Friday, 11 March 2011

Isu Sumbangan RM500 UMNO Selangor.

Assalamualaikum wbt,

1. Dengan ini merujuk kepada makluman awal seperti link dibawah:
Alhamdulillah kepada yang telah menerima sumbangan yang dimaksudkan.


2. Bagi pelajar MedicMesir yang telah mewakilkan UmmiMM untuk mengambil sumbangan tersebut, sumbangan akan dimasukkan terus ke akaun anda. Sila sms nombor akaun akaun anda ke nombor 0192306167.

3. Bagi pelajar yang nama mereka telah disenaraikan didalam link diatas, tetapi masih gagal mendapatkan sumbangan yang dimaksudkan. Pejabat YB Menteri, YB Datuk Seri Haji Noh Omar telah meminta pengesahan bahawa nama-nama yang diberikan adalah SAH anak Selangor. Oleh itu, InshaAllah pada petang Sabtu, 12hb Mac 2011, UmmiMM akan menyerahkan semua dokumen yang diminta secara terus kepada YB Menteri.

Oleh itu, sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat MedicMesir bagi memajukan dokumen anda, sila serahkan dokumen dibawah :
a. Salinan Kad Pengenalan
b. Salinan bil yang menyatakan alamat Selangor
c. Kad pelajar (atau apa-apa dokumen yg berkaitan)
Untuk memudahkan urusan dipihak MedicMesir, mohon kerjasama semua untuk email dokumen diatas didalam satu file Microsoft Office WORD.
Contoh : sila rujuk di link ini : CONTOH FORMAT WORD YANG PERLU DIEMAIL
Ini memudahkan dan mempercepatkan cetakan.

4. Sila ambil maklum bahawa usaha MedicMesir ini hanyalah sekadar membantu anak-anak Selangor 'yang LAYAK' mendapatkan sumbangan yang diwarwarkan. Hak mutlak akhirnya terletak pada pihak penaja. Bagaimanapun, selagi peruntukan masih ada, MedicMesir komited untuk membantu sedaya mungkin walaupun kebanyakan dari senarai diatas terdiri dari pelajar bukan dari agensi MedicMesir.

5. Bagi pelajar MedicMesir, anak Selangor, samada sudah ada nama didalam senarai atau tidak, DAN, samada, masih di Malaysia atau sudah ke Mesir, adalah dinasihat agar menghantar juga dokumen ini. UmmiMM akan cuba sebaiknya untuk memajukan dokumen anda dan membuat 'follow up' bagi pihak anda. InshaAllah, sehingga selesai. Doa agar dimudahkan!

6. Bagi yang bukan pelajar MedicMesir, dokumen yang akan dimajukan TERHAD kepada nama-nama yang tertera didalam senarai link diatas sahaja dengan dokumen 'WORD' yang lengkap untuk dihantar.

7. Untuk mempermudahkan pihak MedicMesir menghantar nama-nama serta dokumen ke YB Menteri, sila isikan borang ini dan dalam masa yang sama email fail 'word' anda ke medicmesir.selangor@gmail.com. Sila hantar sebelum jam 11 pagi, hari Sabtu 12hb Mac 2011.

8. Semoga usaha ini membantu. Mohon dipermudahkan segala urusan. Ameen.

Salam Ikhlas,
UmmiMM



1 comment:

  1. masyaAllah..baru perasan post ni..dah terlambat..hmm...xpelah..

    ReplyDelete