Assalamualaikum wbth,Sunday, 4 December 2011
Skeleton milik MedicMesir
Assalamualaikum wbth,Friday, 2 December 2011
PINJAMAN BOLEH UBAH YPJ

Pemberitahuan - Permohonan Pinjaman Boleh Ubah YPJ
DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN PINJAMAN BOLEH UBAH YPJ KINI BOLEH DIISI SECARA ONLINE. SILA RUJUK PANDUAN MENGISI BORANG YANG DILAMPIRKAN. TERIMA KASIH.
Tuesday, 29 November 2011
TAKLIMAT KESELAMATAN OLEH PENGARAH EME DI ACADEMIC CENTRE MEDICMESIR TANTA
1. Alhamdulillah, hari ini, pegawai Education Malaysia Egypt(EME) telah berkesempatan untuk bersama-sama wakil pemimpin pelajar perubatan dan pengajian Islam di Tanta bertujuan untuk memberiTaklimat Keselamatan berikutan demonstrasi yang berlaku di Kaherah dan beberapa bandar utama lain di Mesir.

2. Pengarah EME, Prof. Madya Dr. Hj. Su’aidi Dato’ Hj. Safei telah turun padang ditemani pegawai kaunselor EME, Tuan Ishak Mohd Jani.


5. Prof memaklumkan bahawa pihak kedutaan telah membuka bilik gerakan sejak 22hb November 2011 lalu dan sehingga kini tiada panggilan diterima. Beliau juga menerangkan tentang pelan pencegahan dan persediaan sekiranya berlaku kecemasan. Antara perkara yang ditekankan oleh Prof adalah tentang pentingnya kerjasama antara persatuan supaya membantu kelancaran gerak kerja EME di Mesir. Beliau juga berulang-ulang kali menekankan frasa “Individually we are one drop, Together we are an OCEAN” dan “ Look at the similarities IGNORE the differences” pada wakil-wakil pelajar. Ini menunjukkan betapa pentingnya bersikap lapang dada dengan persatuan / kelab lain walaupun berlaku pertembungan.
6. Prof menyatakan perasaan gembira dan terharu beliau dengan kemudahan dan fasiliti di Academic Centre, MedicMesirTanta. Beliau mengucapkan TAHNIAH kepada exco MedicMesirTanta atas kejayaan menyediakan kemudahan ini bagi manfaat pelajar di Tanta.
7. Majlis disudahi dengan jamuan makan tengahari yang ditaja oleh pihak Kedutaan Mesir.
8. Selepas majlis tamat, Prof dan Tuan Ishak Mohd Jani ditemani Saudara Ahmad Samhan Awang mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan Dekan baru Fakulti Perubatan Universiti Tanta , Prof Dr Aymen Saeid dan Koordinator Akademik Pelajar Malaysia, Prof Howaida Ismail disamping membincangkan beberapa isu pelajar di Universiti Tanta.
9. MedicMesir Tanta mengucapkan terimakasih tidak terhingga atas kesudian pegawai EME untuk berkunjung ke Tanta. Sesungguhnya, ianya amat bermakna sekali buat kami, yang dahagakan kata-kata semangat serta peringatan terutamanya didalam keadaan Mesir berhadapan dengan PilihanRaya.
10. TerimaKasih dan TerimaKasih. Semoga Allah merahmati Prof serta seluruh warga Kedutaan dan EME. Kita juga berdoa agar dipelihara dan diberi keselamatan oleh Allah swt buat semua warga Malaysia di Mesir. Amin.
Laporan dari Unit Media, MedicMesir Tanta
27hb November 2011-
Academic Centre MedicMesir Tanta
Saturday, 26 November 2011
Ahlan Ya Muharram 1433H
MedicMesir mengucapkan Selamat Tahun Baru 1433H.
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan semoga umur kita yang dilanjutkan ke tahun baru ini sentiasa diberkati dan ditingkatkan taqwa kita kepada Allah swt. Doa kita juga agar tahun ini, akan memberi kehidupan yang lebih baik kepada umat Islam di Mesir yang telah melakukan HIJRAH mereka dengan melalui banyak pengorbanan demi pengorbanan. InshaAllah, pengorbanan ini akan dibalas dengan kebaikan untuk saudara Islam kita kita di Mesir dan dinegara2 lain amnya.
Jangan lupa berdoa ya ....dan penuhi tahun mendatang dengan kabaikan dan kebaikan !
Salam sayang dari UmmiMM
Congrats Prof Dr Aymen Saeid
Assalamualaikum wbth,SEMUA PELAJAR DIMINTA JAGA DIRI !
RAKYAT TOLAK TANTAWI
Wartawan: Syed Anas Syed Ismail(ISMA Mesir)
KAHERAH, 22 November: Demonstrasi di Kaherah dan lain-lain wilayah di Mesir masih diteruskan walaupun Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) telah berikrar untuk membentuk kerajaan sementara yang digelar ‘Kerajaan Penyelamat’ dan menjalankan peralihan kuasa menjelang pertengahan tahun depan.
Beribu-ribu penunjuk perasaan yang terlibat dalam “Himpunan Sejuta Rakyat Untuk Selamatkan Negara” memutuskan untuk terus berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah dan bandar-bandar lain seperti Alexandria.
Bilangan penunjuk perasaan yang mencecah ratusan ribu dalam perhimpunan kali ini telah menjadikan perhimpunan ini sebagai perhimpunan kedua terbesar selepas Revolusi 25 Januari. Perhimpunan kali ini adalah untuk menuntut pihak tentera mempercepatkan proses peralihan kuasa, dan membantah tindakan polis yang zalim dan ganas ketika menyuraikan orang ramai dari Medan Tahrir sehingga menyebabkan puluhan orang terbunuh dan lebih 1300 orang tercedera setakat ini.
Protes Berterusan
Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Tentera, Al-Musyir Mohamed Hussein Tantawi dalam ucapannya telah berjanji untuk mempercepatkan Pilihanraya Presiden kepada pertengahan tahun 2012, meneruskan pilihanraya parlimen yang dijadualkan untuk bermula pada Isnin ini, menerima perletakan jawatan Dr Essam Sharaf dan bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan sementara bagi merealisasikan tuntutan rakyat.
Penunjuk perasaan yang kelihatan tidak berpuas hati dengan ucapan tersebut terus melaungkan slogan ‘Rakyat mahu Al-Musyir diturunkan!’ bagi menentang pemerintahan tentera dan Al-Musyir sendiri. “Dia (Tantawi) seolah-olah seperti meniru idea ucapan Hosni Mubarak,” kata salah seorang dari penunjuk perasaan, Sara Hussein.
Penunjuk perasaan menganggap bahawa ucapan dan janji Tantawi itu tidak mencukupi, dan menuduh beliau cuba untuk melengahkan masa peralihan kuasa. Penunjuk perasaan juga turut menuntut agar dilucutkan segala kekuasaan tentera dan segera membentuk Majlis Pimpinan Awam (Majlis Ra’isi Madani).
Reaksi Parti-Parti Politik
Sementara itu, parti-parti politik yang telah bersidang bersama SCAF semalam telah memberikan reaksi yang berbeza terhadap ucapan Tantawi.
Parti yang dinaungi Ikhwan Muslimin, Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) melalui setiausahanya, Dr Mohamed Saad Katatni berkata, “Kami komited dengan janji-janji yang telah diberikan oleh SCAF dan akan memantau dengan teliti proses peralihan kuasa ini agar rakyat mendapat kembali haknya melalui Pilihanraya Presiden yang dijadualkan pada pertengahan tahun 2012.”
Katatni dalam sidang medianya turut menuntut tindakan segera dari pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang telah membunuh dan mencederakan ribuan rakyat yang berhimpun di Medan Tahrir.
Berlainan pula dengan kumpulan ‘Shabab 6 April’ yang menolak mentah hasil mesyuarat tersebut. Menurut mereka,segala tuntutan-tuntutan rakyat di Medan Tahrir adalah tetap dan tidak perlu dibincangkan. Sebaliknya Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) perlu melaksanakan tuntutan-tuntutan tersebut dengan segera dan berundur dari pemerintahan mereka yang korup.
Mempercepatkan Peralihan Kuasa
Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) terus menegaskan bahawa pihak Majlis tidak akan mengambil alih dan meneruskan pemerintahan seperti yang disangkakan, malah pihak Majlis komited untuk terus memastikan proses peralihan kuasa berjalan dengan baik dan lancar.
Dalam perbincangan yang telah dihadiri oleh beberapa pimpinan parti politik Mesir tersebut, SCAF telah bersetuju untuk membentuk kerajaan sementara yang baru bagi menggantikan kerajaan pimpinan Dr Essam Sharaf dan berjanji untuk melaksanakan peralihan kuasa pada pertengahan tahun depan, lebih awal dari yang dijadualkan. SCAF juga menekankan bahawa pilihanraya parlimen akan berjalan seperti yang ditetapkan iaitu pada Isnin depan dan tempoh-tempoh yang telah ditetapkan.
Menurut pemimpin Parti Pertengahan, Abul-Ela Madi yang turut menyertai perbincangan tersebut, Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) telah bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan sementara dalam masa beberapa hari lagi. Kenyataan ini telah disahihkan oleh Salim Al-Awa — calon presiden dari golongan Islamis — dan beliau menegaskan bahawa objektif penubuhan ‘Kerajaan Penyelamat’ ini adalah untuk merealisasikan tuntutan ‘Himpunan 25 Januari’. Beliau seterusnya menyatakan bahawa El-Baradaie dan Abdel Moneim Aboul Fotouh adalah calon yang paling layak untuk memimpin kerajaan sementara ini.
Amerika Menyambut Baik
Rentetan ucapan tersebut, kerajaan Amerika Syarikat yang memerhati dengan teliti perkembangan keadaan di Mesir turut memuji tindakan ketua Majlis Tertinggi Angkatan Tentera, Al-Musyir Tantawi atas janji-janjinya untuk menyerahkan pemerintahan kepada rakyat dengan segera. Walau bagaimanapun, AS turut menyuarakan kebimbingan dan kutukan terhadap keganasan yang dilakukan ke atas penunjuk perasaan,melalui jurucakapnya Victoria Nuland.
Beliau menambah, negaranya mengutuk penggunaan kekerasan yang berlebihan oleh pihak polis, dan menggesa pihak berkuasa Mesir untuk mengekang pasukan keselamatan dari terus berlaku ganas terhadap rakyat di Medan Tahrir serta membenarkan demonstrasi aman dijalankan dengan baik.
Kematian dan Konfrontasi
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Mesir melaporkan, pembunuhan dua orang penunjuk perasaan di Kaherah semalam telah menjadikan jumlah kematian menjangkau 30 orang semenjak perhimpunan tersebut berlangsung pada Selasa yang lalu.
Pertempuran semalam telah merebak ke kawasan baru di Mesir termasuk wilayah Barat, khususnya di Tanta dan kawasan sekitarnya. Saksi menyatakan bahawa sua balai polis telah dibakar dengan bom molotov. Ketegangan tersebut turut berlaku di kawasan-kawasan lain termasuk Suez, Port Said, Qena,Aswan, Assiut, dan Sharm El Sheikh.
Sumber : Al-Jazeera, IkhwanWeb
Wednesday, 16 November 2011
ZAKAT ! LAST CALL UTK ANAK KEDAH !
Semakan penerima zakat Trengganu
Monday, 17 October 2011
Qurban Eidul Adha dan Aqiqah 1432H

Thursday, 6 October 2011
Rayuan KEDUA TAJAAN JPA 2011 dibawah MEDICMESIR
Assalamualaikum wbth,Friday, 30 September 2011
Ahlan Misr 2011

Assalamualaikum wbth,
1. Pertamanya, MedicMesir mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibubapa serta pelajar MedicMesir 'Intake 2011' kerana memilih MedicMesir sebagai agensi penghantaran pelajar perubatan ke Mesir.
2. Sebagai agensi yang sudah 3 tahun berturut-turut menghantar paling ramai pelajar perubatan ke Mesir, ini satu kekuatan untuk mempastikan anak-anak MedicMesir mendapatkan yang TERBAIK. InshaAllah, untuk tahun 2011 MedicMesir sedang dalam usaha pembaikan dalam beberapa aspek bagi mempastikan kebajikan dan prestasi anak-anak MedicMesir kekal cemerlang. InshaAllah, MedicMesir akan melakukan yang TERBAIK. Amanah dan kepercayaan ini tak akan kami sia-siakan dan kerjasama dari ibu bapa dan pelajar amatlah kami hargai didalam mempastikan amanah ini dapat dilakukan dan membuahkan hasil yang TERBAIK. Ameen.3. Bagi pihak MedicMesir, saya juga mengucapkan Alf Shukran kepada seniors di Mesir serta ibubapa yang banyak memberi sokongan kepada MedicMesir. Ini adalah kerana kebanyakan yang mendaftar melalui MedicMesir adalah dari rujukan seniors , ibubapa dan pegawai kerajaan Malaysia di Mesir, walaupun MedicMesir tidak mengamalkan sistem ‘student get student’ atau ‘komisen’. Ini mempamerkan keikhlasan semua didalam memberi sokongan. MedicMesir tidak akan sia-siakan harapan dan sokongan ini. MedicMesir berharap dapat sama-sama menjadi platform bukan setakat untuk pelajar MedicMesir, tetapi memberi manfaat untuk warga pelajar Mesir yang memerlukan bantuan.
4. Untuk tujuan penyelarasan minggu sambutan pelajar, MedicMesir telah melantik penama-penama dibawah sebagai pengendali untuk sambutan pelajar baru MedicMesir yang dinamakan Ahlan Misr 2011. Jawatankuasa ini bertanggungjawab sepenuhnya dan segala sumbangan / sukarelawan untuk muhafazah masing-masing boleh dirujuk kepada mereka. MedicMesir juga berterimakasih kepada semua, yang datang dari pelbagai agensi yang menjayakan sambutan pelajar-pelajar baru ke bumi Mesir untuk tahun ini. Semoga Alalhs wt membalas segala usaha dengan sebaik-baik balasan. Ameen.
5. Program Orientasi untuk peringkat Alexandria dan Tanta telah bermula 1hb dan tamat 5hb Oktober 2011. Manakala, di Mansoura dan di Azhar dijangka akan diadakan pada 3-7hb Oktober 2011.
6. MedicMesir juga amat berterimakasih kepada pihak Kedutaan Malaysia dan Education Malaysia atas sokongan yang tidak putus-putus terhadap MedicMesir. Jutaan terimakasih juga kepada wakil Education Malaysia (Egypt) kerana sudi meluangkan masa pada hari ini, jam 130 tghri di Imarah MedicMesir, Tanta.
7. Doakan semua berjalan dengan lancar dan dipemudahkan segala urusan anak-anak untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar perubatan sebaik mungkin. Seterusnya, menjadi insan yang soleh dan soleh dan Mumtaz dunia dan akhirat. Ameen
Ukhuwah fillah abadan abada,
UmmiMM
-----------------------------------------------------------------------------------------
Senarai Jawatankuasa Induk
Penasihat Ustaz Abd Hariz Bin Bain
Safian Bin Taiyib Hamidin @ Pak Ngah
Pengarah Keseluruhan : Ahmad Samhan Bin Awang
-----------------------------------------------------------------------------------------
Pengarah Program Muhafazah
Tanta : Ustaz Abd Hariz Bin Bain (Penasihat Khas Tanta)
Pengarah Tanta : Azizul Hakim Bin Mahdi
Timbalan : Amalia Nadrah Binti Samsuri
Teknikal dan Perumahan: Ustaz Saifuddin
---------------------------------------------------------------------------------------
Alexandria : Safian bin TAiyib Hamidin (Pak Ngah) - Penasihat Alex
Ikrimah Bin Abd Haris (Timbalan Penasihat Alex)
Pengarah Alex : Muhammad Nu'man Salahuddin /
Timbalan : Nur Afifah Otheman
Teknikal dan Perumahan: Ustaz Mohamad
-------------------------------------------------------------------------------------
Mansoura :
Pengarah Alex : Ustaz Luqman Zaharuddin
Timbalan : Shazwani Nasir
Teknikal dan Perumahan: Ustaz Ameer
-----------------------------------------------------------------------------------
AlAzhar :
Pengarah AlAzhar : Hanzalah Bin Ahmad Termizi
Timbalan :Kauthar Binti Kamaruzaman
Teknikal dan Perumahan: Ustaz Zuhri
---------------------------------------------------------------------------------
Zagazig :
Pengarah Zagazig : Aisyah bt Azalan
Teknikal dan Perumahan: Ustaz Ameer
---------------------------------------------------------------------------------Tuesday, 27 September 2011
Alhamdulillah Penerbangan PERTAMA selamat di Bahrain dan akan ke Cairo!
Friday, 23 September 2011
KARGO BULAN OKTOBER 2011
Assalmualaikum wbth,KEPUTUSAN PERMOHONAN SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN LUAR NEGARA 2/2011

Assalamualaikum wbth,
Wednesday, 14 September 2011
KAJI SELIDIK PELAJAR TAHUN 2 KEATAS YANG BELUM MENDAPAT MANA-MANA TAJAAN
Tuesday, 13 September 2011
SENARAI NAMA PENERBANGAN 2011 (setakat 14hb Sept 2011)
Assalamualikum wbth,Wednesday, 7 September 2011
Makluman Keberangkatan 2011
Assalamualaikum wbth,Tuesday, 30 August 2011
Salam Eidul Fitri 2011 & Shukran !

Assalamualaikum wbth,
Sempena 1 Syawal ini, Saya dan semua warga MedicMesir ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua muslimin dan muslimat, khususnya ahli keluarga MedicMesir. Taqabbalullah minna waminkum.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan MABRUQ kepada semua yang terlibat, termasuk anak2 Mesir, ibubapa dan rakan korporat saya yang memberi sokongan didalam menjayakan Kempen Dana JOM! Kasih Ramadhan 2.0. Alhamdulillah, Kempen ini telah mencapai kutipan melebihi sasaran awal. Sebanyak hampir 146,000LE telah berjaya dikutip. InshaAllah, seperti yang dirancang, agihan telah mula dilaksanakan untuk komuniti Malaysia, Mesir, Ghana dan Somalia.
Kepada yang bersama-sama terlibat didalam proses pembahagian kepada mereka yang memerlukan, saya mengucapkan Jazakallahu khairan Khatira. Semoga Allah swt membalas segala usaha kebaikan ini dengan sebaik-baik balasan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat atas usaha meringankan beban insan2 lain.
Doa saya agar Tarbiyah Ramadhan 2011 mampu membuka lembaran baru kearah kehidupan yang Mumtaz Dunia dan Akhirat. Ameen Ya Rab Alamin.
"al-ukhwatu fillah wa akhawatu lillah"
Salam,
Siti Haniza Mohd Nazri @ CTH @ UmmiMM
Thursday, 25 August 2011
KES PELAJAR TAJAAN JPA / MARA YANG TIDAK MENDAPAT TAWARAN PROGRAM PERUBATAN
Assalamualaikum wbth,Tuesday, 23 August 2011
JOM! Kasih Ramadhan 2.0
Assalamualaikum wbth,Tarikh penerbangan untuk Tiket TAJAAN sesi 2011
Monday, 22 August 2011
Jadual penerbangan pelajar Sesi 2011 ke Mesir
Assalamualaikum wbth,Thursday, 18 August 2011
NOC untuk pelajar KPT
Tuesday, 16 August 2011
preDENTAL TANTA
NOC bagi pelajar yang ada C
SENARAI NAMA DOKUMEN JPA TIDAK LENGKAP

| BIL | NAMA | DOKUMEN YANG TIDAK LENGKAP | |
| 1 | FATIN NADHIRAH BT JAMAL ABD NASIR | a | Surat Tawaran |
| b | Keputusan Tahun 1 | ||
| b | Sijil SPM | ||
| d | NOC | ||
| 2 | FATIN AISYAH BT MOHD BASAR | a | Surat Tawaran |
| b | Keputusan Tahun 1 | ||
| c | NOC | ||
| 3 | HANI SOFIA BT OMAR | a | Surat Tawaran |
| b | Keputusan Tahun 1 | ||
| c | NOC | ||
| d | Bukti boleh menampung kos sara hidup | ||
| 4 | KHADIJAH BT ANWAR | a | Surat Tawaran |
| b | Keputusan Tahun 1 | ||
| c | NOC | ||
| 5 | MOHAMAD SHAHRUL RIZAL | a | Keputusan Tahun 1 |
| b | NOC | ||
| c | Bukti boleh menampung kos sara hidup | ||
| 6 | NOR ADIBAH AMIRAH BT NORZELAN | a | Surat Tawaran |
| b | Keputusan Tahun 1 | ||
| 7 | NURUL AFIFAH BINTI ROSMAN | a | Keputusan Tahun 1 |
| b | NOC | ||
| c | Bukti boleh menampung kos sara hidup | ||
| 8 | NURUL AIN BINTI WAN SABRI | a | Keputusan Tahun 1 |
| 9 | NURUL ATHIRAH BT YAACOB | a | Surat Tawaran |
| b | Keputusan Tahun 1 | ||
| c | NOC | ||
| 10 | SHARIFAH NABILAH BT SYED MOHD HAMDAN | a | Surat Tawaran |
| b | Keputusan Tahun 1 | ||
| c | NOC | ||
| 11 | YASMIN SAFINAH BT MOHAMAD NASEM | a | Surat Tawaran |
| b | Keputusan Tahun 1 | ||
| c | NOC | ||
| 12 | SITI NUR AZLINA BT ZOLKEFLE | a | Keputusan Tahun 1 |
| 13 | MOHAMMAD HAFIZI BIN IDRIS | a | Keputusan Tahun 1 |
| 14 | ANIS SALWA BT AMIN | a | Keputusan Tahun 1 |
| 15 | JUHANAZ NADIA BT HAJI JAMALUDIN | a | Keputusan Tahun 1 |
| 16 | ATIQAH SYAIRAH BT KAMAROZAMAN | a | Keputusan Tahun 1 |
| b | NOC | ||
| 17 | NUR SHAERA BT ABDUL MAJID | a | Keputusan Tahun 1 |
| 18 | AL-AZRIL BIN ARIFIN | a | Keputusan Tahun 1 |
| b | NOC | ||
| c | Bukti boleh menampung kos sara hidup | ||
| 19 | NOR AIMAN LIYANA BT MOHAMAD SAUPI | a | Keputusan Tahun 1 |
| b | IC adik beradik | ||
| c | Surat beranak adik beradik | ||
| 20 | MUAHAMMAD FAEZ ZULKIFLI | a | Surat beranak (pelajar/ibu bapa) |
| 21 | ABDUL HALIM BIN MAHAMUD | a | NOC |
| 22 | MUHAMMAD ZAKUAN BIN ISHAK | a | KP pemohon & keluarga |
| b | Surat Tawaran | ||
| c | Passport pelajar | ||
| d | Maklumat pendapatan ibu bapa | ||
| e | Bukti boleh menampung kos sara hidup | ||
| 23 | NUR HIDAYAH BINTI ABU BAKAR | a | Bukti boleh menampung kos sara hidup |
| 24 | SITI NORADILAH BT AZMI | a | Penerimaan permohonan online |
| b | Surat beranak (pelajar/ ibu bapa) | ||
| c | KP pemohon & keluarga | ||
| d | Passport pelajar | ||
| e | Surat tawaran | ||
| 25 | NURUL IZZATI BT MOHD ARIFF | a | Penerimaan permohonan online |
| 26 | NUR ADILA BT ROSMAZI | a | Penerimaan permohonan online |
| b | Surat beranak (pelajar/ ibu bapa) | ||
| c | NOC | ||
| 27 | MOHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN MOHAMAD NOOR | a | Penerimaan permohonan online |
| b | Surat beranak (pelajar/ ibu bapa) | ||
| c | NOC | ||
| d | Bukti kos sara hidup | ||
| 28 | MOHD ARIF FARAHIN BIN MOHD NOR | a | Penerimaan permohonan online |
| b | Maklumat pendapatan ibu bapa | ||
| c | NOC | ||
| d | Bukti kos sara hidup | ||
| 29 | NOOR ATHIRAH LIYANA BINTI SALLEH | a | Penerimaan permohonan online |
| b | NOC | ||
| 30 | JEHAN IZYAN SIDHU BINTI AMIR HARJEET | a | Penerimaan permohonan online |
| b | NOC | ||
| 31 | AINAL MARDHIAH BT AHMAD ZAHIDI | a | Penerimaan permohonan online |
| b | NOC | ||
| c | Bukti kos sara hidup | ||
| 32 | MUHAMAD BADRUL AMIN | a | Penerimaan permohonan online |
| 33 | MOHAMAD AMIRUL HAFIZ BIN NORAZMI | a | Penerimaan permohonan online |
| 34 | AHMAD FADIL BIN AHMAD YUNOS | a | Penerimaan permohonan online |
| b | NOC | ||
| c | Bukti kos sara hidup | ||
| 35 | FARHANA AISYAH BT NATDZRI | a | Penerimaan permohonan online |
| 36 | ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN | a | Penerimaan permohonan online |
| b | Maklumat pendapatan ibu bapa | ||
| c | Bukti kos sara hidup | ||
| 37 | NUR FARAHIN BINTI MOHD RIDZUAN WUI | a | Penerimaan permohonan online |
| b | Maklumat pendapatan ibu bapa | ||
| c | Bukti kos sara hidup | ||
| 38 | MUHD SYAZWAN BIN MOHAMMAD NAZRI | a | Penerimaan permohonan online |
| b | Kad pengenalan pelajar | ||
| c | Surat tawaran | ||
| d | Sijil SPM | ||
| e | Maklumat pendapatan ibu bapa | ||
| f | NOC | ||
| g | Bukti kos sara hidup | ||
| 39 | NOR FATHIHAH BINTI NORDIN | a | Penerimaan permohonan online |
| b | NOC | ||
| 40 | MOHD ARIF BIN AHMAD | a | Penerimaan permohonan online |
| 41 | MUHAMMAD SYAHIR BIN AHMAD | a | Penerimaan permohonan online |
| 42 | NORASHIKIN BINTI ABDULLAH | a | Penerimaan permohonan online |
| 43 | NUR 'ATIKAH BINTI ALI MUNAWAR | a | Penerimaan permohonan online |
| 44 | ZAIYAN MASTURAH BINTI MOHD YASIN | a | Penerimaan permohonan online |
| b | NOC | ||
| 45 | NUR ATIKAH BINTI ABDUL RAHIM | a | Penerimaan permohonan online |
| b | NOC | ||
| 46 | NUR AKHBARIAH BINTI MD NAJAS | a | Penerimaan permohonan online |
| 47 | HAJAR AISYAH BT AZMAN | a | Penerimaan permohonan online |
| 48 | HAZHEEM SYAZWAN BIN HUSSIN | a | Penerimaan permohonan online |
| b | Bukti kos sara hidup | ||
| 49 | NOOR HAWANI BINTI MAHMOOD | a | Penerimaan permohonan online |
| b | Keputusan Tahun 1 | ||
| 50 | IFFATUL HANIS BT ZAKARIA | a | Penerimaan permohonan online |
| b | Keputusan Tahun 1 | ||
| 51 | NUR DALILA BT AZMI | a | Penerimaan permohonan online |
| b | Keputusan Tahun 1 | ||
| c | NOC | ||
| 52 | NUR ADIBAH BT MOHAMAD ZAINI | a | Penerimaan permohonan online |
| b | Keputusan Tahun 1 | ||
| 53 | NOR IZZATI SHAQIRAH BT ZAINUDDIN | a | Penerimaan permohonan online |
| b | KP pemohon & keluarga | ||
| c | Surat beranak (pelajar, ibubapa/penjaga) | ||
| d | Keputusan Tahun 1 | ||
| 54 | NUR SYAHIRAH BT AZHAM SHAH | a | Penerimaan permohonan online |
| b | KP pemohon & keluarga | ||
| c | Surat beranak (pelajar, ibubapa/penjaga) | ||
| d | Keputusan Tahun 1 | ||
| E | Sijil SPM | ||
| F | NOC | ||
| g | Bukti boleh menampung kos sara hidup | ||
| 55 | ADRI BIN SURJANA | a | Penerimaan permohonan online |
| b | Keputusan Tahun 1 | ||

