Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday, 15 August 2011

SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN IJAZAH LUAR NEGARA 2011

Assalamualaikum wbth,
Semoga semua warga MM sentiasa berada didalam rahmat Allah swt. Semoga Ramadhan kali ini mampu membuka satu perjalanan kehidupan yang baru dan kearah yang lebih relevan disisi Allah swt. Doa agar dipermudahkan ibadah serta dilimpahi rahmat dan barakah dibulan Ramadhan. Semoga didalam rahmat Ramadhan, Allah swt memberi Natijah yang TERBAIK dalam urusan Imtihan dan tajaan. Ameen.

PERMOHONAN JPA
1. Seperti yang telah dimaklumkan didalam link terdahulu
Tarikh tutup permohonan = 31hb Julai 2011
Tarikh akhir menghantar dokumen ke JPA = 8hb Ogos 2011

2. Seperti yang telah dimaklum lebih awal, MedicMesir telah memohon kepada semua untuk memohon terus tanpa menunggu natijah imtihan. Bagaimanapun, MedicMesir juga berurusan terus dengan pihak JPA didalam kes dimana pihak Universiti lambat mengeluarkan slip Natijah Imtihan. Bagaimanapun, masa yang diberikan agak TERHAD dan semua dokumen perlu dihantar pada 16hb Ogos 2011.

3. Bagi mereka yang tidak memohon langsung sebelum 31hb Julai, dianggap sebagai GAGAL MEMOHON. JPA tidak pernah meluluskan mana-mana permohonan yang tidak dibuat secara ONLINE sebelum tarikh tutup. Namun, MedicMesir akan menghantar RAYUAN. Demi anak2, MedicMesir berusaha dan akan sentiasa berharap satu keputusan yang POSITIF.

4. Untuk memudahkan urusan MedicMesir didalam 'follow-up' dengan pihak JPA, mohon agar dapat mengisi makluman dibawah. Sila isi STATUS anda setakat hari ini 16hb Ogos 2011.

5. JPA kebiasaannya hanya memberi kepada pemohon yang mendapat Mumtaz atau Jayyid Jiddan. Tetapi, gred selain ini, digalak untuk memohon. Jika tiada rezeki di JPA, InshaAllah, tajaan dari MARA akan diusahakan juga. InshaAllah. Oleh itu, apa pun keputusan Tahun 1 anda, isikan saja link borang dibawah.

6. Bagi anak2 MM yang berhadapan dengan Dhur Thani (repeat paper), mohon agar FOKUS kepada imtihan anda. Kuatkan semangat!. InshaAllah, rezeki akan masih terbuka jika anda lulus semua 'paper'. Elak, sama sekali untuk 'carry paper' kerana keadaan akan menjadi lebih sukar pada masa hadapan. Sama-sama kita doakan semua akan Najjah-Kabir! Ameen

Tolong warwarkan kepada teman2 yg lain. Ini adalah kerana MedicMesir hanya akan mengunakan makluman ini sebagai data yang sah.


Semoga dipermudahlan segala urusan kita. Allahumma Ameen.

Salam Sayang fiLLah,
UmmiMM

No comments:

Post a Comment