Thursday, 19 April 2012

KEPUTUSAN TAJAAN JPA dan MARA UNTUK PELAJAR TAHUN 2 YANG SUDAH BERADA DIMESIR

Assalamualaikum wbth,  Anak2 serta warga MM yang dirahmati Allah swt!


1. uMMi merujuk kepada 2 posting terdahulu mengenai:-
Permohonan Tajaan Pinjaman Luar Negara Sesi 2012
http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/03/permohonan-pinjaman-mara-bagi-sesi-2012.html
http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/02/rayuan-awal-jpa.html
dan Permohonan Tajaan Pinjaman Yuran Luar Negara MARA Sesi 2012
http://medicmesir.blogspot.com/2012/03/pinjaman-pelajaran-mara-program.html

2. Adalah dimaklumkan bahawa keputusan tajaan JPA diatas dijangka akan keluar pada 24hb April 2012. Manakala, keputusan tajaan MARA pula akan keluar selepas JPA mengeluarkan senarai pemohon-pemohon yang layak dibawah tajaan JPA untuk mengelakkan pertindihan mereka yang berjaya.
3. Sebagai usaha pemantauan MM dengan JPA dan MARA, uMMi memohon mereka yang telah menghantar  permohonan online dan dokumen terus ke JPA dan MARA dapat mengisi maklumat anda dilink ini sebelum 24hb April 2012.
4. Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan segala urusan tajaan. Kepada mereka yang kurang cemerlang semasa Tahun1 , masih tidak terlambat untuk buat yang TERBAIK semasa Tahun 2. Semoga dipermudahkan segala urusan imtihan dan segala urusan anak2 MM di Mesir.


Uhibbukum fillah :-) waSalam
uMMI

No comments:

Post a Comment