Tuesday, 29 November 2011

TAKLIMAT KESELAMATAN OLEH PENGARAH EME DI ACADEMIC CENTRE MEDICMESIR TANTA

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Alhamdulillah, hari ini, pegawai Education Malaysia Egypt(EME) telah berkesempatan untuk bersama-sama wakil pemimpin pelajar perubatan dan pengajian Islam di Tanta bertujuan untuk memberiTaklimat Keselamatan berikutan demonstrasi yang berlaku di Kaherah dan beberapa bandar utama lain di Mesir.

2. Pengarah EME, Prof. Madya Dr. Hj. Su’aidi Dato’ Hj. Safei telah turun padang ditemani pegawai kaunselor EME, Tuan Ishak Mohd Jani.


3. Semua wakil pemimpin pelajar yang hadir adalah dari MedicMesir Tanta (15 wakil), ISMA (3 wakil) , Dewan Mahasiswa Perwakilan Tanta (4 wakil) dan Perubatan Cawangan Tanta (4 wakil) telah berkesempatan untuk mendengar sendiri amanat yang amat bermakna ini untuk disampaikan kepada semua warga Tanta.
4. Tuan Ishak Mohd Jani mengesahkan keadaan di Kaherah sebenarnya tidak seteruk seperti yang di war-warkan media Malaysia. Setakat ini, tiada pelajar Malaysia yang terlibat dalam demonstrasi terbabit. Bagaimanapun, Garis Panduan Keselamatan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) Bil 2 Tahun 2011 perlu dipatuhi agar keselamatan pelajar-pelajar lebih terjamin.

5. Prof memaklumkan bahawa pihak kedutaan telah membuka bilik gerakan sejak 22hb November 2011 lalu dan sehingga kini tiada panggilan diterima. Beliau juga menerangkan tentang pelan pencegahan dan persediaan sekiranya berlaku kecemasan. Antara perkara yang ditekankan oleh Prof adalah tentang pentingnya kerjasama antara persatuan supaya membantu kelancaran gerak kerja EME di Mesir. Beliau juga berulang-ulang kali menekankan frasa “Individually we are one drop, Together we are an OCEAN” dan “ Look at the similarities IGNORE the differences” pada wakil-wakil pelajar. Ini menunjukkan betapa pentingnya bersikap lapang dada dengan persatuan / kelab lain walaupun berlaku pertembungan.

6. Prof menyatakan perasaan gembira dan terharu beliau dengan kemudahan dan fasiliti di Academic Centre, MedicMesirTanta. Beliau mengucapkan TAHNIAH kepada exco MedicMesirTanta atas kejayaan menyediakan kemudahan ini bagi manfaat pelajar di Tanta.

7. Majlis disudahi dengan jamuan makan tengahari yang ditaja oleh pihak Kedutaan Mesir.

8. Selepas majlis tamat, Prof dan Tuan Ishak Mohd Jani ditemani Saudara Ahmad Samhan Awang mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan Dekan baru Fakulti Perubatan Universiti Tanta , Prof Dr Aymen Saeid dan Koordinator Akademik Pelajar Malaysia, Prof Howaida Ismail disamping membincangkan beberapa isu pelajar di Universiti Tanta.

9. MedicMesir Tanta mengucapkan terimakasih tidak terhingga atas kesudian pegawai EME untuk berkunjung ke Tanta. Sesungguhnya, ianya amat bermakna sekali buat kami, yang dahagakan kata-kata semangat serta peringatan terutamanya didalam keadaan Mesir berhadapan dengan PilihanRaya.

10. TerimaKasih dan TerimaKasih. Semoga Allah merahmati Prof serta seluruh warga Kedutaan dan EME. Kita juga berdoa agar dipelihara dan diberi keselamatan oleh Allah swt buat semua warga Malaysia di Mesir. Amin.

Laporan dari Unit Media, MedicMesir Tanta

27hb November 2011-

Academic Centre MedicMesir Tanta

No comments:

Post a Comment