Friday, 3 January 2014

URUSAN TASDIQ KULIAH PELAJAR TAHUN 1 2013/14

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada pertanyaan ibubapa / pelajar bagi pelajar yang masih belum mendapat Tasdiq Kuliah.

2. Seperti yang sedia maklum, MedicMesir sedang mengambil insiatif untuk mempercepatkan urusan tasdiq kuliah. Tasdiq kuliah diperlukan untuk urusan zakat dan VISA. Status buat masa ini, pihak Universiti sedang menunggu pengesahan nama. 

3. Antara inisiatif tersendiri yang diambil oleh MedicMesir adalah menyerahkan SIJIL SPM ASLI kepada pihak yang memproses urusan pendaftaran. Dengan harapan, proses pengeluaran tasdiq kuliah tidak akan tertangguh. Ini adalah inisiatif MedicMesir setelah mengadakan perbincangan dengan IbuBapa untuk kebaikan / masa depan anak2 MedicMesir di Mesir.

4. Bagi pelajar yang sudah atau akan mendapat tasdiq kuliah, sila ambil perhatian beberapa perkara dibawah:-

a. Jika tasdiq tersebut didalam Bahasa Arab, maka, ianya perlu diterjemah kepada Bahasa Inggeris.
b. Jika sudah tersedia didalam Bahasa Inggeris, maka tidak lagi perlu diterjemah.

5. Bagaimanapun, sebaik semuanya telah mendapat tasdiq kuliah, MedicMesir akan menguruskan surat pengesahan status pelajar dari pihak kedutaan. Ini adalah satu proses biasa yang boleh dikendalikan didalam kumpulan.

6. Segala urusan zakat / surat tawaran Universiti / lanjutan VISA bagi yang masih belum mendapatkannya, mohon bersabar kerana, ianya hanya dapat dibuat sebaik tasdiq kuliah dikeluarkan. InshaAllah, urusan ini selesai sebelum imtihan pertengahan tahun selesai.

Harap Maklum dan Semoga dipermudahkan.

Salam,
UmmiMM



No comments:

Post a Comment