Friday, 30 August 2013

PELAN TINDAKAN PELAJAR-PELAJAR MEDICMESIR SESI 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. Semoga Mesir kembali aman dan tenang bagi membolehkan anak-anak meneruskan pengajian di bumi Mesir


2. Posting ini merujuk kepada posting terdahulu mengenai perkara yang sama. KLIK LINK.

Masih menunggu laporan rasmi
3. Alhamdulillah, delegasi kerajaan Malaysia ke Mesir telah menyempurnakan lawatan mereka hari ini. Delegasi akan tiba di Malaysia pada jam 630 petang hari ini, (30hb Ogos 2013) di KLIA. Buat masa kini, pihak MedicMesir masih menunggu keputusan rasmi rumusan lawatan tersebut. Bagaimanapun, sedikit sebanyak laporan 'tidak rasmi' telah dikeluarkan melalui Facebook Menteri dan juga ahli delegasi yang lain. Pihak JPA juga telah memberi makluman rasmi hasil dari lawatan KPT Mesir, Universiti Al Azhar, Ainsham, Mansoura dan Kaherah. InshaAllah, lawatan ke Zagazig dan Tanta sudah selesai semalam dan makluman pendaftaran pelajar baru 2013 juga telah dimaklumkan.

4. Bagaimanapun, laporan 'tidak rasmi' setakat ini amatlah minimal dan pihak MedicMesir serta pelajar-pelajar samada sesi 2013 ataupun yang terdahulu masih menantikan satu makluman rasmi yang lebih terperinci. Dijangka makluman rasmi akan dibuat pada awal minggu hadapan. Insha Allah.

5. Bagi pelajar baru, Sesi 2013, makluman yang ditunggu-tunggu adalah tarikh permulaan kuliah disemua Universiti dan seterusnya 'lampu hijau' dari Kementerian Luar Negara.

Pilihan Pelan A dan Pelan B
6. Seperti yang dimaklumkan didalam perjumpaan di UPM pada 24hb Ogos 2013, mengenai pelan tindakan PELAN A dan PELAN B dimana

PELAN A - Pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di Mesir. 
PELAN B - Pelajar yang berminat  dengan pilihan lain seperti didalam negara dan luar negara (Indonesia / Rusia / China)

PENGESAHAN MUTAKHIR HANYA SELEPAS PENGUMUMAN MKN
8. Buat masa ini, bagi mereka yang memilih PELAN B, ianya tidak sekali-kali membatalkan sama sekali PELAN A, atas alasan, segala dokumentasi, penempahan rumah serta tiket telah siap. PELAN B ini hanya satu pilihan bagi mereka yang memikirkan alternatif selain Mesir.
Bagi mereka yang telah pasti memilih PELAN B hanya perlu membuat pengesahan MUTAKHIR melalui borang yang akan dikeluarkan oleh MedicMesir sebaik sahaja pengumuman rasmi oleh Majlis Keselamatan Negara atau Education Malaysia Egypt dibuat mengenai keberangkatan pelajar baru keMesir. Ini bagi membolehkan MedicMesir memproses pembatalan PELAN A secara serentak dengan pihak Universiti / tuan rumah dan penerbangan. 

PELAN A
9. Tarikh Berangkat ke Mesir 
Menurut perbincangan delegasi ke Mesir baru-baru ini, tarikh kuliah telah ditetapkan bermula dalam bulan Oktober. Tarikh baru penerbangan akan diumumkan sebaik sahaja makluman rasmi EME dikeluarkan. Buat masa ini tarikh penerbangan (tentatif) adalah pada 18-25hb Oktober 2013. 

10. Penukaran Universiti
Buat masa ini, penukaran Universiti masih dibenarkan. Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk bertukar universiti dan program pilihan, sila hantar SURAT RASMI penukaran ke email medicmesir@gmail.com.


PELAN B
11. Pilihan Penempatan
i. MedicMesir menyediakan beberapa pilihan. Pelajar bebas memohon / menerima mana-mana pilihan penempatan didalam atau luar negara. 
ii. MedicMesir membantu menyalurkan maklumat serta membantu memberi panduan beberapa pilihan yang sesuai.
iii. Sila ambil maklum bahawa, bagi mereka yang memilih Pelan B, semua urusan proses serta tempahan rumah dan kapalterbang telah dibuat, samada pelajar telah membayar penuh atau tidak. Oleh itu, hanya sebahagian sahaja wang perkhidmatan, rumah dan kapalterbang sahaja yang akan akan dikembalikan. 
iv. Pilihan ini diberikan kepada mereka yang berminat sahaja, terutamanya atas sebab-sebab keselamatan. Ini juga memberi peluang pelajar memohon mana-mana peluang di IPTS tempatan yang masih terbuka.

12. Permohonan Berkelompok ke Kolej Universiti (KU) terpilih
i. Bagi beberapa KU terpilih, MedicMesir berurusan terus dengan pengurusan KU untuk memastikan pelajar-pelajar MedicMesir yang memilih pilihan pelan B membuat pilihan yang terbaik.
ii. Memandangkan jumlah pelajar MedicMesir yang ramai berbanding dengan pelajar di KU yang sediada, MedicMesir telah mendapat persetujuan dari KU yang terlibat untuk 'potongan yuran' samada untuk program asasi Sains dan program Tahun 1 MBBS / Tahun 1 Pergigian / Tahun 1 Farmasi.  'Potongan yuran' ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban kewangan pelajar serta ibubapa.
iii. Oleh itu amat penting, pelajar MedicMesir mendaftar nama masing-masing untuk permohonan berkelompok didalam borang yang disediakan dibawah.

 13. Pemilihan 'Pelan B Star' mengikut pilihan MedicMesir
i. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti Pelan B, samada program asasi sains atau MBBS Tahun 1, sila nyatakan didalam borang yang disediakan.
ii. Pilihan ini bersandarkan kepada kemudahan KU serta beberapa penilaian yang lain untuk manfaat pelajar-pelajar MM.
iii. MedicMesir memberi komitmen untuk memantau 'prestasi pelajar' dan 'prestasi pengurusan KU' agar pelajar dapat manfaat terbaik didalam memastikan kecemerlangan akademik pelajar-pelajar yang dihantar ke KU tersebut.  
iv. Untuk urusan ini, MedicMesir memerlukan persetujuan dari KU terrsebut.

14. BORANG  MAKLUMAN / PERMOHONAN
LINK BORANG DISINI. 
Borang ini merangkumi:
i. Makluman pilihan pelan A atau B
(bagaimanapun status MUTAKHIR akan hanya diambil melalui borang yang dikeluarkan selepas pengumuman KDN / EME)

ii. Tawaran sedia ada selain dari yang melibatkan MedicMesir (sekadar makluman)

iii. Permohonan kelompok melalui MedicMesir (terhad kepada KU yang tersenarai sahaja)
(samada sudah atau belum mendapat tawaran)

15. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan talian dibawah :
     i. UmmiMM            019 6206167
    ii. Dr Ahmad Rodzi  013 302 1313 
   iii. Cik Maimunah      013 306 3030
   iv. Cik Shikin            019 310 6167

16. Semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak untuk meneruskan cita-cita menjadi Doktor / Farmasi. Ameen.

Salam,
Dr Ahmad Rodzi
Sekretariat Pengambilan Pelajar Sesi 2013/14

No comments:

Post a Comment