Tuesday, 19 February 2013

KHIDMAT MENDAPATKAN KAD PELAJAR DAN TERJEMAHAN TASDIQ KULIAH


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan untuk istiqamah didalam mujahadah ini.

2. Posting ini merujuk kepada pelajar-pelajar TAHUN 1 yang masih belum mendapatkan KAD PELAJAR dan TERJEMAHAN TASDIQ KULIAH dari EME.  

3. Sila ambil maklum, kebanyakan pelajar telah menyempurnakan urusan ini semasa pegawai EME melawat kesemua Universiti pada akhir tahun lepas. Bagaimanapun, jika ada pelajar yang terlepas pandang atau masih tidak mendapatkan kad pelajar dan terjemahan tasdiq masing-masing, mohon untuk mengambil cakna mengenai hal ini.

4. MedicMesir akan mendapatkan kad pelajar dan terjemahan tersebut secara berkelompok.  Oleh itu sesiapa yang memerlukan perkhidmatan ini, sila nyatakan di link dibawah.
BORANG MAKLUMAN MENDAPATKAN KAD PELAJAR DAN TERJEMAHAN TASDIQ KULIAH 

5.  Sila serahkan salinan tasdiq kuliah anda kepada Ketua JOM! Mumtaz masing -masing di muhafazah anda sendiri.  
Untuk urusan KAD PELAJAR ~ sertakan gambar ukuran paspot dan salinan muka depan paspot.

Segala dokumen mestilah sampai sebelum hari Sabtu, 23hb Februari 2013.  

6. Semoga usaha ini mendatangkan manfaat. 

Salam,UmmiMM

No comments:

Post a Comment