Friday, 13 September 2013

MAKLUMAN KHAS dan PENGESAHAN KEBERANGKATAN UNTUK PELAJAR BARU SESI PENGAJIAN 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Ini adalah makluman rasmi bahawa MedicMesir akan meneruskan penghantaran pelajar2 baru Sesi 2013/14 ke Mesir.  Usaha ini adalah bagi memenuhi permintaan ibubapa/pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di bumi Mesir dan disokong dengan beberapa faktor lain. 

2. Tarikh keberangkatan yang telah ditetapkan adalah pada 17, 18 dan 19hb Oktober 2013. Pelajar akan menaiki pesawat Egypt Air.  Pelajar perlu berkumpul di KLIA pada jam 5 petang pada tarikh yang ditetapkan. Setakat ini seramai 200 dari 350 pelajar berminat meneruskan PLAN A. Bakinya, telah menerima pilihan B.


3. Mohon pelajar-pelajar yang memilih PLAN A membuat pengesahan MUKTAMAD di LINK ini. Sila SAHKAN sebelum 20hb September 2013. MM akan menghantar makluman lanjut mengenai persiapan keberangkatan. Satu perjumpaan akan disusun khas untuk Kumpulan PLAN A. InshaAllah.

4. Buat masa ini MedicMesir masih belum dapat mengesahkan pendaftaran preMedic II atas faktor kekangan tempat. Pihak kami memohon maaf dan masih mencuba.  Pihak kami akan memaklumkan tarikh dan tempat jika urusan ini sudah selesai.

5.Seperti yang ibubapa/ pelajar sudah sedia maklum, MedicMesir menyediakan beberapa pilihan pengajian didalam dan luar negara sebelum ini tetapi MASIH MENGEKALKAN PLAN A. Ini adalah kerana semua urusan mengenai PLAN A telah selesai dan pembatalan tidak bermakna apa-apa. Bagi pelajar yang memilih PLAN B, borang untuk urusan refund hanya akan dibuat sebaik sahaja keberangkatan pelajar-pelajar Plan A ke Mesir atau pengumuman MKN dibuat (mana-mana yang lebih awal). Dari tarikh tersebut, MM akan mengambil sekitar 2 bulan untuk urusan tersebut selesai. 

6. MedicMesir memberi sokongan juga untuk PLAN A atas faktor berikut:-

a. KPM TIDAK MENGHALANG dan meminta agar pelajar yang akan meneruskan pengajian ke Mesir agar mematuhi peraturan keselamatan dan memaklumkan keberadaan masing-masing dengan pihak EME.

b. Majoriti pelajar 'seniors' (hampir 99%) mengambil keputusan untuk kembali ke Mesir meneruskan pengajian. Ini bermakna komuniti pelajar Melayu yang berada disetiap Universiti masih tinggi. Kebanyakan pihak penaja dilihat memberi sokongan terhadap pelajar yang memilih untuk kembali ke Mesir.  Oleh itu, pelajar-pelajar Sesi 2013 akan terus mendapat sokongan dari 'seniors' mereka.

7. Menteri KPM, didalam perjumpaan 12hb September 2013 memaklumkan, krisis ini tidak sepatutnya menjejaskan urusan berkaitan penajaan anak-anak untuk belajar di bumi Mesir. Oleh itu, MedicMesir melalui Persatuan IbuBapa / Pelajar Mesir akan memberi tumpuan khas untuk mendesak kerajaan memberi bantuan kepada pelajar-pelajar Mesir sepertimana yang pernah dilalukan 3 tahun lepas (tatkala itu, kerajaan mengumumkan tiada tajaan untuk pelajar Mesir dan akhirnya berjaya dikembalikan dengan kuasa 'ibubapa pelajar' ).  Perkara ini perlu diusahakan.

8. Perjuangan mencari ILMU di bumi Mesir, bumi Anbiya, Bumi Kinanah TIDAK AKAN ada bandingan serta gantinya berbeza dimana-mana negara. Semoga dengan sedikit UJIAN ini anak-anak yang berjihad mencari ILMU di Mesir akan menjadi mereka yang kuat dan bersedia untuk menjai barisan hadapan didalam menyumbang kepada UMMAH.

9. MedicMesir akan terus memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak yang memilih untuk ISTIQAMAH atas perjuangan ini. Tajdid NIAT kerana Allah ! Semoga Allah permudahkan segala urusan. 

Harap Maklum. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Salam,
UmmiMM



No comments:

Post a Comment