Wednesday, 2 August 2017

Program preDeparture MedicMesir 2017

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

Semoga sentiasa di dalam rahmat dan pemeliharaan Allah SWT.

2. Makluman ini adalah jemputan ke Program preDeparture MedicMesir.

3. Program ini diadakan pada akhir sesi preMedic dan diuruskan sepenuhnya oleh ‘seniors’ di Mesir. Tujuan dan objektif program ini dijalankan adalah :

a) Untuk membina motivasi diri kepada peserta,memberikan pendedahan umum berkenaan dengan Mesir kepada semua peserta.
b) Untuk membina, menjana dan mencakna jati diri Islam serta sayangkan agama dengan berkeinginan untuk memahami, belajar dan beramal dengannya.
c) Merapatkan ukhwah antara pelajar dan ‘seniors’ serta bersedia memberikan komitmen bagi setiap program yang dijalankan.

4. Berikut adalah butir-butir program JOM! preDeparture 2017 :
📌 TEMPAT : Kolej 17 dan Fakulti Perubatan Sains &
Kesihatan UPM
📌 TARIKH : 20hb – 23hb Ogos 2017
📌 BAYARAN : RM400 (Termasuk penginapan ,makan
dan T-shirt)
📌 PENDAFTARAN : Ahad, 20hb Ogos 2017 , jam 10 -11 pagi ,
Blok B Kolej 17 UPM Serdang
📌 TARIKH TUTUP : 15hb Ogos 2017

5. Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran tempat boleh hubungi En Fakrul selaku pegawai berkenaan di talian 019-758 6167

6. Sila pastikan bayaran dijelaskan melalui CIMB MEDICMESIR, (8602396244). Setelah bayaran di jelaskan, sila email slip bayaran ke medicmesir@gmail.com atau fax ke 03-89220122.

Sekian Terima Kasih
Mohamad Fakrul Afiq Bin Mohd Zaini

No comments:

Post a Comment