Thursday, 12 September 2013

PERMOHONAN PINDAH KREDIT MELALUI MEDICMESIR UNTUK UNIVERSITI PILIHAN

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. 



2. Posting ini merujuk kepada permohonan pindah kredit yang telah dihantar melalui MedicMesir.  Sila ambil maklum beberapa perkara dibawah:

a. Permohonan pelajar telah mula diproses dengan kerjasama pihak Universiti dan akan diserahkan kepada pihak MMC pada minggu ini juga. InshaAllah.

b.  Sekiranya pada majlis taklimat KPM / MMC pada 12hb September 2013, anda mendapati tawaran pindah kredit ini 'TIDAK MENARIK' dan anda ingin menarik diri ATAU IANYA TERLALU MENARIK' sehingga anda yang telah memohon dan membayar deposit melalui MedicMesir mendapat tawaran yang lebih baik, maka, anda boleh memohon untuk pembatalan usaha nombor 2a diatas. Jika ini berlaku, maka anda boleh memohon pengembalian semula wang deposit yang telah dibayar bermula 13hb September 2013.  

c.  Sila ambil maklum, wang deposit yang dibayar adalah sebagai deposit pendaftaran ke Universiti. Jika permohonan pindah kredit ini gagal, maka ianya akan terus dipulangkan.

3. Untuk urusan pindah kredit ini, pelajar berhak memilih mana-mana Universiti pilihan anda sendiri (bergantung kepada kekosongan tempat di tahun pengajian Universiti berkenaan). MedicMesir hanya menyelaras dokumentasi dan keputusan pindah kredit adalah 'hak mutlak' MMC.

4. Segala pertanyaan mengenai urusan pindah kredit sila berhubung dengan Dr Ahmad Rodzi Mahmud di talian 013 3061313

Salam,
UmmiMM

No comments:

Post a Comment