Thursday, 2 August 2012

JOM! preDEPARTURE MEDICMESIR 2012

Assalamualaikum wbth, 

1. Anak2 yang dirahmati Allah swt. Semoga sentiasa dilimpah dengan keberkatan Ramadhan.

2. Alhamdulillah, MedicMesir dengan kerjasama hampir 70 orang pelajar senior  dari Mesir akan mengadakan sesi JOM! pre Departure 2012. Sesi ini bukan sahaja dikendalikan oleh senior MedicMesir tetapi melibatkan senior dari agensi lain juga termasuk MARA dan JPA. Alhamdulillah.
Maklumat lanjut sila rujuk disini http://jomedichood.blogspot.com/2012/06/jom-on-call-pre-departure-2012-poster-2.html

3. Semua peserta preMedic yang berada di UPM diwajibkan untuk mengikuti program ini.  Walau bagaimanapun, MedicMesir turut menjemput semua pelajar MedicMesir 2012 yang tidak mengikuti preMedic 2012 untuk turut serta. Ini memberi peluang untuk berkenalan, mengenali  rakan serumah dan sebagainya.  Tempat yang diperuntukan bagi mereka yang tidak menyertai preMedic 2012 adalah TERHAD kepada 50 orang sahaja.  Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM250 sahaja (kos penginapan, makan dan minum). Bayaran perlu dibuat semasa mendaftar nanti.

 Sila lapor diri (kecuali pelajar Mansoura Manchester & Tanta Medic) di:

           Tempat   :         Kafetaria Kolej 17, Fakulti Perubatan, UPM 
           Tarikh    :         5hb Ogos 2012 
           Hari        :         Ahad 
           Masa      :         4.00 - 5.00 petang


4. Khas untuk pelajar Mansoura Manchester
Satu sesi khas untuk 'KULIAH SIMULASI' Mansoura Manchester akan diadakan pada 4hb Ogos 2012 (Sabtu) bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada 5hb Ogos 2012 (Ahad) jam 6.00 petang. Seterusnya, peserta akan bersama-sama di dalam Program JOM! preDEPARTURE MEDICMESIR 2012 pada esok harinya. Anda dikehendaki melapor diri pada hari Sabtu, 4hb Ogos jam 12 tghri.


5. Khas untuk pelajar Tanta Medic
Satu sesi khas untuk 'KULIAH SIMULASI' Tanta Medic akan diadakan pada 5hb Ogos 2012 (Ahad)  bermula jam 10 pagi  dan berakhir jam 6 petang, pada hari yang sama. Seterusnya, peserta akan bersama-sama di dalam Program JOM! preDEPARTURE MEDICMESIR 2012 pada esok harinya.
Anda dikehendaki melapor diri pada hari Ahad, 5hb Ogos, jam 8 pagi.

6. Pelajar yang berminat sila DAFTAR DISINI.
Anda akan dihubungi secara peribadi.  Segala pertanyaan , sila berhubung dengan En Firdaous di talian 019 3106167.  Semoga program ini mendatangkan manfaatnya.

Salam,
uMMiMM

No comments:

Post a Comment