Wednesday, 2 May 2012

Bittaufiq Wannajah Fi Imtihan! Buat semua anak-anak di bumi Mesir yang akan berhadapan dengan Imtihan bermula hari ini.


Bismillahirahmanirahim !
Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian..

Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati..

Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani..


Ya Allah, jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah kami dari golongan hamba-hambaMu yang soleh..


Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan..


Ya Allah bukakanlah hati kami sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana, dan kurniakanlah kepada kami  kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta'wil dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi, hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani..


Ya Allah, lapangkanlah bagi kami dada-dada kami, dan permudahkanlah bagi kami urusan-urusan kami, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada kami, dan luruskanlah kami dan kumpulkan bagi kami di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah kami daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa..


Ya Allah, terangilah cahaya pada hati-hati kami dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat, wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui..


Ya Allah, keluarkanlah kami daripada kesamaran dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepada kami pintu-pintu ilmu, dan hiasilah kami dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah kami daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani..

 Ya Allah, sesungguhnya hari esok hari penentuan buat kami dan telah tiba masanya untuk kami menantikan jawapan yang sebelum ini punyai seribu satu persoalan dalam hati kami..

oleh itu Ya Allah, berikanlah kami kejayaan yang sebenar-benarnya buat kami yang amalannya hanya sekelumit, setia kami yang hanya sekerdil zarah bahkan pula dengan ingkar kami yang melaut luasnya..
Ya Allah, beritakanlah kami perkhabaran yang mampu membahagiakan kedua-dua ibu bapa kami, guru-guru kami, sahabat-sahabiah kami, saudara-mara kami dan yang paling penting diri kami sendiri..


Dan Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam..


Amin Ya Rabbal Alamin..

Teruskan pengharapan kepada yang maha KUASA..


Uhhibukum Fillah,
uMMi MM



No comments:

Post a Comment