Tuesday, 8 March 2011

Pengumuman : Urusan Penghantaran Semula Pelajar Tajaan (Biasiswa Dan Pinjaman) JPA Ke Mesir


  • Pelajar-Pelajar Tajaan JPA (Biasiswa Dan Pinjaman) Yang Telah Mendaftar Secara Online Di Ruangan ‘Tiket Belum Dibeli’ Dan Tiada Masalah Berkaitan Visa Dikehendaki Untuk Menyerahkan Pasport Ke Jabatan Ini Bagi Tindakan Lanjut Pada 8 Mac 2011 Antara Jam 8.00 Pagi Hingga 6.00 Petang. Passport Perlu Diserahkan Di Kaunter Aras 5, Blok C1, Kompleks C, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA Putrajaya.
  • Jadual Penerbangan Adalah Seperti Berikut:
    1. 9 Mac 2011, Jam 5.30 Pagi (450 Pelajar) – Semua Pelajar Biasiswa JPA Yang Telah Menyerahkan Passport Sehingga 7 Mac 2011. Pelajar Dikehendaki Berada Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Pada 8 Mac 2011, Jam 10.00 Malam Bagi Urusan Check-In Bagasi.
    2. 10 Mac 2011, Jam 5.30 Pagi (278 Pelajar) – Semua Pelajar Biasiswa Dan Pinjaman JPA Yang Telah Mendaftar Secara Online Di Laman Web JPA Di Ruangan ‘Tiket Belum Dibeli’ Yang Membuat Penyerahan Passport Pada Tarikh 8 Mac 2011.
  • Bagi Pelajar Yang Mempunyai Masalah Visa, Penerbangan Pulang Ke Mesir Akan Dimaklumkan Kemudian Dengan Kadar Segera.
  • Pelajar Yang Akan Tamat Tempoh Sah Laku Visa Pada Tarikh 15 Mac 2011 Dan Ke Atas Dinasihatkan Untuk Memperbaharui Visa Tersebut Setelah Tiba Di Mesir Kelak.
  • Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi Talian Telefon Seperti Berikut:
No telefon:
1) 03-8885 3430
2) 03-8885 3437
3) 03-8885 3511

Emel: esila@jpa.gov.my

No comments:

Post a Comment