Saturday, 30 July 2011

Program Mengimarahkan Ramadhan @ Mesir 2011

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, syukor kehadrat Allah swt, atas limpahnya, kita diberi peluang untuk bersama-sama lagi di bulan Ramadhan. Bulan yang paling bermakna dan penuh dengan rahmat dan barakah, tak mungkin kita biarkan ianya berlalu begitu sahaja.

Memandangkan tahun ini ramai yang tidak pulang bercuti atau ramai yang pulang lewat untuk menunggu keputusan imtihan, maka, sebaiknya dimanfaatkan masa yang ada untuk kita sama-sama memeriahkan Ramadhan di bumi Anbiya.

Oleh itu, dalam usaha mengimarahkan Ramadhan, maka apa2 usaha dan cadangan program yang memerlukan peruntukan dari MedicMesir adalah dialu-alukan. Mohon, setiap muhafazah yang berminat untuk berbincang dan menghantar ringkasan program masing-masing sebelum 1 hb Ogos 2011. Maaf, cadangan yang diterima selepas 1 hb Ogos 2011 tak dapat dilayan.

Program yang memberi manfaat terhadap golongan kurang bernasib baik di bumi Mesir amatlah dialu-alukan. Semoga kehadiran kita memberi impak terbaik buat saudara Muslim kita di bumi Kinanah!
“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Riwayat Bukhari

Selamat menjalani ibadah Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun inti adalah yang TERBAIK yang pernah kita lakukan! Ameen Ya Rabb !

Salam Sayang,
UmmiMM


No comments:

Post a Comment