cni dah disediakan penginapan makanan sume tu. oke je kat cni. mkn cukop. terlebih cukop kot :p i.Allah kat cni sume oke. blk mlysia x taw lg bile. kite org yg ke 3675 kat cni. 1st trip anta ke mlysia br je stat arini. So,xleh agak bile no 3675 tu akn gerak ke mlysia :D doakan kite :) mkaseh sume..

Makan di Jeddah ...TERBAIK...Alhamdulillah (wakil Pelajar Mansoura)

El-Amin Razak (pelajar Tahun 3, MedicMesir, Mansoura-Manchester)
"‎@Tabung Haji Hostel, Jeddah. Makan heaven la plak. Alhamdulillah"


Shukor Alhamdulillah Amin>>>>>>>>Ummi doakan semuanya selamat!

Update dari Jeddah! 7hb Feb 2011

    • Anan Mohamad Akmal Adanan
      (pelajar MedicMesir Tahun 3, Mansoura Manchester)

      ‎1) selepas smpai di asrama tabung haji, pelajar lelaki akan ditempatkan di dlm dewan sementara, utk pelajar wanita pula , xpasti , kemungkinan akan masuk terus ke asrama yg kosong

      2) slps para pelajar yg duduk di hostel telah keluar utk pulang ke msia, pelajar yg duduk dlm dewan tu akan pindah pula ke dlm hostel, 1 bilik hostel dlm 5 org.

      3) taklimat rumah selangor td memberitahu, kerajaan akan membuat procedure utk balik msia , "siapa yg smpai dahulu, dia yg akan ke msia dahulu"

      4) dpt maklumat dari kwn, ckp insyaAllah dlm jadual, 13hb February misi pemindahan rakyat dari jeddah ke msia selesai. jika tiada halangan.

      5) pastikan pelajar2/anak2 anda sudah berdaftar dgn rumah negeri masing2 utk pengumpulan data, sbb nnt pegawai yg bertugas akan menelefon ibubapa sbelum anak2 mereka bergerak ke msia. procedure ini memudahkan utk parent dtg ambil anak2 mereka di KLIA (dpt tahu dari penerangan rumah selangor td)

      6) para pelajar akan diberi token (tanda) utk tahu bila flight masing2, pastikan xde yg terleka, sbb ada yg xalert menyebabkan seat pelajar tu diganti dgn pelajar lain.

      insyaAllah kalau ade update lg, nnt sy tulis jika berkesempatan, harap maklum :)

Air force chief: Ops Piramid to end soon

The Royal Malaysian Air Force (RMAF) is confident that Ops Piramid will soon be over following their success in evacuating more than half of the Malaysians in Egypt and sending them to Jeddah, Saudi Arabia.

Beli Sim Card Saudi!

kpd semua parent yg ada anak di mesir yg transit di jeddah :

sy kat jeddah skrg ni, kegunaan internet sgt limited skrg ni, kalau nak call anak2 anda sumua, minta anak2 anda bli nombor jeddah, cume berharga 60 geneh sahaja (ada topup 15 skali), ada jual di tempat transit di tabung haji.xleh nak guna simcard mesir, sbb anak2 anda receive call pon kene charge roaming.

kami dijaga dgn baik disini,cuma kita semua kene paham yg operasi ni operasi kecemasan so anak2 sume xleh la nak dpt layanan mcm kita pegi bercuti. harap ibu bapa di msia jgn terlalu risau . insyaAllah kami semua di sini selamat, setiap hari akan ada flight ke msia. insyaAllah bila semua fasa 1 sudah habis, lg byk penerbangan ke msia. harap maklum, teruskan berdoa utk kami semua :)

Pelajar yang sampai boleh tinggal sementara di Universiti Putra Malaysia

Alhamdulillah, pelajar yang sampai hari ini yang tidak disambut oleh keluarga boleh menaiki bas yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk ke Universiti Putra Malaysia.

Alhamdulillah,
UmmiMM

MESIR BERANSUR PULIH!

Alhamdulillah!

Satu petanda yang baik jika bank telah dibuka, Kentucky Fried Chicken dah mula beroperasi dan jalan menuju ke Dataran Tahrir juga dibuka semula>>>>>Alhamdulillah

Berita yang dimaklumkan oleh teman-teman Arab Mesir malam tadi pun mengambar keadaan sudah seperti sedia kala. Buat masa ini Universiti turut mengambarkan akan membuka Universiti seperti didalam jadual asal. Semoga keadaan kembali pulih sepenuhnya dalam masa terdekat!


Alhamdulillah,
UmmiMM

Ops PIRAMID! Selamat pulang kumpulan PERTAMA!

Salam,

Penerbangan pertama menggunakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) berlepas dari Jeddah pada jam 7.00 malam, 6 Februari 2011 dan dijangka tiba di KLIA pada jam 10.00 pagi, 7 Februari 2011.

Ibu bapa dan waris pelajar terbabit boleh menunggu di perkarangan Kompleks Bunga Raya KLIA mulai jam 10.00 pagi, 7 Februari 2011. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian telefon: 03-88882010 dan 03-88882104 atau emel kepada ppon@mkn.gov.my.

Senarai pelajar yang terlibat dengan penerbangan pertama boleh disemak disini: www.mkn.gov.my .

Alhamdulillah,
UmmiMM

Berita Awani

Joe Macho Berita Awani Jam 11:00 malam : Keadaan di mesir sudah bertambah baik, kedai2 dan bank telah beroperasi seperti biasa, kehidupan berjalan seperti biasa. wISMA putera memaklumkan ... Masih menunggu komen3 drpd laman2 blog seperti 'Krisis Mesir, Nasib Pelajar Malaysia'; Blog 'Kumpulan Pelajar Mesir Malaysia'; Blog 'Selamatkan Pelajar dan Rakyat Malaysia di Mesir'; fb: GMN; fb: Ummi Medic Mesir' dan sebagainya. Menunggu pandangan kerana mereka mempunyai kefahaman yang lebih jelas ttg apa sebenarnya yang sedang berlaku.

'Mid Year Exam" Pelajar Tanta & AlAzhar University

Salam,

Buat masa ini, terdapat 2 Universiti yang masih belum menjalankan 'Mid Year Exam'. Malam tadi telah berlangsung 'webconferencing' dengan beberapa Dekan mengenai isu ini dan mereka menyatakan kesediaan bekerjasama dengan universiti tempatan. InshaAllah, MedicMesir akan berbincang dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan universiti tempatan mengenai perkara ini.

Pengalaman 4 tahun MedicMesir menjalankan 'preMedic' di Malaysia serta hubungan baik dengan Fakulti Perubatan di universiti tempatan akan memungkinkan perlaksanaannya di Malaysia.

Usaha ini bagi mempastikan pelajar-pelajar mengunakan masa yang ada sebaik mengikut tanpa menjejaskan jadual akaedemik di Universiti.

Harap maklum,
ummiMM

Sunday, 6 February 2011

PELAJAR TAJAAN JPA DI MESIR

  • Pelajar-pelajar tajaan JPA di Mesir dilaporkan berada di dalam keadaan selamat dan terkawal.
  • Kerajaan sedang di dalam usaha untuk menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia.

Pelajar-pelajar tajaan JPA di Mesir yang berada di dalam atau luar negara diwajibkan untuk melapor diri melalui talian telefon atau emel seperti berikut:

No telefon:

  1. 03-8885 3430 / 03-8885 3437 / 03-8885 3493

Emel: esila@jpa.gov.my

From Jeddah

Sobri Shafie
salam all, i am a trapped parents in Alex, evacuated n now at Hujaj Madinah JEDDAH. Situation in here is just fine despite the in flux of many evacuate-es.To all parents whose children are here, pls do not worry. Anak anak semua berada dalam keadaan baik disini. They would be sent off back to Msia in batches and stages. Hope this little news help.

salam

Pelajar Tahun 1 Mansoura MedicMesir

Salam,

Saya baru mendapat pengesahan bahawa semua pelajar MedicMesir Tahun 1 yang berada di Mansoura akan bertolak dengan penerbangan samada jam 8 malam atau 2 pagi waktu Mesir hari ini. Mohon ibubapa bersabar, insyallah anak berada didalam keadaan selamat.

Jika mereka terlibat dengan penerbangan terakhir, ini bermakna mereka tidak akan ke Jeddah, sebaliknya akan terus pulang ke Malaysia.

Doakan yang TERBAIK dan semoga dimudahkan segala urusan.

Salam ikhlas,
UmmiMM

Tajuk Utusan Malaysia yang mengelirukan!

Salam,

Mohon agar tajuk UTUSAN MALAYSIA ini tidak dimanipulasi!

Pelan Tindakan Evakuasi tidak memihak pelajar Malaysia

PENJELASAN:

Sila rujuk kenyataan yang awal di CORETAN UMMI MENGENAI PARA 7

"Maaf jika dikatakan bahawa ‘Evacuation Plan’ ini tidak memihak kepada anak-anak dari keluarga yang tidak berkemampuan."

Ini hanya merujuk kepada pelan asal yang menyatakan kos dari Jeddah ke Kuala Lumpur ditanggung oleh pelajar. Tetapi, TERKINI, Alhamdulillah, Pelan ini telah berubah. Jutaan terimakasih atas keprihatinan kerajaan Malaysia didalam usaha yang telah dilaksanakan.

Semoga kenyataan ini lebih jelas dan tajuk Utusan Malaysia ini tidak disalah ertikan.

Harap Maklum,

Salam Ikhlas,
UmmiMM, dari Jeddah

Senarai nama anak-anak yang telah sampai di Jeddah

Salam,

Ibubapa boleh menyemak status anak masing-masing di Jeddah di link dibawah

Senarai Nama Yang Telah Sampai ke Jeddah

Semoga membantu untuk menyemak kedudukan anak masing-masing. InsyaAllah.

Salam,
ummiMM dari Jeddah

ARAHAN untuk semua pelajar balik ke MALAYSIA

Salam,

Sungguhpun terdapat pelajar-pelajar yang bertekad untuk TIDAK PULANG ke Malaysia. Namun, pihak kedutaan Malaysia telahpun mengeluarkan arahan untuk semua pelajar keluar dari Mesir. Mohon agar arahan ini dipatuhi. Pihak kedutaan juga tidak bertanggungjawab atas keselamatan pelajar yang terus tinggal di Mesir buat masa ini.

Harap maklum,

Salam ikhlas,
UmmiMM, dari Jeddah

Kumpulan Operasi Penghantaran Pelajar melalui MedicMesir

Alhamdulillah,

Sejak berlakunya peristiwa 25hb Januari 2011, MedicMesir telah menguruskan 3 penerbangan secara berkumpulan untuk pelajar melalui penerbangan Saudi Air. Usaha ini terbuka untuk semua pelajar Mesir dan tidak terhad kepada pelajar MedicMesir sahaja. InshaAllah, kumpulan ketiga ini akan sampai di lapangan Terbang KLIA pada hari esok, Ahad, jam 2 petang. Kumpulan ini sekarang berada bersama UmmiMM di Jeddah International Airport. Doakan semuanya berjalan dengan lancar. Rabbuna Yusahhil.

Salam dari Jeddah,
UmmiMM

Semua KOS JEDDAH-KL diTANGGUNG

Salam,
MedicMesir mengucapkan terimakasih atas perubahan keputusan asal yang diambil oleh kerajaan Malaysia iaitu menghantar PERCUMA hanya untuk Kaherah - Jeddah kepada pakej PERCUMA dari Kaherah-Jeddah- dengan pesawat dengan PERCUMA. Usaha ini akan banyak membantu kos dan masa yang ditanggung oleh pelajar.

Rujukan link berkaitan:
1. Keputusan Pelan Tindakan Evakuasi yang Asal
2. Menteri Luar Negara belum membuat keputusan mengenai kos Jeddah ke KLIA
3. Pelajar yang sudah berada diJeddah boleh membiayai kos ke Kuala Lumpur jika ingin pulang cepat

Terkini dan TERAKHIR:
SEMUA KOS DITANGGUNG OLEH KERAJAAN

Alhmdulillah......

Salam ikhlas,
UmmiMM, dari Jeddah International Airport

Friday, 4 February 2011

Selamat Pulang ke Tanah Air! Pengalaman Mematangkan Kita

MedicMesir didalam Akhbar........ALHAMDULILLAH sudah selamat sampai

Coretan Ummi mengenai para 7

Salam, Ummi merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat YB Menteri Pengajian Tinggi, bertarikh 2hb Februari 2011, mengenai perkara diatas.

Link kepada kenyataan penuh, sila baca disini.

'Disappointed! '

Ini adalah keluhan spontan oleh Dekan Fakulti Perubatan, Tanta University. Turut dikongsi oleh AlAzhar, Alexandria dan Mansoura.

'Penafian! '

Penyataan ini telah menimbulkan kecelaruan serta kebimbangan anak-anak di Mesir, ibubapa serta pihak pengurusan Universiti. Oleh itu, Ummi mengambil inisiatif untuk menghubungi semua Dekan Fakulti Perubatan di Mesir. Kesemuanya menafikan kesahihan kenyataan para 7 diatas dan turut meluahkan nada kesal terhadap kenyataan tersebut.

'12.02.2011'

Secara umumnya, semua Universiti berhajat untuk mengekalkan tarikh pembukaaan sesi kuliah selepas 'winter break’, iaitu pada 12hb Februari 2011. Namun demikian, agak mustahil kerana proses 'evacuation' kerajaan Malaysia baru saja bermula. Oleh itu, secara keseluruhannya, semua Fakulti Perubatan di Mesir masih mengharapkan agar kuliah dapat dimulakan pada awal Mac 2011.

'Curfew'

Semua sedia maklum 3 petang hingga 8 pagi diistiharkan sebagai 'curfew'. Pada penghematan Ummi, keadaan di Mesir diluar 'curfew' adalah selamat dan seperti biasa. Namun, bermulanya 'curfew', semua dinasihatkan agar berada dirumah supaya tidak terdedah kepada perkara yang tidak diingini.

Ini bukan 'WAR' tetapi 'PROTEST'

Kita perlu faham bahawa pergolakan yang berlaku di Mesir buat masa kini BUKANLAH satu peperangan seperti yang berlaku di Palestin ataupun Iraq. Ianya hanyalah 'demonstrasi jalanan' diantara 'protestor' pro dan anti kerajaan. Oleh itu, suasana tegang hanya berlaku didalam 'zon masa' yang boleh dijangka. Antara waktu yang paling tegang adalah selepas solat Jumaat pada setiap minggu.

‘Propaganda? CNN?’

Bagi pegawai2 kerajaan Malaysia di Mesir, baik dari Pejabat Kedutaan Malaysia Di Mesir mahupun Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), serta anak-anak Dirasat dan Perubatan , mereka adalah orang yang lebih arif mengenai isu dan suasana yang sebenarnya. Bagi mereka yang berada diMesir, rata-ratanya menyatakan kekesalan terhadap pihak media Malaysia dan luar negara terutamanya CNN yang ‘mempropagandakan’ suasana tegang di Mesir. Oleh itu, ibubapa serta rakyat Malaysia amnya berada didalam keadaan ‘cemas dan risau’ akan keselamatan orang yang disayangi diMesir. Hakikatnya, anak-anak Mesir pada asalnya tidak berniat untuk pulang ke Malaysia. Akan tetapi, keadaan menjadi agak 'panic' setelah ‘evacuation plan' dikeluarkan. Namun, ini bukan lagi menjadi pilihan, tetapi satu ARAHAN yang MESTI dipatuhi sebagai langkah 'menyelamatkan diri'. Maaf jika dikatakan bahawa ‘Evacuation Plan’ ini tidak memihak kepada anak-anak dari keluarga yang tidak berkemampuan.

Harapan dan masa depan pelajar di Mesir

Harapan Ummi, agar keadaan ini adalah SEMENTARA. Anak-anak Mesir merindukan suasana sebelum tragedi 25hb Januari 2011 dan INGIN KEMBALI ke KULIAH SECEPAT MUNGKIN dan bukannya selepas 3, 6 atau 9 bulan. APATAH lagi 1 tahun!

Mohon maaf jika ada pernyataan yang menyinggung mana-mana pihak. Namun, ini adalah ikhlas dari hati seorang ibu yang amat menyelami hati dan perasaan anak-anak di Mesir! Semoga musibah ini TIDAK sekali-kali melunturkan semangat dan cita-cita asal anak-anak ke bumi Mesir! UmmiMM loves u guys!!

Teruskan berdoa. Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan kita, Rabbuna Yusahhil.

Salam Sayang teramat Sayang,

Siti Haniza Mohd Nazri aka UmmiMM

dari Lobi Terminal 3, Cairo International Airport (masuk hari ke 6 berumah di Airport)

HP Mesir: +2 011 2582670

HP Malaysia: +6 019 2306167

BBM pin: 218B5012

Email: ummi.medicmesir@gmail.com

4pagi, 4hb Februari 2011

Thursday, 3 February 2011

Maklumat daripada Bilik Gerakan Kedutaan

  1. Kos perjalanan dari Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan
  2. Sara hidup dan perbelanjaan sepanjang di Jeddah adalah ditanggung oleh pihak kerajaan.
  3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.
  4. Perjalanan ke Jeddah - KL adalah dengan tanggungan sendiri
  5. Perjalanan ke Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri
Maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, Pegawai Kedutaan di Mesir melalui panggilan telefon pada jam 12.48pm

Exam Tanta University ditunda ke awal Mac 2011

Salam,

Dekan Fakulti Perubatan, Tanta University telah memaklumkan bahawa mid year exam Tahun 1, 2 dan 3 yang sepatutnya berlangsung 12hb Feb akan ditunda ke awal Mac 2011.

Harap Maklum

UmmiMM

EGYPT AIR - TIKET CAIRO - KL (Penerbangan Terakhir)

Salam,

Bagi mereka yang berhajat untuk pulang ke Malaysia, MedicMesir telah mendapatkan 150 seats untuk penerbangan esok, Khamis, 3hb Februari 2011. Harga 2500LE (one way). Seat ini TERBUKA untuk semua (tidak terhad kepada MM)

Sesiapa yang berminat, sila datang terus ke Terminal 3, Airport Cairo jam 10 pagi esok. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan koordinator di muhafazah masing-masing:

Mansoura: Akhi Hairiezal (0117386719)
Tanta: Ukhti Masyitah (0117056398)
Zagazig: Akhi Fitri (0141002848)
Kaherah: Akhi Wan Cha (0143945813)

Semoga usaha ini membantu.

Salam,
UmmiMM (from Airport Cairo)
+2 011 2582670 (call only...NO sms)
+6 019 2306167 (sms only...NO call...roaming mahal :-()

Wednesday, 2 February 2011

Pesawat MAS turut serta berlepas ke Mesir

Malaysia Airlines to operate rescue flights for Malaysians in Egypt

by Malaysia Airlines Travel on Wednesday, February 2, 2011 at 2:20pm

Malaysia Airlines will operate a rescue flight for Malaysians to be evacuated from Egypt on Thursday, 3rd February 2011. The national airline will assist in the evacuation of as many Malaysians as possible, out of Cairo and into Jeddah. This is in line with Malaysia Airline’s corporate social responsibility commitment to the Malaysian citizens stranded in Egypt.

Rescue flight MH 8010 will depart Kuala Lumpur tomorrow tentatively at 9.00am and scheduled to arrive Cairo at 1.20pm (Egypt local time). This flight is scheduled to depart Cairo at 4.20pm (Egypt local time) and arrive Jeddah at 6.10pm (Jeddah local time). This will be followed by a series of shuttle flights between Jeddah and Cairo.

Malaysia Airlines’ Director of Operations Captain Mohamed Azharuddin Osman said, "We are preparing the aircraft, and our Operations and Technical crew to be positioned at Jeddah today. At the same time, we are also liaising with government officials for other logistical issues such as visa arrangements, accommodation, transfer, etc for Malaysians entering Jeddah”.

The rescue flight will be operated using a Boeing 747-400 aircraft with 359 seating capacity.

Malaysia Airlines flights to the city of Cairo are operated via Egypt Air under a code share service.

Students to be evacuated out to Jeddah

From TheStar online

KUALA LUMPUR: The government has issued a directive to bring Malaysian students by air or sea out of Egypt due to the worsening anti-government uprising in that country.

“Some immediate measures will be taken to bring the students out of Egypt,” Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak told Bernama.

He said the government would bring the students out to Jeddah, Saudi Arabia, and to temporarily house them at the Tabung Haji Centre there until flights were available for them to return to Malaysia.

“The government has communicated with the Saudi Arabian government for our students to be allowed to be brought in to Jeddah.”

Najib said the government would provide more information on the matter to the students and their parents today.

So far, 11,319 students had registered with the Malaysian embassy in Cairo.

Najib said the decision was made after receiving a report on the situation in Egypt from the Malaysian delegation led by Deputy Foreign Minister A. Kohilan Pillay and the prime minister’s political secretary Datuk Sahlan Ismail.

Kohilan said AirAsia and Malaysia Airlines will be flying the students to Jeddah by today in addition to two Royal Malaysian Air Force C-130 transport aircraft.

“We have facilities in Jeddah to house the students until the situation changes. We will not bring all of them back to Malaysia because there are just too many of them,” he added.

Pesawat TUDM berlepas ke Mesir

3 pesawat TUDM berlepas ke Mesir 12 tengah hari ini

Dari UM Online 2/2/2011

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.

"Pukul 12 (tengah hari) ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur.

“Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung dan lain-lain lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.

”...Sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu,” katanya.

Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. – Bernama

Perpindahan pelajar

  1. Bermula hari ini, beberapa pesawat akan digerakkan dari Cairo ke Jeddah. Anak-anak yang hendak balik ke Malaysia di kehendakki mendaftar di pusat penempatan masing-masing jam 9.00 pagi.
  2. Mohon supaya ibubapa dapat menghubungi anak-anak masing untuk berbuat demikian sebab perhubungan antara talian dalam Mesir tidak stabil.
  3. Keutamaan diberikan kepada pelajar perempuan berkeluarga dan mempunyai anak dan pelajar perempuan Tahun 1.
  4. Sila berhubung terus dengan Ummi di Mesir di talian +2011 258 2670. Sila call - jangan SMS sebab SMS di Mesir telah di blok.
Ummi di Kaherah

Tuesday, 1 February 2011

Kerajaan akan bawa balik pelajar Malaysia

Utusan Malaysia online melaporkan




Makluman dari Ummi di Cairo

1hb Feb. 8pagi, satu mesyuarat telah diadakan di Rumah Negeri Pahang dipengerusikan oleh SetPol PM, Dato' Sahlan, dgn di hadiri oleh Menteri Penasihat Tn. Hj Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar dan pegawai-pegawai negeri serta Ummi MedicMesir. Antara yang diputuskan adalah:-
1. Mengeluarkan semua pelajar keluar dari Mesir secara berperingkat
2. Mempastikan keselamatan pelajar terjamin. Untuk itu beberapa penempatan telah dikenal pasti iaitu:-
  • Kaherah : Dewan Malaysia dan rumah-rumah negeri
  • Alexandria : Bngn MARA
  • Mansoura : Bngn Yayasan Terengganu
  • Tanta : Bngn MedicMesir
Semua bangunan ini akan dijadikan penempatan sementara. Sekiranya keadaan semakin meruncing pihak kedutaan akan menambahkan tahap keselamatan di setiap bangunan ini.

3. Kerajaan Malaysia dalam masa terdekat akan berusaha untuk mendapatkan stok makanan yang secukupnya dan akan diagihkan mengikut muhafazah masing-masing
4. Semua pelajar diminta mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya tidak keluar pada waktu yang diwartakan sebagai "waktu berkurung"
5. Pihak kedutaan dan kerajaan Malaysia akan mempastikan kebajikan semua pelajar terjamin TANPA mengira latarbelakang negeri asal dan tajaan.
6. Semua wakil muhafazah perlu membekalkan data maklumat yang tepat kepada pihak kedutaan
7. Jika perlu pihak kedutaan akan menyewa bangunan tambahan untuk menampung jumlah bilangan pelajar yang ramai
8. Memandangkan pemindahan pelajar bukan satu proses yang mudah, maka, segala urusan logistik dan pergerakan perlu kepada perancang yang tersusun.
9. Mesyuarat juga dimaklumkan akan terdapat makluman yang disebarkan di Malaysia sebagai tidak benar. Oleh itu, adalah dinasihatkan agar semua pihak bertanggungjawab mempastikan kesahihan fakta sebelum dihebahkan. Antaranya:-
  • Ada pelajar Malaysia di rogol.
  • Rumah negeri Sabah di bom
  • Airport Alex di bom
  • Pelajar mati di tembak, dan banyak lagi...
10. Akhirnya, Pengerusi, YBhg. Dato Sahlan, berharap agar kemelut ini akan berakhir dalam masa terdekat. Mohon semua berdoa agar diberi kelancaran proses yang dirancang.

Salam Ikhlas
UmmiMM, dari Kaherah.



Talian Bilik Operasi

Malaysia : 03-8889 2746 / 8889 4570 / 019-278 4566
Kaherah : 00 202 3760 7375

Info Rumah Perak

Info Rumah Negeri Perak di Mesir
Pegawai bertugas : Abd Muhaimin Bin Abd Majip
No Telefon Malaysia : 017-5409793, Mesir :+20149929245

Dato' Shahlan Selamat tiba di Cairo


Salam
Dato' Shahlan (Setpol PM) telah selamat tiba kira-kira setengah jam yang lalu dan bersama Ummi dan Ust Ameer menuju ke Hayyu Asyir untuk mesyurat dengan pihak kedutaan dan semua pegawai Negeri di Mesir. Mudah-mudahan beliau dapat menyampaikan maklumat tepat untuk tindakan selanjutnya dari pihak kerajaan.

Gambar diatas adalah lawatan pertama, Dato' Shahlan sebaik aja tiba di Cairo International Airport. Sewaktu itu sudah ada sekitar 250 warga Malaysia yang terkandas di lapangan terbang tersebut. Ini termasuk jumlah di Terminal 1 dan Terminal 3.

Semoga ada tindakan sewajarnya bagi menyelamat semua pelajar Malaysia.

Ameen Ya Rabb,
ummiMM

Monday, 31 January 2011

Egypt Air ke Middle East and Asia dibatal

Di laporkan semua penerbangan EgyptAir ke Middle East dan Asia termasuk Malaysia telah dibatalkan hari ini hingga kesatu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Hanya penerbangan ke Europe sahaja masih beroperasi.

Tiket Qatar Airways

Salam untuk semua ibubapa
Untuk sesiapa sahaja hendak membawa balik anak mereka melalui Qatar Airways bolehlah berhubung terus dengan Pejabat Qatar Airways di KL 03-21186100 (Cik Shima). InsyaAllah ko-ordinator kita boleh membantu menghantar ke Airport.

Contoh laluan penerbangan
1. Cairo - KL, 4/2/11, 2.55pm Waktu Mersir - harga tiket MYR 2974
2. Alexandria - KL 4/2/11, waktu belum confirm lagi - harga tiket MYR 3743

Terkini di Kaherah - Berkumpul di ARMA

Salam
Semua pelajar di Kaherah telah di minta berkumpul di ARMA sebelum jam 2 petang hari ini. Sentiasa doakan dan solat hajat untuk keselamatan mereka.
Salam dari Ummi di Kaherah.

Agihan Makanan dan bantuan kewangan

Salam
Untuk makluman
1. Pembelian stok makanan setempat - minta pelajar berurusan dengan kordinator masing di lokasi mengikut bandar.
2. Bantuan pinjaman kewangan juga telah diperuntukkan.


Menginap bersama-sama untuk tujuan keselamatan

Salam
Semua pelajar dinasihatkan untuk tinggal secara berkumpulan di rumah-rumah tertentu atau berkumpul di tempat berikut mengikut lokasi masing-masing
1. Mansoura (Imarah Yayasan Terengganu) - Asyraf +2011 7462 1821
2. Tanta (Imarah MedicMesir) - Ust. Ameer +2011 858 1117
3. Kaherah (ARMA atau Rumah-rumah negeri)
4. Alexandria (Imarah MARA) - Peg. Mara Ust. Ishak +2011 693 4991

Perjumpaan Ibubapa, JPM dan Kem. Luar Negeri.

Salam untuk semua
Satu perjumpaan antara Ibubapa, Setiausaha politik PM, Dato' Sahlan, dan Setiausaha Politik Menteri Luar Negeri, Dato' Norhaidi dan bekas Duta Malaysia Dato' Zainal yang baru pulang dari Mesir telah diadakan di Palm Garden, IOI berhampiran Putrajaya semalam (30hb Jan 2011). Hampir 100 orang telah hadir walaupun dijangka 20 orang sahaja. Tujuan diadakan ialah untuk berkongsi maklumat serta taklimat rengkas mengenai perancangan yang akan dilakukan

Antaranya:-
1. Ibubapa diharap bersabar dan bertenang dengan situasi sekarang kerana keadaan masih terkawal.
2. Wisma Putra telah membuka bilik operasi 24jam dan membuat pemantauan berterusan mengenai perkembangan di sana. Tel: 03-8889 2746 / 8887 4570.
Manakala Bilik Operasi di Kedutaan Besar Malaysia di Mesir: Tel: +202-3761 0013 ext. 116 / +202-3761 0164, Pegawai bertugas: Hj. Shahrudin, Hj. Shamsul, En. Iskandar
3. Pada hari ini keadaan di Mesir di berikan Kod Oren yang membawa makna berjaga-jaga. Sebelum ini diberi Kod Kuning - keadaan masih selamat.
4. Dimaklumkan mesyuarat di Wisma Putra akan di adakan lagi pada hari ini (Isnin, 31hb)
5. Anak-anak di minta dihubungi dari masa ke semasa dan perlu diingatkan untuk tidak turut bersama berdemonstrasi, tidak dengan sengaja pergi ketempat-tempat sensitif dimana rakyat Mesir akan berkumpul untuk memulakan demonstrasi.
6. Ibubapa juga diminta untuk menasihati anak-anak supaya tinggal berkumpul dalam kelompok yang lebih ramai
7. Pelajar juga diminta untuk menyimpan stok simpanan makanan berlebihan.
8. Jika ada pelajar yang ingin balik, pihak WP mengatakan eloklah berbuat demikian sekiranya berpeluang terutama yang telah tamat peperiksaan. Menurut pihak Wisma Putra ada kira-kira 11,000 pelajar di Mesir dan sehingga ini 350 telah kembali ke tanah air.
9. Dato' Norhaidi dan Dato' Sahlan akan ke Egypt untuk meninjau dan membuat perancangan selanjut. Misi ini juga penting untuk mengatur strategi dan ko-ordinasi dengan kakitangan di Mesir disamping mendapat maklumat terkini dan 'first-hand'.
10. Berita dari CNN dan seumpamanya kini dikhuatiri terlalu mengeksploitasi situasi khususnya kepada negara-negara Islam.

Turut di ingatkan kejadian ini ada banyak hikmah untuk pelajar-pelajar Malaysia dan akan memberi pengalaman besar buat mereka. Mudah-mudahan maklumat ini membantu disamping doa-doa berterusan dari ibubapa sekelian.
T/kasih.

Sunday, 30 January 2011

Nasihat untuk anak-anak

Salam untuk semua ibubapa
Memandangkan suasana pergolakan di Mesir masih berterusan adalah disarankan ibubapa turut menghubungi anak masing-masing secara berkala. Di dapati panggilan telefon adakalanya dapat dibuat ke sana.
Sila nasihatkan mereka:-
a. Untuk tidak sekali-kali terlibat dan turun ke demonstrasi jalanan
b. Jika ada keperluan untuk keluar membeli barangan, minta mereka keluar secara berkumpulan
c. Keluar hanya waktu selamat - jangan keluar terutamanya selepas jam 4 petang hingga 8 pagi
d. Beli barangan makanan sedikit berlebihan untuk stok simpanan
e. Guna masa dirumah sebaik mungkin untuk mentelaah pelajaran
f. Jangan keluar untuk sengaja melihat-lihat / mengintai / mengambil gambar suasana demonstrasi.
h. Jangan bertandan kerumah kawan-kawan terutamanya sebelah petang dan malam

Kepada ibubapa yang berhasrat untuk bercuti ke Mesir sempena cuti Tahun Baru Cina di nasihatkan untuk menangguhkan perjalanan tersebut.

Mudah-mudahan peringatan ini dapat membantu, InsyaAllah.

Friday, 28 January 2011

Demonstrasi di Mesir

Salam untuk semua
Keadaan di Mesir di laporkan tegang. Di laporkan perarakan besar-besaran di rancang selepas solat Jumaat. Buat masa ini Ummi sekarang berada di Mesir. Pelajar-pelajar Malaysia di minta tidak terlibat sama sekali. Semua hubungan komunikasi melalui telefon, SMS dan internet telah diputuskan lewat jam 4.30petang waktu malaysia. Laman FB, twitter, dll telah di blok. Mohon turut sama berdoa moga krisis politik ini dapat mereka tangani dengan sebaik mungkin. Mudah-mudahan anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah swt dan tidak terganggu pengajian mereka. InsyaAllah.

Berita terkini boleh di lawati di :-


Manchester Student Exchange Program



Congrats! Naazirah(mak), Khadijah, Farah Amaludin for being selected to 'Manchester Student Exchange Program'...proud of u peeps...May the experience gain will benefit all Mansoura Manchester students. Insha Allah...
UMMI

Thursday, 27 January 2011

Pengambilan Februari 2011

Salam,
Sukacita dimaklumkan bahawa pengambilan Februari 2011 masih lagi DIBUKA. Permohonan ini diBUKA untuk SPM 2007,2008, 2009 dan 2010. Sila DAFTAR ONLINE DISINI

Untuk makluman lanjut mengenai pengambilan ini. Sila download INFOPACK 2011 disini. Sila ambil maklum, bahawa akan berangkat sekitar 23hb Februari 2011. Kelas khas ini akan bermula pada akhir Februari 2011. Untuk makluman lanjut sila berhubung dengan En Aliff Afzan di talian 019 6206167

Semoga peluang ini dimanfaat sebaik mungkin.

Salam,
Sekretariat Pengambilan 2011

Saturday, 22 January 2011

MedicMesir~Rus~Infaq

Salam,
Sukacita dimaklumkan, MedicMesir menguruskan edaran beras dengan kadar separuh harga dari harga jualan biasa. Oleh itu mana-mana pelajar yang berminat untuk membuat tempahan, sila isikan BORANG MM RUS INFAQ.

Edaran akan dibuat dimuhafazah masing-masing melalui koordinator yang akan dimaklum kemudian.

Membeli dengan niat untuk menjual semula adalah DILARANG sama sekali.
Usaha ini adalah dibiayai melalui wang peninggalan arwah Ibu Ummi yang dipesetujui oleh semua keluarga untuk dimanfaat kepada anak2 Mesir yang bermusafir mencari Ilmu. Alfatihah buat Arwah. Semoga usaha ini mendatangkan manfaat. Ameen.

Ikhlas dan Salam Sayang,
UmmiMM


Wednesday, 19 January 2011

TAKLIMAT PROGRAM PERUBATAN 2011 - INTAKE FEB 2011 & OKT 2011

Salam...
Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat mengenai Program Perubatan Mesir akan diadakan spt dibawah:

AHAD, 23 hb JANUARI 2011, 10-12 tghri
Dewan Kuliah 3, Fakulti PERUBATAN, UPM

Utk pengesahan kehadiran sila sms -akan hadir 23hb Jan- ke 019 6206167 atau

Sila ambil maklum, tarikh berangkat ke mesir utk pengambilan Februari adalah 24hb FEB 2011. Sila hebahkan kepada rakan-rakan terutama SPM 2008 / 2009 / 2010. Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan.

Salam hormat
UmmiMM

Friday, 7 January 2011

Pengambilan KHAS FEBRUARI 2011

Salam,
Sukacita dimaklumkan bahawa, MedicMesir akan mengadakan Taklimat Khas kepada pelajar lepasan SPM yang ingin mendapatkan maklumat mengenai 'Pengambilan KHAS FEBRUARI 2011'.

Taklimat akan diadakan pada hari Sabtu, 15hb Januari 2011, di Dewan Kuliah Utama 3, Fakulti Perubatan, UPM, Serdang. Masa: 10-12 tengahari. Masuk PERCUMA

Sila isikan borang pengesahan kehadiran. (klik sini). Sila bawa bersama salinan sijil lahir dan slip SPM semasa pendaftaran taklimat.

TARIKH BERANGKAT KE MESIR 24HB JANUARI 2011. Pelajar akan dimasukkan didalam kelas khas dan jadual imtihan juga tidak sama dengan pelajar yang terdahulu. Bagaimanapun, pelajar yang lulus akan masuk ke tahun 2 bersama-sama pelajar terdahulu pada bulan Oktober 2011.

Pelajar Matrikulasi, Asasi sains, PASUM dan mana-mana yang berkaitan digalak untuk hadir.
Sebarang pertanyaan sila berhubung En Aliff, di talian 019 6206167

Semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen.

Salam,
Siti Haniza Mohd Nazri @ ummiMM