Tuesday, 16 October 2012

MAKLUMAN TAJAAN JPA / MARA dan PERMOHONAN MARA TERAKHIR SILA HANTAR DOKUMEN SEBELUM KHAMIS 18hb OKTOBER 2012


Assalamulaikum wbth,


1. Semoga anak2 serta semua warga MedicMesir sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada posting terdahulu mengenai TAJAAN 2012. Rujuk


3. Posting ini juga merujuk kepada perancangan MedicMesir untuk mengadakan TAKLIMAT MARA bagi pelajar-pelajar yang 'tidak' mendapat JPA. Rujuk http://medicmesir.blogspot.com/2012/08/taklimat-pinjaman-mara-2012-keputusan.html

Sila ambil maklum
4. Memandangkan proses JPA bermula lebih awal dari MARA, kebanyakan pelajar yang MUMTAZ atau JAYYID JIDDAN telah lebih awal mendapat kelulusan tajaan dari JPA. Dalam masa yang sama, bilamana MARA turut memproses semua borang MARA yang telah dihantar. Oleh itu, MedicMesir membatal keperluan taklimat ini.

PILIHAN JPA atau MARA
5. Status setakat hari ini,  semua permohonan yang dihantar sebelum tarikh 21hb September 2012 (rujuk link awal http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/08/taklimat-pinjaman-mara-2012-keputusan.html ) sepatutnya telahpun mendapat jawapan masing-masing.  Sila ambil maklum, buat masa ini kelulusan dihantar secara berperingkat.

6. Alhamdulillah, bagi pelajar yang samada MUMTAZ atau Jayyid Jiddan yang menghantar permohonan awal, mereka mendapat kedua-dua tajaan JPA dan MARA. Oleh itu, anda diperlukan untuk memilih salah satu. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. 

Kelebihan JPA : Dari segi penempatan 'housemanship', pelajar JPA akan diberi keutamaan. Bagaimanapun, ini bukan satu isu kerana semua pelajar yang mendaftar kelak dengan Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan perlu menjalani proses 'housemanship'. Kontrak ditetapkan selama 10 tahun.

Kelebihan MARA : Jika anda LULUS setiap tahun, anda hanya perlu membayar balik hanya 20% dari kos yang telah dikeluarkan.


Saranan MM, sesiapa yang telah mendapat JPA, sebaiknya menerima JPA agar memberi laluan kepada peruntukan MARA kepada yang gagal mendapat JPA.

KELULUSAN MARA UNTUK PELAJAR JAYYID

7. Alhamdulillah, atas nikmat Allah, MARA telah banyak meluluskan pelajar yang mendapat keputusan tahun pertama yang JAYYID juga.  Anak-anak hanya perlu memastikan permohonan telah disempurnakan.

PERMOHONAN MARA KUMPULAN TERAKHIR

8. Dalam masa yang sama, dukacita dan amat dikesali kerana ramai pelajar yang tidak ambil cakna untuk memohon tajaan MARA ini sungguhpun telah diberi makluman beberapa kali.

9. Oleh itu, MedicMesir berharap agar mana-mana pelajar yang masih belum memohon tajaan MARA agar dapat menghantar terus ke pejabat MARA borang permohonan masing-masing selewat-lewatnya Khamis, 18hb Oktober 2012. Sila hantar juga secara POS LAJU satu salinan kepada MedicMesir untuk memudahkan urusan susulan dengan pihak MARA.
Sila download borang MARA dari link ini. Sebaiknya muka depan sila cetak mengunakan kertas warna ungu cair.  Ini bagi membezakan ianya adalah permohonan dibawah ADHOC.  http://eduloan.mara.gov.my/themes/e-FORM.pdf

MINGGU TERAHIR URUSAN TAJAAN MARA 2012

10. Sila ambil maklum bahawa ini adalah minggu TERAKHIR MedicMesir menguruskan urusan Tajaan MARA. Mohon kerjasama anak-anak MedicMesir yang layak untuk mengambil cakna urusan tajaan masing-masing. 

MOHON KEMASKINI STATUS MASING-MASING DISINI

11. Kerjasama anda amatlah dihargai untuk mengemaskini status masing-masing.  Ini akan membantu MedicMesir membantu dan memastikan anak-anak MedicMesir tidak ketinggalan menerima tajaan. ISI DI LINK INI



INFO LANJUT
12. Segala pertanyaan mengenai urusan tajaan boleh lah berhubung dengan Cik Tini di talian 019 365 3444 (pada waktu pejabat )

13. MedicMesir mendoakan agar segala urusan tajaan anak-anak MedicMesir dipermudahkan Allah swt. Ameen Ya Rab !

Salam,


No comments:

Post a Comment