Thursday, 3 March 2011

SEMAKAN PENERBANGAN UNTUK PELAJAR MARA


Senarai Nama Pelajar yang dijangka berlepas ke Mesir menggunakan tiket penerbangan MARA (tarikh paparan 3 Mac 2011)
Senarai Nama Pelajar > klik disini
Sila ambil perhatian perkara-perkara berikut:
1. Tarikh penerbangan dijangka di antara 9 hingga 12 Mac 2011.

2. Sila pastikan tiada masalah passport dan visa masing-masing. Sekiranya ada, saudara/saudari perlu memaklumkan pada MARA dan menyelesaikannya dengan kadar segera.
3. Sila semak Nama dan No K/P masing-masing dan maklumkan pada MARA jika terdapat kesilapan.
4. Sila maklumkan juga pada MARA sekiranya saudara/saudari telah mempunyai tiket penerbangan sendiri / tiket dari yayasan negeri dengan kadar segera.
5. Sila semak dari semasa ke semasa senarai nama tersebut.
Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi talian Hotline MARA -
03-26936666 / 03-26946622 / 03-26943366.
Maklumat Pendaftaran Universiti Di Mesir (tarikh paparan 1 Mac 2011)
Bil
Universiti
Kursus
Tarikh Mula Pengajian
1
Iskandariah
Perubatan
26 Mac 2011 (pra-klinikal)
19 Mac 2011 (klinikal)
Pergigian
2 April 2011
Farmasi
17 Mac 2011
2
Kaherah
Perubatan
12 Mac 2011
3
Mansourah
Perubatan
19 Mac 2011 (pra-klinikal)
15 Mac 2011 (klinikal)
Pergigian
19 Mac 2011
Farmasi
19 Mac 2011
4
Tanta
Perubatan
15 Mac 2011
Pergigian
15 Mac 2011
5
Ain Shams
Perubatan
15 Mac 2011
6
Zagazig
Perubatan
15 Mac 2011
Farmasi
15 Mac 2011
7
Al-Azhar
Perubatan
15 Mac 2011
Pergigian
15 Mac 2011 (pra-dental – lelaki)
12 Mac 2011 (pra-dental – perempuan)**
15 Mac 2011 (pra-klinikal)
Pengajian Islam
8 April 2011


** Perhatian kepada semua pelajar perempuan kursus Pergigian (pra dental) di Universiti Al-Azhar, peperiksaan Semester 1 akan diadakan pada 19 Mac 2011. Oleh itu, semua pelajar perlu mengulangkaji dan membuat persediaan peperiksaan sementara menunggu tarikh penerbangan. Bahan pembelajaran akan dimuatnaik dalam laman web universiti masing-masing.

No comments:

Post a Comment