Tuesday, 1 September 2015

KEMASKINI DAFTAR RAYUAN TAJAAN MENURUT KEPUTUSAN TERKINI 2015

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt.

2. Seperti yang sedia maklum, MedicMesir didalam usaha membantu pelajar-pelajar perubatan Mesir untuk mendapatkan tajaan. Samada yang baru atau yang memohon tajaan tambahan JPA.

3. Beberapa perjumpaan telah diatur termasuk dengan Perdana Menteri dan beberapa Menteri lain. Buat masa ini, MedicMesir ingin mendapatkan maklumat terkini pelajar-pelajar yang ingin memohon tajaan baru dan tambahan ini.


4. Sila isikan maklumat anda. Info ini diperlukan bagi semua yang memohon tajaan tanpa mengira keputusan peperiksaan, agensi dan tahun pengajian.

5. MedicMesir akan membentuk satu jawatankuasa khas TAJAAN. Jawatankuasa ini terdiri dari wakil pelajar setiap batch , lelaki dan perempuan. Sebaiknya, wakil adalah pelajar yang balik selepas Hari Raya Haji.

6. Satu perjumpaan dijangka akan dibuat di Fakulti Perubatan, UPM dikalangan wakil-wakil ini nanti. Sila hantarkan nama wakil batch kepada wakil muhafazah yang dilantik untuk urusan tajaan ini

7. Sila uaruarkan mengenai link borang ini http://bit.ly/rayuantajaan2015 .  Mohon isi sebelum hari Khamis, 3hb September 2015. Link ini tidak akan aktif setelah 3hb September 2015 jam 5 petang Malaysia.

Mohon kerjasama semua. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Salam,
UmmiMM

No comments:

Post a Comment