Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Terhad hanya kemasukan ke Universiti Al Azhar sahaja sehingga 1hb Oktober 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday, 27 May 2011

LAST CALL ! preMEDIC 2011 (Bermula 6hb June 2011)

Assalamualaikum wbth,

preMedic adalah program persediaan untuk semua pelajar yang berminat untuk mengikuti Program Perubatan / Pergigian. Tujuan utama preMedic diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada semua pelajar, terutamanya lepasan SPM. Alhamdulillah, 2011 adalah tahun ke4 dimana program preMedic dijalankan oleh MedicMesir dengan kerjasama Fakulti Perubatan, Universiti Putra Malaysia.

Fokus preMedic adalah kepada 4 subjek utama tahun 1 program perubatan dan pergigian iaitu Anatomi, Histologi, BioKimia dan Fisiologi. Semua kuliah dan sesi makmal dikendalikan oleh Doktor serta pensyarah dari Fakulti Perubatan, UPM, Serdang. Subjek tambahan adalah kelas Bahasa Arab untuk pelajar-pelajar yang akan ke Mesir. Program ini mampu memberi persediaan yang terbaik dan telah terbukti dari keputusan yang baik dikalangan pelajar-pelajar MedicMesir di Mesir. Alhamdulillah !

Pakej yang disediakan merangkumi kuliah, tutorial, sesi makmal, asrama 2 orang sebilik dan makan 2 kali sehari. Nota dan buku-buku dari Mesir juga akan dibekalkan. Kos keseluruhan program adalah RM3000 (pelajar MedicMesir) dan RM4000 (bukan pelajar MedicMesir).
Ianya TERBUKA juga kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian perubatan selain dari Mesir.

Program akan bermula pada 6hb June 2011 sehingga 23hb Julai 2011. Pendaftaran ke asrama akan bermula pada 5hb June 2011. Peserta yang memerlukan pendaftaran lewat dibenarkan dengan hanya memaklumkan pada pihak sekretariat, En Shaiful, di talian 019 3106167.

Jika anda berminat, sila isikan BORANG PENDAFTARAN preMEDIC 2011. Sekretariat MedicMesir akan menghubungi anda dalam masa terdekat.

Semoga program ini mendatangkan menafaat. Ameen.

Salam,
ummiMM

No comments:

Post a Comment