Wednesday, 30 May 2012

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN TERMASUK BORANG KPT 2012

Assalamualaikum wbth,

Merujuk kepada dokumen-dokumen yang berkaitan serta Borang KPT 2012.  Mohon kepada mana-mana pemohon yang masih belum menghantar dokumen tersebut menghantarnya selewat-lewatnya esok, 31hb Mei 2012.  Ini bagi membolehkan pihak MedicMesir untuk menyelesaikan prosesan selanjutnya. Segala pertanyaan mengenai dokumen sila berhubung dengan En Firdaous di talian 019 3106167.

Semoga dipermudahkan segalanya. Ameen

Salm,
uMMiMM

MAKLUMAN PREMEDIC 2012

Assalamualaikum wbth,


Semoga kita semua sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.
1. Merujuk kepada posting terdahulu, http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/05/premedic-2012-program-persediaan.html mengenai preMedic 2012.  Mohon sekiranya pemohon yang telah mendaftar menjelaskan bayaran penuh sebelum 3hb June 2012. MedicMesir akan menghantar Surat Tawaran preMedic 2012 dengan makluman terperinci pada 4hb June 2012 kepada pemohon yang telah membuat bayaran penuh.
2. Kepada pemohon yang baru mendaftar dan berminat mengikuti preMedic boleh lah berhubung terus dengan Cik Akmal di talian 03 89489030 untuk makluman lanjut.  Semoga dipemrudahkan segala urusan.


Salam,
uMMiMM



Thursday, 24 May 2012

MANSOURA UNIVERSITY ~ MAKAN SEMPENA IMTIHAN FINAL 2012

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak2 di Mesir dikurniakan kekuatan bagi berhadapan dengan imtihan yang sedang dan yang akan bermula. Semoga anak2 juga sentiasa dilimpahi rahmat dan sentiasa didalam pemeliharaan Allah swt. Dengan ini posting terdahulu adalah dirujuk http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/04/makanan-percuma-sempena-imtihan-final.html
2. Alhamdulillah, makan sempena imtihan untuk Mansoura akan bermula hari esok. InshaAllah, makan tengahari boleh diambil dari Cafe Baitul Hasanah bermula jam 12tghri dan makan malam bermula jam 6 di SB Cafe Mansoura.


Untuk Sem 2,4, 6 Mansoura Manchester /  Tahun 2 dan 3 Mansoura Conventional / Tahun 2 dan Tahun 3 Dentistry
Pembekalan akan bermula dengan makan tengahari, esok, Khamis, 24hb Mei 2012.  Senarai kumpulan yang bermula esok, tidak perlu memberi nama didalam FaceBook, memadai dengan memaklumkan kepada wakil batch.

3. Untuk Tahun 4 Mansoura Manchester dan Tahun 4 Mansoura Conventional
Sunggupun imtihan akan bermula bulan June dan berakhir akhir Julai, tetapi MedicMesir berhasrat untuk memulakan pembekalan makan ini seawal mungkin, InshaAllah bermula hari Ahad, 27hb Mei 2012.
Pembekalan Tahun 4 Mansoura Manchester akan berakhir pada 7hb July dan
Pembekalan Tahun 4 Mansoura Conventional akan berakhir pada 27hb July
Untuk tujuan ini mohon agar semua tahun 4 memberikan nama anda di FB MedicMesir. http://www.facebook.com/MedicMesir.  Sila daftar mengunakan ID sendiri. <nama><tahun><Conventional atau Manchester>

4. Segala pertanyaan, sila rujuk kepada wakil batch masing-masing:-
Wakil Sem 2 Mansoura Manchester ( Muhammad Aliff Mutaqqin)
Wakil Sem 4 Mansoura Manchester (Nurul Firdaus Ahamed)
Wakil Sem 6 Mansoura Manchester (Amanina Jamain)
Wakil Sem 8 Mansoura Manchester (Aiman Jusri)
Wakil Tahun 2 Dentistry (Khairul Anwar)
Wakil Tahun 3 Dentistry : (Nurul Nadirah)
Tahun 2 dan 3 Mansoura Conventional ( Syarfa Aziz)
Tahun 4 Mansoura Conventional (Muhammad Imran Jaamat)
KOORDINATOR KESELURUHAN : Muhammad Imran Jaamat


5.  Ummi berharap agar pembekalan makanan PERCUMA sempena imtihan ini membantu meringankan beban masa sewaktu fatrah imtihan. Doa Ummi juga agar ianya membantu meningkatkan PRESTASI AKADEMIK masing-masing. Semoga Allah swt sentiasa mendatangkan natijah TERBAIK atas setiap apa yang kita usahakan.  Ameen.


UhibbukumFillah,
uMMi MM

Tuesday, 15 May 2012

MAKAN PERCUMA SEBULAN SEMPENA IMTIHAN UNTUK ANAK-ANAK DI ALAZHAR / AINSHAM

Assalamualaikum wbth,
1. Semoga anak-anak di Mesir diberi kekuatan untuk berhadapan dengan IMTIHAN FINAL! Posting terdahulu mengenai makanan sempena IMTIHAN adalah dirujuk.  http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/04/makanan-percuma-sempena-imtihan-final.html
2. Oleh itu tertera dibawah adalah nama-nama yang telah mendaftar untuk mendapatkan MAKANAN PERCUMA SEMPENA IMTIHAN. Untuk makluman, makanan ini akan dibekalkan selama sebulan bermula hari ini sehingga 14hb June 2012. Makan tengahari akan mula diambil jam 11 tengahri dan makan malam jam 6 petang.  Makanan PERCUMA ini terbuka kepada semua tanpa mengira tahun pengajian.  Segala perbincangan sila rujuk di FaceBook MedicMesir Kaherah .  Mana-mana nama yang tidak mengambil makanan masing-masing 2 hari berturut-turut akan DIBATALKAN SECARA OTOMATIK.

preMEDIC 2012 - PROGRAM PERSEDIAAN SEBELUM BERANGKAT KE MESIR KERJASAMA UPM & MEDICMESIR

Assalamualaikum wbth,
Semoga sentiasa didalam keberkatan dan limpah rahmat Allah swt.

Alhamdulillah, sukacita dilampirkan nama-nama yang telah mendaftar untuk mengikuti program preMEDIC UPM-MM 2012. Sila ambil maklum bahawa:-
1. Pendaftaran preMedic adalah pada Selasa, 26hb June 2012 jam 3-6 petang di LOBI UTAMA FAKULTI PERUBATAN, UPM, SERDANG.

Monday, 14 May 2012

SENARAI LAYAK DAN TELAH MENERIMA TAWARAN PROGRAM PERUBATAN ALEXANDRIA UNIVERSITY SESI 2012

Assalamualaikum wbth,
Semoga sentiasa didalam rahmat dan keberkatan Allah swt.

Alhamdulillah, bersama ini disertakan 2 senarai  untuk PROGRAM PERUBATAN, ALEXANDRIA UNIVERSITY - 


1. Senarai PERTAMA iaitu yang telah membuat bayaran dan melengkapkan semua dokumentasi yang dipohon. Senarai ini sudah  MENDAPAT SURAT TAWARAN DARI UNIVERSITI.  Surat TAWARAN UNIVERSITI AKAN DIEMAIL DALAM EMAIL MASING-MASING. 


2. Senarai KEDUA iaitu yang TELAH MEMOHON SECARA ONLINE dan LAYAK, tetapi masih belum membuat bayaran dan menghantar dokumen.

Sunday, 13 May 2012

PENGAMBILAN SURAT TAWARAN RASMI DARI UNIVERSITI

Assalamualaikum wbth,

Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat dan barakah Allah swt.

InshaAllah, surat tawaran rasmi universiti akan diemail kepada semua pemohon bermula Khamis (17hb Mei 2012).  Hanya mereka yang melengkapkan semua dokumen terutamanya Borang KPT akan diemail surat tawaran asli masing-masing.


Tatacara terperinci untuk mendapatkan surat tawaran asli akan dimaklumkan didalam email tersebut.  Salinan asal boleh diperolehi samada melalui:-
1. Pos Ekspress (mula dipos bermula Selasa, 22hb Mei 2011)
2. Mengambil sendiri di Foyer DK3, Fakulti Perubatan, UPM pada hari Sabtu , 19hb Mei 2011 bermula jam 10-12 tengahari.
3. Di pejabat MedicMesir bermula Selasa, 22hb Mei 2011
UNTUK KELANCARAN PENGURUSAN MEDICMESIR, SILA MAKLUMKAN PILIHAN ANDA DISINI 

Makluman lanjut sila rujuk diemail masing-masing bermula Khamis, 17hb Mei 2012, jam 10pagi.
TAHNIAH! Semoga dipermudahkan segala urusan.  TerimaKasih atas sokongan anda terhadap MedicMesir.

Salam,
uMMiMM

RAYUAN PERMOHONAN TAJAAN YURAN LUAR NEGARA 2012

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak-anak terus dilimpahi dengan keimanan dan hidayah Allah swt.  Semoga terus diberi kekuatan berhadapan dengan musim IMTIHAN.
2. Posting terdahulu adalah dirujuk http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/04/keputusan-permohonan-yuran-pengajian.html. Alhamdulillah, uMMi telah berbincang dengan pihak JPA mengenai beberapa nama yang Jayyid Jiddan tetapi tercicir dari senarai layak tajaan didatas.
3. Didalam semakan yang dibuat didapati hampir 20 nama pelajar-pelajar yang kini berada di Tahun 3 yang telah mendapat Tajaan MARA tetapi LULUS didalam permohonan Tajaan Yuran Luar Negara JPA baru-baru ini.  Seperti tahun-tahun lepas perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan tidak mencerminkan keprihatinan kita terhadap sahabat-sahabat lain yang turut memerlukan tajaan tersebut.
4. Oleh itu, bagi membantu menyelaraskan urusan tajaan anak2, MedicMesir memohon kerjasama dari semua iaitu:-
A. BERKONGSI MAKLUMAT PELAJAR YANG TELAH MENDAPAT 'DOUBLE' TAJAAN. 
Sesiapa yang mempunyai maklumat tambahan mengenai mereka yang telah memperolehi tajaan lain tetapi masih LULUS TAJAAN YURAN LUAR NEGARA JPA 2012 untuk berkongsi maklumat disini. Nama pengadu  tidak diperlukan. Kerjasama anda diperlukan bagi memastikan mereka yang betul-betul memerlukan tajaan mendapatkan hak masing-masing.
B. MAKLUMAN PELAJAR JAYYID JIDDAN KEATAS TETAPI TERCICIR SENARAI BERJAYA JPA
Pelajar-Pelajar yang mendapat keputusan Jayyid Jiddan keatas yang GAGAL atas apa sebab sekali pun, isikan makluman anda disini. Mohon maaf, borang yang telah diisi sebelum ini telah diisi oleh mereka yang LULUS JPA juga dan mereka yang mendapat keputusan dibawah Jayyid Jiddan.
C. PELAJAR YANG MENGHANTAR PERMOHONAN SKIM PINJAMAN MARA 2012
Jika anda TIDAK MEMOHON atau GAGAL didalam permohonan JPA tetapi  menghantar permohonan PINJAMAN MARA 2012.  Sila isikan makluman anda disini.

5. Makluman ini penting bagi membantu MedicMesir mengajukan rayuan bagi pihak pelajar.Buat masa ini, sila teruskan apa jua usaha rayuan secara persendirian. Sila isi makluman ini sebelum 20hb Mei 2012, jam 12 tghri waktu Malaysia.  Semoga dipermudahkan segala urusan tajaan anak-anak MedicMesir. Allah Yusahhil.

Salam,
uMMi MM



SENARAI PEMOHON YANG LAYAK MENGIKUTI PROGRAM PERUBATAN ALAZHAR UNIVERSITY


Assalamualaikum wbth,
Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt !

Alhamdulillah , bersama ini disertakan 2 senarai ;-
1. Senarai PERTAMA iaitu yang telah membuat bayaran dan melengkapkan semua dokumentasi yang dipohon. Pelajar akan dihubungi mengenai surat pengesahan masuk ke Universiti sebaik sahaja tarikh tutup penghantaran Borang KPT iaitu 1 hb June 2012.  Untuk kelancaran pengurusan, mohon kerjasama untuk SAHKAN PENERIMAAN TAWARAN ANDA DI LINK INI

SENARAI NAMA YANG LAYAK MENGIKUTI PROGRAM PERGIGIAN TANTA UNIVERSITY

Assalamualaikum wbth, 


Semoga sentiasa didalam rahmat dan keberkatan Allah swt.

Alhamdulillah, bersama ini disertakan 2 senarai ;-
1. Senarai PERTAMA iaitu yang telah membuat bayaran dan melengkapkan semua dokumentasi yang dipohon. Senarai ini sudah  MENDAPAT TAWARAN DARI UNIVERSITI. Mohon kerjasama untuk SAHKAN PENERIMAAN TAWARAN ANDA DI LINK INI


Saturday, 12 May 2012

SENARAI NAMA LAYAK KE PROGRAM PERGIGIAN ALEXANDRIA UNIVERSITY

Assalamualaikum wbth,

Semoga sentiasa didalam rahmat dan keberkatan Allah swt.

Alhamdulillah, bersama ini disertakan 2 senarai ;-
1. Senarai PERTAMA iaitu yang telah membuat bayaran dan melengkapkan semua dokumentasi yang dipohon. Senarai ini sudah SAH MENDAPAT TEMPAT DI UNIVERSITI. Mohon kerjasama untuk SAHKAN PENERIMAAN TAWARAN ANDA DI LINK INI

Thursday, 10 May 2012

SENARAI PEMOHON LAYAK MENGIKUTI PROGRAM PERUBATAN, ALEXANDRIA UNIVERSITY SESI 2012

Assalamualaikum wbth,
Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Alhamdulillah, senarai dibawah adalah nama-nama pemohon yang layak untuk mengikuti pengajian Perubatan di Alexandria University. Memandangkan TEMPAT ADALAH TERHAD, iaitu 150 sahaja. Maka, hanya pemohon yang menyerahkan semua dokumen lengkap serta BORANG KPT/PERUBATAN/MESIR/2012  sebelum 15hb Mei 2012 sahaja yang akan diberi penempatan.

Wednesday, 9 May 2012

SENARAI PEMOHON LAYAK MENGIKUTI PROGRAM PERUBATAN TANTA UNIVERSITY SESI 2012

Assalamualaikum wbth,
Semoga kita berada didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt.  Senarai dibawah adalah nama-nama pelajar kumpulan pertama yang telah ditawarkan dan layak untuk mengikuti Program Perubatan di Tanta University.

Sila ambil maklum bahawa:-
1. Mana-mana pelajar yang masih tidak menghantar dokumen lengkap serta BORANG PERMOHONAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) SESI 2012 dapat menghantarnya dengan kadar SEGERA.  Sila ambil maklum, MedicMesir perlu menghantar Borang KPT sebelum akhir bulan Mei 2012.  Oleh itu, MedicMesir perlu mendapatkan BORANG KPT serta dokumen-dokumen yang lain sebelum 15hb Mei 2012 untuk penyelarasan yang mengambil masa 2 minggu.

PERMOHONAN MENGUNAKAN O LEVEL & A LEVEL

Assalamualaikum wbth,

MedicMesir menerima banyak pertanyaan mengenai syarat kemasukan ke Mesir mengunakan O Level dan A Level. Mohon maaf, hanya keputusan SPM sahaja yang diterima.  Ini adalah kerana setelah beberapa usaha ini masih belum memboleh kan kedua-duanya diterima atas alasan perjanjian kerajaan Mesir dan kerajaan Malaysia adalah TERHAD kepada keputusan SPM.

JOM! Mumtaz ~ MEDsSTUFF 2012 - Mansoura Manchester Tahun 1


Assalamulaikum wbth,

InshaAllah,pada 10hb Mei 2012, pelajar Tahun 1, Program Mansoura Manchester, Mansoura University akan mengadakan program MEDsSTUFF bagi memantapkan persediaan menghadapi IMTIHAN FINAL TAHUN 1. MEDsSTUFF adalah singkatan kepada " Studying Towards Finals and Future ".  Penaja UTAMA program ini adalah MedicMesir dan disokong juga oleh Kelab UMNO Mansoura. Program ini TERBUKA kepada semua pelajar Tahun 1 tanpa mengira agensi. Program ini dijalankan dengan kerjasama Perubatan Cawangan Mansoura dan Mansoura Manchester Medical Community.

Monday, 7 May 2012

SENARAI NAMA KUMPULAN KEDUA MANSOURA MANCHESTER SESI 2012

Assalamualaikum wbth,


Alhamdulillah dan mohon maaf atas kelewatan.
1. Bersama ini disertakan senarai kumpulan kedua pemohon Mansoura Manchester untuk Sesi 2012. Sukacita dimaklumkan, semua pemohon mestilah melengkapkan semua dokumen sebelum 15hb Mei 2012.


2. Mohon sekiranya anda MENGESAHKAN PENERIMAAN atau MENARIK DIRI di link ini.  Ini membantu pihak MedicMesir untuk melancarkan urusan selanjutnya.


3. Segala pertanyaan SILA MAKLUM DI LINK YANG DISEDIAKAN INI.
MedicMesir akan memberi makluman lanjut mengenai porsedur penyerahan surat tawaran asli ini dalam sedikit masa lagi.

SENARAI BATCH KEDUA MANSOURA MANCHESTER

Assalamualaikum wbth,

Semoga kita semua berada didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

Merujuk kepada posting terdahulu, http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/04/senarai-nama-kumpulan-pertama-mansoura.html.  Maaf atas kelewatan mengumumkan senarai BATCH KEDUA MANSOURA MANCHESTER. InshaAllah, senarai KEDUA boleh di lihat di blog ini mulai jam 5 petang. InshAllah.

Maaf atas kelewatan, kerana jumlah pertukaran Universiti yang banyak pertukaran universiti oleh pelajar. Mohon maaf sekali lagi.

Semoga Allah swt akan sentiasa memberikan yang TERBAIK buat semua.

Salam,
uMMi MM

Saturday, 5 May 2012

KINI DIBUKA UNTUK PERMOHONAN RM4 JUTA TABUNG PINJAMAN PENGAJIAN PERUBATAN MEDICMESIR 2012

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, permohonan Tabung Pinjaman Pengajian Perubatan MedicMesir untuk sesi 2012 kini telah dibuka. 


uMMi berdoa agar RM4juta peruntukan yang disediakan dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi memastikan kejayaan anak-anak yang kurang kemampuan tetapi berminat untuk mengikuti Program Perubatan Mesir bagi Sesi 2012.  

Wednesday, 2 May 2012

Bittaufiq Wannajah Fi Imtihan! Buat semua anak-anak di bumi Mesir yang akan berhadapan dengan Imtihan bermula hari ini.


Bismillahirahmanirahim !
Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian..

Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati..

RM4 JUTA TABUNG PINJAMAN PENGAJIAN PERUBATAN MEDICMESIR 2012

Asslamualaikum wbth,
1.  Semoga kita semua berada didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.  Semoga anak-anak diMesir diberi kemudahan berhadapan dengan imtihan FINAL yang bermula minggu ini. Semoga Allah swt memberi kejayaan kepada semua. USAHA TERBAIK, pasti ALLAH akan memberi KEJAYAAN. Ameen.

2. Alhamdulillah, bagi anak-anak SPM 2011, kerajaan Malaysia telah mengumumkan Biasiswa Automatik dibawah BURSARY khas untuk pelajar yang berjaya mendapat 9A+ . Biasiswa ini juga memerlukan penerima biasiswa untuk menjalankan program persediaan Alevel dan berkaitan di dalam negara sebelum dipilih untuk keluar negara.

DOKUMEN DAN BORANG KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Assalamualaikum wbth,
Semua pemohon sesi 2012 yang telah mendaftar dan membayar deposit diminta untuk menyempurnakan semua dokumen yang diminta seperti dibawah selewat-lewatnya 15hb Mei 2012. Sila pastikan semua dokumen dibawah telah disahkan oleh mana-mana pegawai kerajaan.
  1. 20 keping gambar berukuran paspot (sila tuliskan nama anda dibelakangnya)
  2. 10 salinan slip SPM
  3. 10 salinan Kad Pengenalan pelajar
  4. 10 salinan passport
  5.  1 SALINAN ASAL Cabutan Sijil Lahir (dan 10 salinan yang difotokopi) Cabutan sijil lahir boleh diperolehi dari Jabatan Pendaftaran Negara terdekat dengan bayaran RM5.
  6. 5 salinan kad pengenalan mak / ayah
  7. 2 salinan Borang KPT  (mohon download dari blog MedicMesir) (sila ambil maklum salinan dokumen yang diminta diatas telah termasuk sebahagian dari salinan yang diminta oleh Kementerian Pengajian Tinggi )
Pemohon diminta tidak menunggu disaat akhir. Ini adalah kerana Kementerian Pengajian Tinggi akan tutup pada 31hb Mei. Dokumen yang dihantar lewat akan menjejaskan proses dokumentasi. 

Harap Maklum dan semoga dipermudahkan

Salam
uMMi MM


SENARAI BATCH KEDUA MANSOURA MANCHESTER

Assalamualaikum wbth,

Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt!
Sila ambil maklum senarai batch kedua pemohon Mansoura Manchester akan dikeluarkan pada hari Jumaat, 4hb Mei 2012, jam 5 petang. Mohon maaf atas kelewatan ini kerana agak banyak pertukaran universiti yang telah diterima. TerimaKasih atas kesabaran anda .

Harap Maklum

Salam,
uMMi MM