Thursday, 8 August 2013

URUSAN TAJAAN PELAJAR MEDICMESIR BAGI SESI 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Salam Eidulfitri. Maaf Zahir Batin. Taqabbal Allahu Minna wa Minkum. Semoga sentiasa didalam pemeliharaan Allah swt. Semoga Allah memberi keamanan serta perlindungan buat saudara2 kita di bumi Mesir. Semoga Allah kembalikan yang HAQ dan musnahkan yang BATIL dan Mesir kembali aman. Ameen.

2. Posting ini merujuk kepada hal-hal berkaitan tajaan anak-anak MedicMesir untuk tahun 2013. Posting ini bukan sahaja ditujukan kepada anak-anak Tahun 1 tetapi untuk kesemua yang masih belum mendapat apa jua tajaan. Posting terdahulu yang ditujukan untuk anak-anak Mansoura Manchester juga adalah dirujuk. Ini adalah kerana anak-anak MedicMesir di Universiti lain turut perlu mengambil langkah yang sama. Rujuk Link  http://medicmesir.blogspot.com/2013/06/keputusan-mansoura-manchester-tahun-1.html

3. Alhamdulillah, hampir kesemua Universiti telah mengumumkan keputusan akhir tahun, kecuali Program Perubatan, Alexandria University (kedudukan setakat 7hb Ogos 2013).  TAHNIAH kepada yang BERJAYA, yang kurang cemerlang atau bagi mereka yang berhadapan dengan Dhur Thani, gunakan PELUANG KEDUA ini terbaik mungkin. Ummi akan tidak putus-putus mendoakan kejayaan anak-anak kesemuanya.


4. SLIP PEPERIKSAAN
i. Pelajar mempunyai dua pilihan samada mendapatkan slip peperiksaan yang dikeluarkan oleh pihak Universiti atau Slip Keputusan yang telah diterjemahkan oleh pihak EME. Kedua-duanya sah untuk urusan tajaan. Menurut kebiasaan, penaja boleh menerima salah satu daripadanya dengan disertakan pengesahan pegawai kerajaan pada salinan keputusan tersebut.

ii. Untuk urusan pengeluaran slip, MedicMesir mempunyai wakil 'Team Result' untuk batch masing-masing. Sila rujuk di FaceBook group batch masing-masing.

5. PENAJAAN
Secara rata-ratanya, penajaan amat bergantung kepada keputusan Tahun 1 (atau terkini).  Buat masa ini, penajaan diutamakan kepada mereka yang memperolehi keputusan Mumtaz dan Jayyid Jiddan. Bagaimanapun, apa jua keputusan Imtihan sekalipun, kalian mestilah mengambil peluang untuk memohon apa jua tajaan yang terbuka. Ini adalah kerana, mengikut sebelum ini, ada jua pelajar yang Maqbul memperolehi tajaan samada JPA atau MARA.

5.1 PENAJAAN JPA - PROGRAM SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN LUAR NEGARA
Untuk tahun 2013, tumpuan adalah kepada tajaan JPA. Ini adalah kerana buat masa ini, JPA adalah sumber terbesar penajaan untuk pelajar-pelajar perubatan yang menuntut di luar negara. Permohonan secara ONLINE kini dibuka sehingga 18hb Ogos 2013.  Dokumen perlu dihantar selewat-lewatnya 30hb Ogos 2013. Sila MOHON ONLINE dilink ini. 

5.2 PENAJAAN PINJAMAN MARA 
i. Seperti yang umum sedia maklum, MARA telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak menaja mana-mana pelajar yang kini menuntut diluar negara. Kenyataan yang sama  (samada rasmi atau tidak rasmi)  pernah dikeluarkan 2 atau 3 tahun yang lepas.  Pelajar-pelajar 'seniors' agak faham perkara yang dimaksudkan ini. Bagaimanapun, beberapa kumpulan terutamanya ibubapa pelajar pada waktu itu telah mendesak kerajaan untuk 'menilai semula' perkara tersebut dan mempersoalkan peranan MARA didalam membantu anak-anak Bumiputra untuk terus maju. Atas desakan ini, akhirnya, bantuan penajaan MARA diteruskan. Alhamdulillah, hasil nya cukup jelas buat masa kini. Mereka yang dibantu, sudah pun hampir menamatkan pengajian satu atau dua tahun saja lagi. 

ii. Bersandarkan slogan kerajaan Malaysia, 'Rakyat diDahulukan, Pencapaian di Utamakan', MedicMesir yakin terhadap dasar-dasar kerajaan untuk terus membantu golongan Bumiputra mencapai kecemerlangan. 

Maka, pihak MARA atau mana-mana agensi kerajaan lain mesti terus 'peka', 'cakna' dan  'berperanan secara effektif' untuk memajukan agenda kejayaan Bumiputra.  Kejayaan 'Generasi Bumiputra Baru' ini seharusnya terus menjadi KPI agensi-agensi yang sedia ada ini.

iii. Alhamdulillah, untuk tujuan ini, MedicMesir telah berhubung dengan pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM). Isu ini disambut dengan baik oleh pihak JPM. Oleh itu, MedicMesir telah disaran untuk memajukan permohonan tajaan MARA terus kepada pihak JPM.  Pihak JPM telah meminta hanya permohonan pelajar Mumtaz didahulukan. Bagaimanapun, MM akan memajukan permohonan pelajar 'Mumtaz dan Jayyid Jiddan'. 

iv. Bagi anak-anak MM yang memperolehi 'Mumtaz dan Jayyid Jiddan' dan berminat, maka, boleh mengemukakan BORANG PERMOHONAN MARA (klik link) dan cetak 2 salinan dan serahkan 'terus' kepada MedicMesir. Sila cetak borang ini mengunakan kertas berwarna UNGUPelajar tidak perlu menghantar salinan ke MARA. Memadai 2 salinan ke MedicMesir. 
(Sampul pos tersebut, sila nyatakan di bahagian kanan belakang sampul <NAMA><MANSOURA MANCHESTER> <PERMOHONAN MARA 2013> yang akan dipos ke pejabat MedicMesir . Sila postkan ke MedicMesir , 17-1, Jalan Equine 9A, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan (Tel: 03 8945 9030). Sila hantar selewat-lewatnya 25hb Ogos 2013)

v. Pelajar yang telah menghantar borang MARA ini terlebih dahulu (terutamanya pelajar Mansoura Manchester), anda tidak perlu membuat apa-apa tindakan tambahan. Sila ambil maklum, MedicMesir TIDAK BERURUSAN dengan MARA, tetapi terus ke JABATAN PERDANA MENTERI. 
SILA AMBIL MAKLUM BAHAWA INI ADALAH USAHA TAMBAHAN MEDICMESIR dan HAK MUTLAK KELULUSAN ADA DITANGAN PERDANA MENTERI, DENGAN IZIN ALLAH SWT.

5.3 LAIN-LAIN PENAJAAN
Selain JPA dan MARA, beberapa Kerajaan Negeri turut membuka peluang pinjaman / biasiswa. Mereka yang berminat boleh membuat rujukan kepada LINK INI.

6. URUSAN NOC
i. Bagi mereka yang tidak mempunyai C semasa SPM, sudah sepatutnya menerima NOC pada sewaktu sebelum atau awal keberangkatan. 
ii. Bagi mereka yang mempunyai C didalam SPM, anda boleh memohon NOC dengan mengunakan keputusan Tahun 1. Buat masa ini, pihak KPT telah memberikan kelulusan NOC kepada mereka yang Jayyid keatas. Bagi kes dimana, keputusan Tahun 1 anda Jayyid dan NOC pula tidak diluluskan. Sila hantar rayuan anda kepada jabatan berkenaan.  Ini adalah kerana, pihak JPT telah banyak meluluskan NOC bagi mereka yang Jayyid.
iii. Sila muat turun Borang Permohonan NOC disini dan sertakan bersama dokumen-dokumen yang diminta termasuk, Surat Tawaran dan Keputusan Tahun 1. Untuk urusan ini, anda perlu menghantar terus ke KPT. Jika terdapat sebarang permasalahan, sila berhubung dengan Cik Farah di talian 0193653444.

7. PEMANTAUAN MEDICMESIR 
i. Untuk memudahkan urusan pematauan tajaan ini, mohon kerjasama agar dapat mengisi BORANG MAKLUMAT TAJAAN di link ini. (Bagi anak-anak Mansoura Manchester yang telah mengisi sebelum ini, sila isi sekali sahaja)

MEDICMESIR mendoakan agar segala usaha ini memberi natijah yang terbaik. Syukran semua atas sokongan terhadapa MedicMesir. Semoga kalian akan lebih berjaya dimasa hadapan. Ameen.

Salam,
UmmiMM

No comments:

Post a Comment