Friday, 13 September 2013

PERKONGSIAN MAKLUMAN MAJLIS PERJUMPAAN Kementerian Pendidikan Malaysia serta badan professional dengan IbuBapa pelajar Mesir (12hb September 2013)

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. 


2. Posting ini merujuk kepada perjumpaan diatas dan dikongsi maklumat ini terutamanya bagi IbuBapa serta pelajar yang tidak dapat hadir.

3. Berikut adalah beberapa perkongsian ringkas. 
1. Sesi KPM
  • Kemaskini hasil perjumpaan delegasi Malaysia ke Mesir  seperti makluman tangguhan peperikasaan, permulaan kuliah serta tarikh mula kuliah.
  • Menteri memberi kenyataan bahawa Mesir masih tidak stabil, tetapi TIDAK MENGHALANG KEPADA SESIAPA UNTUK BELAJAR DI MESIR.
  • KPM menasihati pelajar yang membuat keputusan untuk kembali ke Mesir untuk :
    • Jaga diri baik-baik
    • Tidak menunjukkan kecenderungan politik masing-masing
    • Melaporkan ke EME keberadaan di Mesir
2. Sesi MPM / MDC / MFM – Urusan Pindah Kredit
  • Pihak berkenaan mensyorkan pelajar untuk meneruskan pengajian di Mesir.
  • Hanya penjelasan minima telah dibuat mengenai KELONGGARAN PINDAH KREDIT. Semua permohonan perlu dihantar terlebih dahulu melalui Universiti untuk diluluskan oleh badan professional tersebut.
  • Untuk tujuan ini, MedicMesir turut mengalakkan pelajar-pelajar untuk memohon, terutamanya mereka yang kini berada di Tahun 2 dan berminat untuk meneruskan pengajian di Malaysia. Kelulusan dijangka akan diperolehi pada akhir Oktober 2013.
3. Komen mengenai kelancaran program diatas seperti yang diluahkan oleh kebanyakan para hadiran yang hadir.
a. Penyediaan logistik program. 
Persediaan logistik amat mendukacitakan. Ruang dewan TERHAD dan kemudian audio di luar dewan pada awalnya didak disediakan dan hanya diletakkan pada kemudian nya setelah pelbagai rungutan.
b. Kehadiran pihak penaja
Seperti yang tertera didalam buku agenda terdapat slot untuk penaja. Pelajar serta ibubapa yang hadir ternanti-nanti sesi bersama penaja untuk mendapatkan pandangan serta pencerahan situasi terkini TETAPI GAGAL.
c. Ketiadaan wakil IPTA 
Para hadirin telah dibayangi kehadiran wakil-wakil dari IPTA. Namun agak mendukacitakan ketiadaan wakil IPTA sekurang-kurangnya untuk berkongsi maklumat mengenai pindah kredit yang telah dihebahkan sebelum ini.
d. Pencanggahan maklumat 
Jelas ketidak saragaman pendapat didalam koordinasi maklumat dan tindakan dari pihak kerajaan. Hal ini telah dicadangkan oleh ibubapa yang hadir agar satu “steering committee” SC ditubuhkan.  Ramai yang berpendapat bahawa, SC ini sudah patut lebih awal ditubuhkan dan bertindak sebelum perjumpaan diadakan. Ini menampakkan tahap professionalisme atau kredibiliti pihak KPM didalam menangani isu yang serius dan besar.

Antara percanggahan maklumat:
KPM : Tak selamat – jangan balik
MPM : Pelajar dinasihati untuk sambung di Mesir.
JPA : Melalui makluman dari pegawai di kaunter JPA. Pelajar perlu balik untuk meneruskan pengajian, jika tidak tajaan akan ditarik. Manakala, sesiapa yang menyambung diMalaysia melalui pindah kredit juga akan ditarik balik.
MARA : Tiada penjelasan RASMI setakat ini (selain dari khabar yang tidak jelas)

4. RUMUSAN
a. Hasil rumusan serta keluhan dari IbuBapa serta pelajar, majlis ini tidak mencapat matlamat yang ingin dicapai. 
b. Rata-ratanya, pelajar membuat keputusan untuk balik ke Mesir dan meneruskan pengajian yang bakal bermula tidak lama lagi.  
c. Bagaimanapun, pelajar yang berminat untuk memohon ‘pindah kredit’ akan terus berbuat demikian mengikut arahan yang telah diberikan oleh badan-badan berkenaan.
d. Pelajar yang dibawah penajaan kerajaan akan akur dengan kehendak penaja masing-masing buat masa ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. HARAP MAKLUM

Salam,
UmmiMM

No comments:

Post a Comment